Friday, 19 July 2013

Kuala Gula Bird Sanctuary Resort

Kuala Gula Bird Sanctuary Resort

Juadah ketam lembut ni dah lama menjadi sebutan kawan-kawan. Sedap, lemak, enak, dan manis rasanya..membuatkan aku beberapa kali menelan air liur. Ini tak boleh jadi.. lama-lama angau aku dibuatnya. Meneruskan percutian Gong Xi Fa Cai , destinasi seterusnya ialah Kuala Gula Bird Sanctuary Resort yang terletak di Kuala Kurau, Perak. Di sanalah katanya ada menu ketam lembut yang terkenal itu... Jadi, selepas meneroka Gua Tempurung di Kampar, kami terus menuju ke Kuala Kurau.

Kami tiba di sana sudah hampir senja. Chalet telah ditempah awal. Tidak kusangka, tempat ini sungguh cantik. Chalet-chalet seperti rumah kampung terletak di tepi sungai. Anjung-anjungnya pula menghadap ke sungai. Ada restoren yang dikatakan menyediakan juadah ketam lembut dan gulai ikan sembilang yang sangat sedap. Kami terus check-in. Nama chalet kami Merak Kayangan. Dua bilik berharga RM 250 semalam. Macam mahal kan...tetapi percayalah..sangat berbaloi...

Selamat Datang ke Kuala Gula

Inilah chalet kami

Merak Kayangan

Anjungnya menghadap ke sungai... cantik..
Ini bilik tidur kami
Ruang tamunya luas..

Menyaksikan aliran sungai yang mengalir tenang..

Pemandangan yang mengasyikkan..


Landskap sekitarnya..

Indah..

Hadapan restoren

Bangunan admin..

Selepas meninjau-ninjau keindahan persekitaran resort ini, kami pun bersiap-siap untuk makan malam. Menu  telahpun diorder awal-awal kerana takut stok ketam lembut kehabisan. Menurut staf di sana, selalunya menu ketam lembut akan habis seawal jam 7.00 malam, lebih-lebih lagi pada musim cuti perayaan. Seusai solat maghrib, kami terus menuju ke restoren. Kedengaran guruh berderam-derum di langit menandakan hujan akan turun. Air sungai juga mengalir deras...

Tidak sampai 10 minit menunggu.. menu yang kami order pun sampai... Apa yang boleh aku katakan ialah WOW !.. Marvellous.. Menu : Gulai ikan sembilang, Ketam Lembut Masak Masam Manis, Ketam Lembut Goreng Tepung, Sup Ekor dan Sayur Kailan. Foto-foto ini tidak dapat menggambarkan keenakannya. Korang kena datang sini dan rasa sendiri...

Inilah dia..

Ada orang x dapat kawal diri... he.he..

Teh Tiga layer..

Upload foto dulu..

Hujan turun dengan lebatnya semasa kami menjamu selera.. mengundang suasana romantik dalam kesejukan angin malam.. Makan hingga licin.. memang sedap. Alhamdulillah...diizinkan Allah menikmati rezeqi-Nya.. Lama juga kami melepak di situ.. Tempat ini agak jauh dari kedai2..jadi suasana pada waktu malam memang sunyi dan aman damai..sesuai untuk yang ingin mencari ketenangan dan melarikan diri daripada kesibukan kota.. Malam itu, kami tidur bermuzikkan titikan hujan di bumbung chalet dan aliran arus sungai di bawah anjung chalet kami...

Pemandangan indah pada waktu subuh..

Subhanallah..




Menanti terbit fajar..
Keindahan dan ketenangan pada waktu fajar menyinsing sememangnya mendamaikan jiwa.. Teringat kandungan sebuah hadis, berpagi-pagi akan membawa rezeqi.. insyaallah. Aku berjalan-jalan di sekitar resort ini. Ada tempat mesyuarat, ada dewan, ada surau, asrama juga disediakan. Pokoknya, tempat ini juga sesuai diadakan seminar dan mesyuarat.

Asalnya, Kuala Gula Bird Sanctuary Resort ini terkenal dalam kalangan pelancong asing sebab menjadi tempat persinggahan burung-burung hijrah. Pengkaji burung dan unggas akan ke sini mengambil gambar dan memerhati burung-burung tersebut. Resort ini juga menjadi syurga bagi kaki pancing. Tidak perlu masuk hutan berperang dengan nyamuk dan agas untuk melepaskan gian, hanya duduk dan berbaring santai di verandah chalet, boleh memancing ikan... seronok kan?

Jadi..apa aktiviti yang ada di sini? Apa lagi...jom menyusuri sungai sambil melihat hidupan unggas flora dan fauna.. Aku menempah bot kecil yang boleh dinaiki seramai 15 orang. Harganya RM 170.00 sebuah bot. Jadi..kalau ada yang datang berkumpulan bolehlah kongsi2 bayar. Kami menaiki bot dari jeti di hadapan resort jam 11 pagi. Masing-masing memakai jaket keselamatan.

Inilah jeti

Me, Leka & Abang

Leka seronok nak naik bot..


Pendatang asing..cun.. he.he..

Perjalanan bermula..

Burung hijrah..

Burung botak..

Aktiviti mengaut kerang

Kerang di sini gred A.. besar dan bersih..

Ni ..nak terjun ke ..apa..

Jumpa orang menjala ikan..

Dapat ke ikan tu..

Pokok bakau

kulihat hijau....

tenang..

pemandangan persisiran sungai
Aktiviti memerangkap sembilang

Indahnya sungai kita...kan?

tebing sungai..

pokok bakau

perjalanan diteruskan..

Tanaman semula pokok bakau

Hutan bakau

Anak-anak pokok bakau 

Tanah paya

Macam pengembaraan National Geografi.. he.he..
Biawak berenang.. masing2 dah takut...ingatkan buaya..

Besar jugak biawak ni... 

Tiba-tiba hujan pulak..

Nasib baik Uncle Mac ada bawa baju hujan


Tak pernah alami hujan di tengah sungai...

Pakai baju hujan pun..nak posing ke..

Perkampungan nelayan 


Kebanyakannya berbangsa cina

Rumah mereka di atas air..

Jeti nelayan


Pusat ternakan ketam lembut

Ikan pun ada

Budak2 ni suka sua tangan..

Tiba2 ada ikan melompat.. he.he...

Haa...takut...peace..

Ni lah poster burung hijrah..

Setelah hampir 45 minit menyusuri sungai Kuala Gula yang indah itu.. kami pun sampai di jetti resort semula. Yang nak tergelak tu..semasa kami turun dari jetti ke dalam bot tadi.. rasa macam senang jer... Tapi..semasa kami nak naik jetti daripada bot, punyalah susah..terkangkang-kangkang dibuatnya.. pasal apa ya... Ha..cer teka... Sebabnya..semasa kami pergi tadi air sungai sedang pasang..antara tangga jetti dengan bot dekat jer.. Tapi bila kami balik..air sungai dah surut.. bawah paras tangga jetti..tu yang nampak tinggi benor ...he.he.he..

Walau apa pun..pengalaman menaiki bot menikmati keindahan flora dan fauna di Kuala Gula memang sesuatu yang manis.. Kecantikan semula jadi sungai negara kita ialah anugerah Allah yang sangat bernilai.. Aku sangat bersyukur kerana masih sempat meneroka nikmat itu..dan membawa anak2 menyelami erti sebuah ketenangan dan kehebatan ciptaan Allah... semoga kami menjadi insan ulul albab yang diredhai Allah..amin...


2 comments:

  1. Tk atas info teruja sgt nk pegi..bot paling murah utk 4 org brp rm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tak perasan ada comment. Bot tu RM 170 boleh naik 10 orang. Kena tanya pihak resort kalau ada bot yg lebih kecil. Mungkin ada kot..

      Delete

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...