Saturday 27 December 2014

Nepal (1)

Nepal (1)
Mac 2014

Kathmandu


Tidak pernah ada dalam perancangan untuk pergi ke negara bernama Nepal. Tidak pernah pula ambil kisah apa yang menarik di sana. Namun, setelah mendapat info daripada rakan travel, tarikan utama di sana ialah Gunung Everest, gunung yang tertinggi di dunia, aku jadi sangat teruja.. Wow..ye tak ye.. memang gunung Everest terletak di sana.. Tanpa membuang masa, aku terus confirm.

Penerbangan kami dijadualkan berlepas jam 9.55 pagi menaiki MH 170. Seramai 26 orang yang mengikuti pakej ini yang kebanyakannya daripada alumni Sri Puteri. Aku hanya tumpang semangkuk.. he.he.he. Sebelum menaiki pesawat, sedikit kegusaran bermain di sudut hati. Lebih-lebih lagi MH370 masih menjadi misteri dunia. Pelbagai teori konspirasi dan hijack menghantui minda. Namun.. segala-galanya aku serahkan kepada Yang Maha Mengetahui, Allah subhanahu wataala.. Semoga perjalanan ini selamat daripada segala bencana..amin.

Capati dan kari ayam yang sedap
Perjalanan selama 6 jam agak tidak terasa apabila menaiki pesawat MAS. Kami dihidangkan dengan capati atau nasi dengan kari ayam atau ikan, kacang2 dan air serta roti. Akhbar NST disediakan, bolehlah baca dari kulit ke kulit. Video interactive juga ada bagi yang ingin menonton filem-filem, drama, dokumentari, video muzikal dan sebagainya. Tapi aku...lebih lena dibuai mimpi dek kerana keletihan mengemas bagasi malam tadi.. Lebih-lebih lagi duduk pula sebelah dua orang brother Nepali yang tak henti-henti bersembang..


Posing dulu
Kecil saja airportnya..
Kami sampai di Ttribumi Airport pada jam 12.35 tengahari waktu Nepal. Pada aku, airportnya tidaklah sebesar mana. Lebih kurang airport Subang. Suasananya pun agak suram, tidak banyak kedai-kedai. Butik dan premis barangan branded jauh sekali. Usai urusan imigrasi dan pasport, kami dipertemukan dengan pemandu pelancong iaitu Yam. Seorang lelaki Nepal yang akan membawa kami ke tempat-tempat yang telah dijadualkan. Dia kelihatan seorang yang baik.

Ni bas kami
Parking lot airport
Kami dibawa menuju ke bas. Di sana, kami dikalungkan bunga oren, kristantinum oleh manager Yam. Itu merupakan salah satu budaya menyambut tetamu oleh orang Nepal. Apa lagi...Namastee..Namastee...Lepas tu, bergambar pulak.. tanda sudah sampai di bumi Nepal.. siap banner lagi.." Discover Katmandhu..". Tun & Fahimi yang mengetuai rombongan ini memang ceria..pasangan yang sangat sempoi..

Mr Yam Newar
Selesa juga bas ni
Bermulalah perjalanan darat pula..sambil mengintai kehidupan masyarakat dan suasana bandar Katmandhu. Perkara pertama yang aku perasan ialah orang-orang Nepal. Mereka tidak seperti orang India atau Cina. Tetapi campuran keduanya. Kulit mereka cerah, cantik. Rupanya pula manis, hidung mancung, mata berwarna hazel dan kehijauan, serta kurus-kurus. Menurut Yam, Nepal dikelilingi oleh negara Cina dan India. Pendatang cina dipanggil Manchurian, pendatang india pula digelar Aryan. Perkahwinan campur antara mereka mewujudkan masyarakat Nepali. Oooo...i see..... patutlah deme ni cantik-cantik..

Terkejut jugak melihat pemandangan ni..
Banyak kuil
Sungai
Baru jumpa bangunan tinggi
Kalau ikut rencana, kami sepatutnya makan tengahari di sebuah restoren halal Turki. Di sini, penduduknya hanya 5% yang beragama Islam, yang lain beragama Budha dan Hindu. Jadi, mencari makanan halal agak sukar. Rupa-rupanya, restoren tersebut terletak jauh di dalam bandar. Bandarnya pula, masya-Allah...bukan macam KL, Ipoh okay...  pekan Banting pun bukan. Bolehlah aku umpamakan macam pekan Batu Pahat tahun 70an... bukan nak menghina..tetapi itulah realiti.


Ni macam zaman 60an..
Warga Nepal..
Kedai makan
Kotor dan banyak sampah
Kesiannya..
Ni pun ada..


