Nepal (1)
Mac 2014
Kathmandu
Tidak pernah ada dalam perancangan untuk pergi ke negara bernama Nepal. Tidak pernah pula ambil kisah apa yang menarik di sana. Namun, setelah mendapat info daripada rakan travel, tarikan utama di sana ialah Gunung Everest, gunung yang tertinggi di dunia, aku jadi sangat teruja.. Wow..ye tak ye.. memang gunung Everest terletak di sana.. Tanpa membuang masa, aku terus confirm.
Penerbangan kami dijadualkan berlepas jam 9.55 pagi menaiki MH 170. Seramai 26 orang yang mengikuti pakej ini yang kebanyakannya daripada alumni Sri Puteri. Aku hanya tumpang semangkuk.. he.he.he. Sebelum menaiki pesawat, sedikit kegusaran bermain di sudut hati. Lebih-lebih lagi MH370 masih menjadi misteri dunia. Pelbagai teori konspirasi dan hijack menghantui minda. Namun.. segala-galanya aku serahkan kepada Yang Maha Mengetahui, Allah subhanahu wataala.. Semoga perjalanan ini selamat daripada segala bencana..amin.
|
Capati dan kari ayam yang sedap |
Perjalanan selama 6 jam agak tidak terasa apabila menaiki pesawat MAS. Kami dihidangkan dengan capati atau nasi dengan kari ayam atau ikan, kacang2 dan air serta roti. Akhbar NST disediakan, bolehlah baca dari kulit ke kulit. Video interactive juga ada bagi yang ingin menonton filem-filem, drama, dokumentari, video muzikal dan sebagainya. Tapi aku...lebih lena dibuai mimpi dek kerana keletihan mengemas bagasi malam tadi.. Lebih-lebih lagi duduk pula sebelah dua orang brother Nepali yang tak henti-henti bersembang..
|
Posing dulu |
|
Kecil saja airportnya.. |
Kami sampai di Ttribumi Airport pada jam 12.35 tengahari waktu Nepal. Pada aku, airportnya tidaklah sebesar mana. Lebih kurang airport Subang. Suasananya pun agak suram, tidak banyak kedai-kedai. Butik dan premis barangan branded jauh sekali. Usai urusan imigrasi dan pasport, kami dipertemukan dengan pemandu pelancong iaitu Yam. Seorang lelaki Nepal yang akan membawa kami ke tempat-tempat yang telah dijadualkan. Dia kelihatan seorang yang baik.
|
Ni bas kami |
|
Parking lot airport |
Kami dibawa menuju ke bas. Di sana, kami dikalungkan bunga oren, kristantinum oleh manager Yam. Itu merupakan salah satu budaya menyambut tetamu oleh orang Nepal. Apa lagi...Namastee..Namastee...Lepas tu, bergambar pulak.. tanda sudah sampai di bumi Nepal.. siap banner lagi.." Discover Katmandhu..". Tun & Fahimi yang mengetuai rombongan ini memang ceria..pasangan yang sangat sempoi..
|
Mr Yam Newar |
|
Selesa juga bas ni |
Bermulalah perjalanan darat pula..sambil mengintai kehidupan masyarakat dan suasana bandar Katmandhu. Perkara pertama yang aku perasan ialah orang-orang Nepal. Mereka tidak seperti orang India atau Cina. Tetapi campuran keduanya. Kulit mereka cerah, cantik. Rupanya pula manis, hidung mancung, mata berwarna hazel dan kehijauan, serta kurus-kurus. Menurut Yam, Nepal dikelilingi oleh negara Cina dan India. Pendatang cina dipanggil Manchurian, pendatang india pula digelar Aryan. Perkahwinan campur antara mereka mewujudkan masyarakat Nepali. Oooo...i see..... patutlah deme ni cantik-cantik..
