Friday, 5 April 2013

Homestay Sungai Haji Dorani 2

Homestay Sungai Haji Dorani
Day 2

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun, mandi dan solat subuh. Berjalan-jalan di sekitar rumah penginapan sambil menghirup udara kampung yang segar.. Mulanya teringin mengajak suami dan anak berjoging ..tapi melihat mereka khayal diulit mimpi..malas pula rasanya.. Tiba-tiba ternampak macam pasar tani di seberang jalan.. Apa lagi..shopping time... Pasarnya kecil sahaja..banyak menjual makanan dan barang-barang keperluan harian.. Dah puas meronda, aku pun beli nasi lemak, mee hon goreng, pecal dan sedikit kuih-muih.. Majoriti penduduk di sini berketurunan Jawa..jadi..makanannya pun versi itulah.. Yang paling sedap, pecalnya... kuah kacangnya sungguh lazat.. Inilah yang dinamakan rezeqi di pagi hari...yummy!

Setelah bersarapan bersama-sama keluarga, kami dibawa ke pusat komuniti sekali lagi. Anak-anak ingin mewarna batik sementara aku dan suami bercadang untuk mengambil perkhimatan urutan badan. Tetapi malang sekali, rupa-rupanya tukang urut berpantang mengurut pada hari Rabu. Jadi kami melayan anak-anak  melakukan aktiviti mewarna batik...

Tekun mewarna batik

Sambil minum air kelapa..

Emmm...boleh tahan..

Ada gaya..

cantik tak?..

Setelah siap, anak-anak bermain badminton dan basikal...Sesi fotografi jangan dilupa..he.he.he..  Tempat ini sungguh indah..dengan sawah yang luas terbentang..menghijau..dan chalet kayu berkonsep kampung sangat fotogenik..dihiasi bunga-bungaan yang pelbagai warna.. Tapi..panas tau...




Inilah chalet di tengah sawah...

saujana mata memandang..

gadis pingitan..he.he..

pokok ati-ati

indah..

udah le teww..

minah kampung..he.he..

Cari uban..

pokok ati-ati..subur..


panas ke..sampai jelir lidah tu..

pokok bunga butang

denai ke chalet..

Cuaca yang panas terik..menyebabkan kami segera ke rumah penginapan..cari aircond...Untuk hidangan tengahari, kami telah memesan Nasi Ambeng Special yang dimasak khas oleh tuan rumah...Wooo..hoo.. sedapnya...cuba kome tengok...



Sudah lama mengidam nak makan nasi ambeng macam ni..akhirnya dapat juga...Allahumma bariklana fima razaqtana waqina azabannar....amin... Makan dalam talam, ramai-ramai...sampai berpeluh-peluh... Satu talam ni boleh 5-6 orang makan..puas hati tau..berbaloi-baloi...

Tibalah masanya untuk kami check-out...Setelah membuat pembayaran dengan tuan rumah, kami pun bertolak untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya... Kalau ditanya berapa markah nak bagi kepada  tempat percutian ini...aku bagi ..10/10..  Marvelous!

Lokasi selepas ini ialah D'Muara Marine Park Sungai Haji Dorani. Hanya 5 minit dari tempat penginapan kami sebelum ini. Cuma..mengarah ke laut. Tujuan utama bermalam di sini adalah untuk menikmati kesegaran ikan bakar di restorennya yang terkenal. Maklumlah tepi jeti...tempat nelayan menaikkan ikan..

Inilah apartment kami..

Ada chalet yang menghadap ke laut..cantik

waktu petang..

Jeti nelayan

Restoren ikan bakar..

Sementara menanti malam melabuhkan tirainya..kami menghabiskan masa berjalan-jalan di pekan Sungai Besar..disebabkan cuti perayaan Tahun Baru ..banyak kedai yang tutup.. singgah di kedai mamak untuk minum petang, makan roti tisu dan melepak. Ada juga kedai-kedai pakaian yang buka, apa lagi..sambar 2-3 helai blouse..

