Hanoi (3)
November 2014
Ha Long Bay
Pagi ini kami akan ke Ha Long Bay. Hotel ini menyediakan sarapan tetapi kami cuma makan buah-buahan dan minum kopi. Nasib baik kami membawa bekalan roti dan maggi yang banyak. Sempat sediakan tuna sandwich buat bekalan. Pakej halal yang kami tempah termasuk makan minum..jadi tak adalah risau sangat fasal makan.
8.10 pagi, seorang lelaki vietnam datang menjemput. Fasih berbahasa Inggeris dan Kiem namanya. Kami ditempatkan bersama-sama 20 orang pelancong asing pelbagai negara di dalam van Papaya Cruise. Musafir yang panjang pun bermula.. Ha Long Bay ni agak jauh dari kota Hanoi. Lebih kurang 100 km. Dalam perjalanan..Kiem memulakan ceramah. Katanya Ha Long bermakna tempat naga mendarat.. dan Hanoi pula..tempat naga berlepas.. Nganga.. Agakkk...Dah macam Air Asia la pulok.. kui..kui..kui..
Keras punggung dok atas van. Tidur..makan..tidur.. Tak lama kemudian kami sampai di suatu tempat rehat. Tempat itu menjual segala mak nenek barangan kraf hasil orang kurang upaya. Ada ukiran batu, kayu, lukisan, tenunan, permata, sulaman dan segalanya. Tapi..hah..harganya 5 kali ganda tau.. Aku nasihatkan jangan beli kat sini. Tengok dan ambil gambar saja..Lebih baik beli di Hanoi atau airport saja..harganya jauh lebih murah..
|
Hasil kraftangan OKU katanya.. |
|
Lukisan.. |
|
Kulit telur digunakan dalam seni lukis |
|
Ukiran batu kapur.. |
|
Tenunan |
|
Arca pasu |
|
Seni halus |
|
Seni landskap pun ada.. |
Selesai window shopping.. dan qadha hajat. Tandas di sini sangat bersih, bagus.. TETAPI..hati-hati..sebab dinding dividernya hanya cermin tau.. boleh nampak dengan jelas bayangan orang sebelah..so..sila jaga maruah ya. He.he.he.. Ok, teruskan perjalanan. Dalam 1 jam..kami pun sampailah di Ha Long Bay... Kami terus dibawa ke kapal untuk lunch..
|
Kapal yang kami naiki.. |
|
Dua tingkat..cantik jugak kapal ni.. |
|
Seafood dan pakej makanan halal |
Kami mula berlayar ke lautan.. tak lama kemudian nampaklah batu-batu kapur yang tersergam indah di tengah laut.. Katanya lebih dua ribu batu kapur yang ada di sini. Subhanallah..cantiknya. Tercapai juga hasrat untuk melihat keajaiban alam ciptaan Allah ini.. Selesai makan, kami tidak melepaskan peluang merakam lukisan alam..Layan fotos ..jom!
|
Limestone on the sea.. |
|
Cantiknya.. |
|
Kepala kapal .. |
|
Maira |
|
Kapal menuju teluk.. |
|
Subhanallah.. |
|
Foto with hubby.. |
|
Banyak kapal berlabuh |
|
Feeling free.. |
|
Teluk Ha Long.. |
|
Dah hampir sampai tempat berhenti.. |
Kapal berhenti di jeti untuk aktiviti boating. Pakej yang kami ambil termasuk boating dan berkenu. Jadi bersiap-siaplah kami memakai jaket keselamatan yang oren tu. Kami berlima elok2 naik satu bot. Melalui gua-gua batu kapur yang unik dan menarik. Uncle yang mendayung sampan tu siap menyanyi-nyayi menghiburkan kami.. entah apa kot dia mengata kita pun tak tahu lah..tapi dia kelihatan baik dan sentiasa tersenyum.. Yang hubby aku dok berbalas taranum plak dengan dia.. Layan...