|
Terkejut jugak melihat pemandangan ni.. |
|
Banyak kuil |
|
Sungai |
|
Baru jumpa bangunan tinggi |
Kalau ikut rencana, kami sepatutnya makan tengahari di sebuah restoren halal Turki. Di sini, penduduknya hanya 5% yang beragama Islam, yang lain beragama Budha dan Hindu. Jadi, mencari makanan halal agak sukar. Rupa-rupanya, restoren tersebut terletak jauh di dalam bandar. Bandarnya pula, masya-Allah...bukan macam KL, Ipoh okay... pekan Banting pun bukan. Bolehlah aku umpamakan macam pekan Batu Pahat tahun 70an... bukan nak menghina..tetapi itulah realiti.
|
Ni macam zaman 60an.. |
|
Warga Nepal.. |
|
Kedai makan |
|
Kotor dan banyak sampah |
|
Kesiannya.. |
|
Ni pun ada.. |
Jalan-jalannya pula jemm memanjang. Bukan sebab banyak kenderaan ke apa, tetapi pada aku sebab tiada perancangan yang sistematik. Ikut suka lalu kot mana. Trafik light pun macam tak berfungsi. Fizikal jalannya berkerikil, tidak ditar sepenuhnya. Belum pergi jauh, dah terasa macam sesak nafas sebab bandar Katmandhu penuh dengan asap dan jerubu. Kerja-kerja pembinaan dan pemandangan bangunan tak siap mencacatkan kehamornian. Eh..banyak pulak komen..
|
Berselirat macam kat vietnam.. |
|
Keretanya comel2.. |
Akhirnya, bas berhenti. Legalah kami ni. Ingatkan dah sampai..rupanya kena menapak pulak sejauh 2 km untuk pergi ke restoren Turki tu... Cobaan.. Berjalanlah kami..sambil-sambil ambil gambar. Daripada pemerhatian aku, bandar ini kotor dan penduduknya agak miskin. Rata-rata mereka tinggal di rumah sempit dan padat, seakan-akan kotak. Anjing berkeliaran. Kedai-kedainya pula bagai hidup segan mati tak mahu... kesian juga melihat kedhaifan mereka.
|
Jalan lagi.. |
|
Sesak.. |
|
Entah ke mana hala..ikut je la.. |
|
Ni masak apa lah tu.. |
Kami pun tiba di restoren itu. Kami dijamu nasi beriyani, gulai kambing, sayuran dan minuman. Kami bersolat jamak zuhur dan asar. Makanannya boleh tahan seperti makanan arab di Rausha Kampung Pandan. Tapi..bilik airnya satu saja.. agak sukarlah bagi kami yang seramai 26 orang ni.. Faham2 sajalah.. Masa yang agak lama kami habiskan di sana kerana toiletnya satu itu..
|
Satu-satunya restoren halal di Kathmandu |
|
Kebab |
|
Nasi Baryani..sedap |
Stupa Swayambhunath Kathmandu
|
Swayambhunath Stupa |
Usai menjamu selera dan bersolat, kami meneruskan perjalanan ke suatu tempat tarikan pelancong, Stupa Swayambhunath. Sepanjang perjalanan kami diceramahkan oleh Yam tentang keadaan ekonomi, politik dan sosial masyarakat di negara ini. Melalui pemandangan pula, aku dapat melihat keadaan geografinya yang berbukit2..maklumlah bandar Kathmandu ni terletak di tanah tinggi. Jalan sempit dan banyak tidak diturap. Yam kata, agama Hindu dan Buddha di sini sangat berkoloborasi..cewah.. Maksud, mereka hidup harmoni dan saling memahami..Banyak kuil tua yang dijaga dengan baik dan dijadikan tarikan pelancongan. Orang2 Cina dan India dari Malaysia juga banyak datang ke sini untuk bersembahyang..katanya..
|
Katanya ini bangunan kerajaan |
|
Rumah-rumah penduduk di atas bukit |
|
Pintu masuk stupa |
No comments:
Post a Comment