Melepak punya melepak..tak sedar dah pukul 9.30 malam. Kami terus ke apartment, solat dan menuju ke restoren ikan bakar.. Sedihnya...dah habis..hu.hu.hu...yang tinggal ikan kembong dan kerang-kerangan sahaja..frust giler...Tak ada rezeqi rupanya kami... Patutlah pelanggan luar biasa ramainya..Jadi kami terus keluar mencari tempat makan lain..

Pagi esoknya ..kami check-out awal pagi lagi...kenapa ya...ada suatu kejadian tau...Ada seseorang daripada kami telah mengalami dugaan...Hmm..semasa dia sedang mandi, tiba-tiba shower patah....membuak-buaklah air keluar daripada paip itu.. Kecoh juga pagi-pagi tu..kami mencari kepala paip untuk menguncinya tetapi tak jumpa.. Akhirnya aku membuat laporan di kaunter pendaftaran.. Dengan senyuman, adik kaunter berkata,  " Tak apa kak..maintenance kat sini memang susah nak ada..ada banyak peralatan yang rosak.. belum baiki lagi.., akak nak check-out sekarang ke.."  Aku mengangguk-angguk sambil dahi berkerut..pulak dah...

Dalam hati dok fikir...patutlah service kat sini kurang memuaskan... apartment yang kami duduk pun kurang bersih..langsirnya berkulat..cadarnya pun macam ada banyak peta... Sabar jelah...Apa-apa pun, semua itu sudah berlalu..perjalanan mesti diteruskan.. Bersarapan nasi lemak di pekan Sungai Besar. Tiba-tiba, tersedar aku tertinggal handphone di apartment tadi...patah balik...rupanya terselit celah katil.. Dugaan betul.. namun aku percaya..setiap yang berlaku ada hikmahnya... bersangka baik dengan Allah..

Selamat tinggal Sungai Haji Dorani...pengalaman yang dilalui akan menjadi kenangan...pahit manis sesuatu perjalanan..merupakan mutiara indah di lipatan sejarah kehidupan..semoga aku menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur..amin.


Homestay Sungai Haji Dorani

Homestay Sungai Haji Dorani...

Day 1

Sudah lama mendengar cerita kawan-kawan tentang tempat ini. Keindahan sawah padi dan kesegaran makanan laut menggamit hati untuk ke sana. Tak perlu pergi jauh ke utara nun...hanya di Selangor saja.. Kami bertolak pada hari Isnin , 11 Feb mengikut lebuh raya LATAR. Jalan pun 'clear' tak ada jem. Tempahan penginapan sudah dibuat awal, jadi kami tak perlu  tergesa-gesa. Perjalanan santai. Sampai di Kuala Selangor, terus ternampak Gerai Cendol Bakar..drive thru ..lagi...Macam menarik je..Jom singgah..


Gerai Cendol Bakar
 


Kami memilih cendol VVIP...wau! memang sedap.. Ada macam-macam, jagung, kacang merah, pulut, cincau, buah laici dsb.. Tapi x sempat ambil gambar elok2 sebab tak sabar nak rasa. Sekali hadap..licin. Maklumlah..makan cendol ni waktu cuaca sedang panas terik..Memang nikmat laa.. Mula tu pelik juga kenapa namanya cendol bakar...rupanya mengambil sempena nama tuannya Pak Bakar...laaa...haru betul...

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Sungai Besar. Perut pun dah berkeroncong. Kami pun singgah di gerai makan. Namanya Faridah Mentarang Bakar. Apa kebendenya mentarang tu...haa...jom tengok. Rupanya macam kupang tapi warnanya macam kepah..lebih cerah..Dibakar dan dimakan bersama sos cili..Hmmm..sedap jugak..Pada mulanya anak2 pandang semacam je..maklumlah..orang KL..tapi bila dah rasa..hmm..kena order lagi satu pinggan. he.he....Satu lagi menu terkenal di sini, laksa belut dan sup ikan Haruan...memang sedap..

Inilah rupanya mentarang bakar...
Sup ikan haruan..best!


Laksa belut..manis isi ikannya..
Apa posing camtu...


Me & Abang..

Kami meneruskan perjalanan ke Homestay Sungai Haji Dorani... Sepanjang jalan ternampak banyak gerai menjual kerepek. Tapi kami bercadang untuk membelinya ketika pulang nanti. Dalam setengah jam, kami pun sampai di destinasi yang dituju. Terpegun seketika melihat kehijauan sawah padi...subhanallah..





Tuan Haji Abdul Rahman dan isterinya menyambut kami dengan mesra.. Rumah kami terletak berjauhan dengan sawah. Pada mulanya memang ingin bermalam di tepi sawah tetapi tiada kekosongan.. Namun melihat keadaan rumah yang disediakan sungguh selesa dan berhawa dingin, kami terus jatuh cinta.. Inilah rumahnya..






Rumah ini ada tiga bilik yang sangat selesa.. semua ada air-cond. Ruang tamunya luas dan dapur juga lengkap dengan peralatan memasak. Rasanya ..boleh memuatkan 8 orang tetamu.. Sewanya? Murah saja..hanya RM 150 semalam. Berbaloi kan?...

Setelah berehat-rehat...kami menuju ke Pusat Komuniti Homestay Haji Dorani yang terletak di tepi sawah padi..Apa ada di sana...? Meh lihat apa aktiviti yang kami buat di sana..

Inilah pusat komuniti Homestay Haji Dorani

Ada pondok tepi sawah


Ambil angin sepoi-sepoi bahasa...
Aktiviti pertama kami ialah posing..he.he.he..Sebenarnya banyak perkara yang boleh dibuat di sini. Contohnya...Membuat layang-layang...

Diajar oleh Pak Wan



Dah siap...cantik tak..

Angin kencang petang itu seolah-olah meraikan kedatangan kami...Bagai tahu-tahu kami nak bermain layang-layang...apa lagi..berlari-lari kami di tepi sawah...Teringat kembali zaman kanak-kanak dulu..main layang-layang pakai seluar pendek berlari terkedek2 ..seronok tengok lelayang terbang tinggi dibawa angin.. Dulu...30 tahun yang lalu...budak2 sekarang mana nak main benda2 ni..I-pad, I-phone, lap top, tab..itu je deme tau..hu,hu.hu...

Layang-layang Sabrina terbang tinggi..

Abi pun sama..

Bawah bumbung pun leh terbang....

Berarak mendung kelabuuu...rupanya angin yang kencang petanda langit akan menangis...hu.hu.hu...Kami dinasihatkan oleh Hj Abd Rahman supaya berehat sebentar takut disambar kilat. Jadi..kami pun membuat aktiviti lain..mengasah kreativiti dengan sumber alam semula jadi.. Ada pula pasangan dari Jepun yang berminat sangat dengan ketupat daun kelapa yang aku buat..he...he...he..

Buat jam daripada daun kelapa..

Pandai abi...

Apa yang dipegang oleh pelancong dari Jepun itu..?

Itulah kelonsong ketupat daripada daun kelapa... I buat tau...

Kata orang..tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat bermain...Jom kita main panjat-panjat pokok..

Mula-mula ..pokok kelapak dipeluk..

Pastu...ukur saiz ...he.he..

Baru naik...

Dah nak sampai...

Hmmm...

suka buat camtu tau...
Akhirnya..hujan pun berhenti..Tibalah masanya kami membuat aktiviti yang seterusnya...apa tu..? GOGOK IKAN..?? Biar betik...Hmmm..nak tahu macamana gogok ikan ni.. meh kita gi sawah...

Mula-mula kami dikehendaki mengeruhkan air yang bertakung di lopak sawah 

Agak geli la jugak...sebab x pakai kasut...euiii...

Tu..nampak dah ikan..opocot!

Abi suka usik orang tau..

Tangkap bina...tangkap!

Abi yang dapat..

Zulaikha dapat lumpur jee..

I...fotographer okay..

Tertungging-tungging tangkap ikan

Akhirnya Humaira dapat sekor...seronok tak terkata..he.he..

Bukan main seronok kami bermain lumpur dan selut di sawah padi yang terbentang ini... Bersama-sama kami, ada sekumpulan pelajar dengan cikgunya.. Riuh-rendah petang itu dengan suara kami semua yang terjerit-jerit menggogok ikan keli sawah.. Sebenarnya aktiviti ini ada cara-caranya...Mula-mula, kami dikehendaki berjalan-jalan dalam kolam ikan tu sehingga air keruh...Tujuannya untuk memabukkan ikan..Selepas itu, setelah ikan-ikan itu pening, ia akan timbul di permukaan.. Haa..masa itulah kita akan tangkap dia...senangkan?

