Friday, 30 January 2015

Bali (4)

Bali (4)
Januari 2014

Uluwatu


Kami meneruskan perjalanan. Kalau mengikut itinerari yang disediakan, kami akan ke Uluwatu untuk menyaksikan persembahan tarian kecak di salah sebuah kuil hingga senja berlabuh. Sampai di sana, Pak Munir menyuruh kami memakai selendang kuning untuk diikat di pinggang sebagai tanda hormat tempat suci agama Hindu. Aku dan suami saling memandang... Entah kenapa, hati ini macam tak berapa nak setuju. Teragak-agak. Boleh ke?.. Akhirnya, suami bersuara, "Kami tak mahu ke kuil lagi, bawa saja kami ke pantai ya.." Lega..

Pak Munir ikut saja. Dia meninggalkan kami di atas tebing tinggi untuk menikmati keindahan laut dan pantai Uluwatu. Masyaallah..memang cantik. Kami memanjat tangga yang berteres. Terdapat cafe dan kedai-kedai minum di sepanjang teres. Angin sangat kuat memukul ombak yang membawa gulungan buih memutih di hamparan air laut yang membiru.. Subhanallah..indahnya alam ini..bagaimana pula indah Penciptanya..









Puas ambil angin laut di atas tebing tinggi, kami turun ke gigi pantai. Gigil juga pale lutut ketika menuruni tangga yang sangat curam. Di sudut-sudut tangga, terdapat pura/ puja bunga dan daun kelapa. Adat dan kepercayaan mereka sangat kuat di sini. Akhirnya kami dapat memijak pasir berdesir. Ya Allah..jernihnya air laut. Jelas kelihatan batu karang di sebalik air yang berkaca.. 









Banyak juga mat saleh mandi-manda di pantai ini. Tutup mata saja laa.. Kami tak mandi pun, sebab tak bawa baju. Hanya main-main air dan berfoto. Sesiapa yang nak masukkan tempat ini dalam acara lawatan, sangat digalakkan. Tempatnya cantik, pantainya bersih dan airnya jernih.. boleh mandi-manda dan ronda-ronda menikmati angin laut dan deburan ombak.. Tapi satu je.. tiada tempat makan halal ya.. sila bawa air sendiri..

Makan malam di Jimbaran




Malam itu, hubby meraikan birthday aku yang ke... Hi.hi.. Pak Munir menghantar kami ke pantai Jimbaran yang terkenal dengan sea foodnya. Kami ambil set yang ada lobster, ketam, ikan, udang dan sayur. Agak banyak untuk kami berdua.. jangan terperanjat, kami habiskan semuanya.. lapar punya pasal. Tempat ni, banyak orang dan kurang privasi. Makanannya juga agak mahal dan taklah sesedap mana.. biasa-biasa saja.. Pantainya pula tak berapa bersih dan ada anjing berkeliaran.. Nasihat aku, kalau ada sesiapa yang nak ke sini, pilih kedai makan yang betul-betul bersih dan halal ya..

Kami pulang ke hotel dalam keletihan.. Esok kami akan ke Tanah Lot dan pulang ke tanah air dengan flight malam. Masih banyak masa untuk bershopping ole-ole dan meronda Pantai Kuta.. insyaallah..Tidur dulu.. 


Sunday, 25 January 2015

Bali (3)

Bali (3)
Januari 2014


Taman Wisata Budaya GWK , Unggasan


Kami menunaikan solat jamak zohor dan asar di Masjid Al Fatah. Bersembang pula dengan isteri Pak Imam di masjid itu. Malam ini, mereka akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul di masjid.           " Jemputlah datang nak.." katanya.. Aku tersenyum. