Saturday, 7 September 2013

Melbourne 1

Hatiku Tertinggal Di Melbourne..
Mei-Jun 2013
Day 1

Apa ada di Melbourne? Mendengar cerita kawan-kawan yang pernah berkunjung ke sana, Melbourne mempunyai daya tarikan dari sudut faktor geografinya yang unik dan indah.. Kebanyakan pulau, pantai, lautan dan padang ragutnya akan memukau sesiapa sahaja yang memandangnya.. Meneruskan siri penjelajahan musafir ulul albab untuk melihat keindahan ciptaan Allah.. aku menempah tiket ke sana...

Pada 29 Mei ..aku bersama-sama keluarga menaiki flight Air Asia ke Melbourne. 8 jam masa penerbangan cukup membuatkan aku lenguh seluruh badan. Tidak seperti perjalanan yang lalu, aku sudah menempah makanan siap2.  Sampai di Tullamarine Airport sudah hampir jam 11 malam. Bersyukur ke hadrat Allah kerana barangan kami melepasi imegresen yang dikatakan sangat ketat. Kami terus menuju ke kaunter Skybus untuk membeli tiket.

Perkara pertama yang sangat mengkagumkan aku ialah kejujuran penjual tiket. Apa ceritanya... begini.. Setelah aku memberikan maklumat hotel, jurujual tiket itu terus menyarankan kami menaiki maxicab kerana katanya lebih murah daripada menaiki skybus. Tambahan lagi, kalau naik teksi, boleh terus sampai ke hotel berbanding bas yang hanya berhenti di stesen dan memerlukan transport tambahan untuk ke hotel... Baiknya penjual tiket bas ni... bisik hatiku. Sangat jujur..walaupun dia kehilangan pelanggan...

Jadi..kami pun naiklah sebuah maxicab. Alhamdulillah..pemandunya pula seorang Islam berketurunan India yang telah lama tinggal di sana. Bersembang sakan.. dan akhirnya sampailah kami di Hotel Ibis.. alhamdulillah.. Setelah check-in, kami dibawa ke apartment dua bilik... okay sangat semuanya... kecuali .. dapur... Tidak kusangka, hanya ada sebuah microwave dan electric kettle sahaja.. Aduss..habislah plan aku nak memasak bagai... Anyway... inilah yang dikatakan perancangan Allah.. kita merancang.. tetapi hanyalah Allah yang menentukan..

Tullamarine Airport

Menunggu maxicab

Tak payah tahan2 teksi macam kat Malaysia

Alhamdulillah..teksi dah sampai

Apa lagi...angkut barang

Suasana Melbourne jam 12 malam... sunyi giler

Dah sampai Hotel Ibis

Hadapan pintu masuk Hotel Ibis

Bersama Mr Muhammad, taxi driver

Ruang menunggu Hotel Ibis

Foto..foto..


Masuk apartment...di TV dah tertulis nama taw..

Katil di ruang tamu yg boleh diubahsuai menjadi sofa..

My room

Bilik anak2..

Inilah dapurnya

lengkap... 

Melepaskan keletihan 8 jam perjalanan...



Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...