Jalan-jalannya pula jemm memanjang. Bukan sebab banyak kenderaan ke apa, tetapi pada aku sebab tiada perancangan yang sistematik. Ikut suka lalu kot mana. Trafik light pun macam tak berfungsi. Fizikal jalannya berkerikil, tidak ditar sepenuhnya. Belum pergi jauh, dah terasa macam sesak nafas sebab bandar Katmandhu penuh dengan asap dan jerubu. Kerja-kerja pembinaan dan pemandangan bangunan tak siap mencacatkan kehamornian. Eh..banyak pulak komen.. 

Berselirat macam kat vietnam..
Keretanya comel2..
Akhirnya, bas berhenti. Legalah kami ni. Ingatkan dah sampai..rupanya kena menapak pulak sejauh 2 km untuk pergi ke restoren Turki tu... Cobaan.. Berjalanlah kami..sambil-sambil ambil gambar. Daripada pemerhatian aku, bandar ini kotor dan penduduknya agak miskin. Rata-rata mereka tinggal di rumah sempit dan padat, seakan-akan kotak. Anjing berkeliaran. Kedai-kedainya pula bagai hidup segan mati tak mahu... kesian juga melihat kedhaifan mereka.


Jalan lagi..
Sesak..
Entah ke mana hala..ikut je la..
Ni masak apa lah tu..


Kami pun tiba di restoren itu. Kami dijamu nasi beriyani, gulai kambing, sayuran dan minuman. Kami bersolat jamak zuhur dan asar. Makanannya boleh tahan seperti makanan arab di Rausha Kampung Pandan. Tapi..bilik airnya satu saja.. agak sukarlah bagi kami yang seramai 26 orang ni.. Faham2 sajalah.. Masa yang agak lama kami habiskan di sana kerana toiletnya satu itu..

Satu-satunya restoren halal di Kathmandu
Kebab
Nasi Baryani..sedap

Stupa Swayambhunath Kathmandu

Swayambhunath Stupa
Usai menjamu selera dan bersolat, kami meneruskan perjalanan ke suatu tempat tarikan pelancong, Stupa Swayambhunath. Sepanjang perjalanan kami diceramahkan oleh Yam tentang keadaan ekonomi, politik dan sosial masyarakat di negara ini. Melalui pemandangan pula, aku dapat melihat keadaan geografinya yang berbukit2..maklumlah bandar Kathmandu ni terletak di tanah tinggi. Jalan sempit dan banyak tidak diturap. Yam kata, agama Hindu dan Buddha di sini sangat berkoloborasi..cewah.. Maksud, mereka hidup harmoni dan saling memahami..Banyak kuil tua yang dijaga dengan baik dan dijadikan tarikan pelancongan. Orang2 Cina dan India dari Malaysia juga banyak datang ke sini untuk bersembahyang..katanya..


Katanya ini bangunan kerajaan
Rumah-rumah penduduk di atas bukit
Pintu masuk stupa
Akhirnya kami sampailah di Stupa Swayambhunath itu. Kena memanjat okay.. macam Batu Caves. Puncaknya tu ada kuil besar. Katanya antara kuil tertua di dunia.. Aku tak berapa nak selera sangatlah dengan tempat begini.. bukan apa, tak tahan dengan bau -bauannya yang menyesakkan hidung. Tambahan lagi banyak pula anjing berkeliaran. Cuacapun hampir senja di sana. So..amek2 gambar sekejap dan kami turun. Pemandangan dari atas bukit tu..memang cantik. Sejuk dan saujana mata memandang. 


Subhanallah..
Hampir senja..
Foto makcik ni satu..!
Bandar Kathmandu di bawah nun..
Ufuk merah sudah kelihatan..
Malam hampir melabuhkan tirainya..
Di sini, monyet dianggap haiwan suci
Swayambhu Buddhist Museum
Pintu masuk muzium..
Mr Yam menerangkan sesuatu..
Kenangan di stupa
Mokcik ni..foto lagi..
Ada rumah ibadat
Macam Nanny Mc Phee dengan tongkatnya..hi.hi..
Berusia beribu tahun..
Banyak anjing berkeliaran
Grup rombongan
Awan mendung
Semakin gelap
Baby nepali
Menari-nari lak dia..comel..
Kami terus menuju ke hotel. Badan penat dan agak lapar. Nasib baik bawa roti2 halal dan serunding. Bolehlah mengalas perut. Makan malam, tapau saja daripada restoren tengahari tadi kerana susah mendapatkan makanan halal di sini. So..siapa yang berhajat datang ke Nepal, sila bawa makanan secukupnya ya.. Makanan halal memang menjadi masalah besar di sini.. Okaylah.. masa untuk tidur. Esok kami akan melawat Gunung Everest.. tak sabar rasanya..Wait for the next entry ya!




Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...