Jalan-jalan di Kota Singa..
24 Mac 2013
Pagi-pagi.. selepas bersarapan nasi lemak di hotel, kami meronda pula bandaraya Singapura. Dibawa oleh seorang pemandu pelancong berketurunan Jawa.. Mulanya kami ke One Fullerton. Taman bunga di tengah-tengah kota.. cantik dan bersih..
|
Berehat di tebing sungai.. |
|
Keindahan Kota Singa.. |
|
Hubby.. |
|
Me.. |
|
My friends.. |
|
Masing-masing cari bilik air..pulak.. |
|
Bangunan pencakar langit.. |
|
Dah penat la tu.. |
|
Me & Hubby.. |
|
Leka & anak singa.. |
|
Ikan berkepala singa... |
|
Marina Bay Resort.. hotel berbentuk kapal yang tergantung.. |
|
Posing.. |
|
I pun.. |
Next stop..
Istana Kampong Glam..
Kerajaan Singapura masih mengekalkan bangunan istana raja dan pembesar Melayu yang pernah menjadi pemerintah Temasik suatu ketika dahulu..
Kami berhenti solat Zuhur di Arab Street, bersebelahan dengan Malay Heritage Gallery..
Sempat juga bershopping di Arab Street.. Kebanyakan peniaga di sini menjual barangan orang Islam.. tudung, selendang, kopiah, sejadah, tasbih, key chains..dsb.. Banyak juga restoren muslim di sini.. pelbagai juadah boleh dirasa.. harganya pun berpatutan.. Jadi, kalau ingin ke Singapura..wajib sampai di tempat ini kerana senang mencari makanan halal...
Usai makan tengahari..kami meneruskan perjalanan.. menuju ke kedai bebas cukai..mencari cenderahati tanda kenangan..
Destinasi terakhir kami ialah Kompleks Muzaffar.. iaitu kompleks beli-belah yang mempunyai harga patut. Kalau di Malaysia..macam Myden laa.. Segala benda ada di sini.. makanan, barangan elektrik, pakaian, kasut, hand bags, dsb... Apa lagi...habiskan dollar singapura tuu...he.he.he...
|
Terjumpa pula kawan hubby.. |
Selesai sudah.. dalam perjalanan naik ke bas.. ternampak pulak sesuatu..
|
Hmmm... ingatkan bersih sangat...rupanya... ada juga pemandangan macam ni... |
Kami pun bertolak ke JB.. dan terus ke KL..Dalam keletihan ada keseronokan..melancong bersama-sama rakan sekerja.. pelbagai kerenah dan gelagat dihadapi..namun menjadi kenangan manis sepanjang perjalanan ini.. Apa yang lebih bermakna selain penerokaan pengalaman dalam kehidupan.. yang pastinya akan menjadi suatu sejarah yang sukar dilupakan... Thumbs Up ! kepada pengarah program... Puan Rafiza.. yang bertungkus-lumus menjayakan trip ini.. Bye! bye! Singapura..
|
He.he... |