|
Minah Hanoi..he.he.. |
|
Ada banyak batu kapur yang menakjubkan |
|
Tu dia.. nampak tak.. |
|
Ada gua di bawahnya.. |
|
Uncle ni suka nyanyi tau.. |
|
Subhanallah.. |
Lensa kamera tak akan sama dengan lensa mata.. Keindahan yang dirakam tidak cukup memberi gambaran sebenar pengalaman di sini. Patutlah UNESCO mengiktiraf tempat ini sebagai warisan dunia. Ramai benar pelancong yang datang semata-mata untuk menyaksikan keindahan ciptaan Allah ini. Jauh di sudut hati. aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku dan keluarga menyaksikan sezarah nikmat antara nikmat syurga dunia..
|
Sampan-sampan menghampiri batu-batu kapur.. |
|
Kami melalui gua itu.. |
|
Semakin menghampiri.. |
|
Bumbung gua.. |
|
Stalagtit yang pelbagai bentuk |
|
Permukaan gua batu kapur..putih |
Ada dua buah gua yang kami lalui. Dapatlah lihat stalagtit pelbagai bentuk. Kekadang rasa geli pun ada. Air pulak agak cangkat masa itu. Jadi tak boleh berdayung ke tempat yang lebih hampir dengan persisir batu-batu. Jadi kalau sesiapa nak ke sini, baik datang jam10 hingga 12 tengahari. Waktu itu air cantik dan dalam. Masa kami sampai di sini, sudah hampir jam 2 petang.. jadi air laut sudah agak surut.. namun pemandangan masih cantik tak terusik..
|
Subhanallah.. |
|
My family |
|
Pose maut.. |
|
Yeayy..kita dah sampai.. |
Aktiviti bersampan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Termengah-mengah juga melihat uncle tu mendayung seorang diri membawa kami berlima yang sihat-sihat belako ni.. walaweh..Tak dapek nak nolong ehh.. Hari pun semakin petang. Dalam dayungan pulang ke jeti..sempat lagi snap foto yang cun buat kenangan terindah.. Meh tengok..
|
Sampan-sampan menuju ke jeti |
|
Cantik kan.. |
|
Subhanallah.. |
|
Bubbye Ha Long.. |
|
Zoom gua.. |
|
Ada tokong kat sini..nampak tak? |
|
Dah tiba jeti |
Habis aktiviti bersampan, semua naik kapal semula. Kali ini menuju ke sebuah gua. Kami melalui batu kapur yang dikatakan berwajah Gorilla.. Lama juga aku renung batu tu.. tak de rupa gorilla pun. Kurang daya imaginasi agaknya.. Tapi pemandangan di Ha Long Bay memang cantik giler pada waktu petang..
|
Gorilla rock |
|
Macam stonehenge pun ada.. |
|
Macam Twelve Apostles pun ada.. |
|
Macam Pulau Dayang Bunting pun ada.. |
|
Macam Bukit Tabur kat Melawati pun ada.. |
|
Hakikatnya..inilah Ha Long Bay.. |
Kami sampai di sebuah jeti lagi untuk aktiviti bergua.. Gua Dong Thien Chung. Kena panjat tangga bukit sikit. Tak de lah tinggi sangat..macam tangga sekolah aku je..iyelah tu..he.he.. Sebelum tu jumpa gerai cenderahati.. Tshirt, gelang kristal, mutiara.. tak beli pun sebab dah kena pau dalam kapal..hu.hu..
|
Pandangan dari jeti.. |
|
Info tentang Ha Long Bay |
Terpegun seketika tatkala kaki melangkah masuk ke dalam gua.. Cantiknya gua ni.. penuh dengan lampu berwarna-warni. Menjadikan suasana di dalamnya lebih menarik. Boleh nampak dengan jelas stalaktit dan stalagmit yang mempunyai seribu wajah...seribu interpretasi..seribu makna.. Saksikanlah sendiri..