Susah beb.....Susah tau nak pegang badan ikan yang licin dan berlendir tu.. Berapa kali terlepas..Budak-budak ni  suka menjerit...Nampak sahaja ikan lalu..jerit ..tuuuuu..!! Bila ikan terlepas pun jerit....iiiieehhh!!.. Bila ikan berenang kena kaki..lagilah jerit...aaaahhh!!...Ha.ha,ha...seronok sungguh! Ada yang tertungging-tungging tangkap ikan, yang tercebur dalam lumpur ada..yang tergelincir dan mandi selut pun ada...he.he.. kelakar sungguh.. akhirnya Abi berjaya menangkap 11 ekor ikan...wau! boleh tahan...

Haji Abd Rahman kata, kami boleh bawa balik ikan-ikan itu dan masak..tetapi disebabkan kami dah bercadang nak makan di luar sahaja, kami berikan ikan-ikan itu pada kumpulan pelajar tadi. Seronok sakan deme..Hmm..pengalaman betul..Siapa yang suka aktiviti macam ni, silalah ke Homestay Haji Dorani.. Promote lah pulakk..

Setelah mandi dan membersihkan diri, kami pulang ke rumah tetamu..berehat dan solat. Selepas magrib, kami dibawa untuk melihat kelip-kelip. Perjalanan menuju kawasan itu lebih kurang 30 minit menaiki kereta. Kami dibawa ke rumah pemandu bot, yang merupakan orang asal di sana, berketurunan jawa. Di rumahnya penuh dengan pakaian penari kuda kepang. Sempat juga bersembang-sembang dengan Haji Abd Rahman, katanya tarian kuda kepang boleh diadakan jika ada permintaan daripada pelancong. Ooo... terkenal jugak tempat ni ya..




Nak pergi melihat kelip-kelip tu..kena naik bot. Sebab tu kena pakai jaket keselamatan. Berjalan dalam kegelapan ke jeti sungai...berdebar-debar juga hati ini. Suspen pun ada.. Orang kata seronok melihat kelip-kelip ni..pengalaman yang tidak ada di negara lain..Sebab tu lah ramai pelancong asing yang datang melihat makhluk Allah yang kenit dan bercahaya itu...

Sepanjang perjalanan menaiki bot, tidak dibenarkan memasang lampu.. Meraba-raba lah kami dalam kegelapan yang gelap gelita..Mulalah fikir macam-macam..hantulah..ularlah..lipanlah.. Hmm..masing-masing senyap melayan perasaan... Namun, segala rama-rama dalam perut tu semua hilang apabila menyaksikan sebuah keindahan semula jadi sepanjang sungai itu....Subhanallah....cantiknya....

Di kiri kanan sungai, terdapat pohon Berembang yang bercahaya seperti pohon krismas.  Di sana sini terlihat koloni kelip-kelip yang menyinari pohon-pohon Berembang yang tumbuh di sepanjang sungai. Ya Allah..cantiknya..tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..korang kena menyaksikan dengan mata kepala sendiri... Pertama kali dalam hidupku merasai suasana seperti itu.. Sungguh mengujakan...

Kami menghampiri koloni kelip-kelip itu..sehampir yang boleh..Tidak sabar-sabar ingin memegang kelip-kelip dengan tangan..Ada yang berterbangan ke dalam bot kami..apa lagi..anak-anak terus menangkapnya.. comelnya..berkelip-kelip di atas tapak tangan..seperti pari-pari kecil bercahaya..lantas terbang... Tiba-tiba rasa macam cerita dongeng Alice In Wonderland... hebatnya ciptaan Allah..

Malam itu, kami hanya makan di sebuah Restoren Tom Yam. Harganya pun berpatutan....


Penat bermain layang-layang, panjat pokok kelapa, menggogok ikan  dan berbot melihat kelip-kelip..kami tidur dengan nyenyak sekali..Puas. Syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan ini.. buat kami mengutip pengalaman dan menyaksikan kebesaran-Mu..








Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...