Cuti perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2013 ini membawa kami sekeluarga mengembara menjelajah pantai barat semenanjung..Siapa bilang Tanah Melayu tak menawan..tak menarik hati..tiada memikaattt...ewah..ewah..! Tidak kusangka..kembara kami menimba sarat pengalaman menarik untuk dikongsi bersama.. Jom..
Disebabkan dah terbiasa merancang sebelum berjalan-jalan, aku pun membuat itinery perjalanan sepanjang percutian ini bermula daripada 9 Feb hingga 16 Feb... Inilah dia..
- 9 Feb ( Sabtu ) - Menghadiri kenduri kahwin jiran dan terus bertolak ke Muar, Johor. Di kampung halaman tercintaku ini, emak mengadakan kenduri arwah ayah dan kak long pula mengadakan kenduri akikah cucu sulungnya.
- 10 Feb ( Ahad ) - Bertolak ke Raub, Pahang. Menghadiri majlis kenduri seorang sahabat di sana. Bermalam di Hotel Jelai.
- 11 Feb ( Isnin ) - Bertolak ke Homestay Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Menyertai aktiviti kampung seperti membuat layang-layang, gogok ikan, mewarna batik, bersawah padi, melihat kelip-kelip.
- 12 Feb ( Selasa ) - Bermalam di De Muara Marine Park Resort, Sg Haji Dorani. Berjalan-jalan di pekan Sg Besar dan makan ikan bakar.
- 13 Feb ( Rabu ) - Bertolak ke Gopeng , Perak. Melawat Gua Tempurung. Selepas itu, bertolak ke Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak. Bermalam di Kuala Gula Bird Sanctuary Resort. Menjamu selera Ketam Lembut dan Kari Ikan Sembilang.
- 14 Feb ( Khamis ) - Menaiki bot sepanjang sungai Kuala Gula, melihat burung-burung hijrah. Bertolak ke Kulim, Kedah. Kampung suamiku.
- 15 Feb ( Jumaat ) - Menziarahi adik-beradik di Perlis.
- 16 Feb ( Sabtu ) - Bertolak ke KL.
No comments:
Post a Comment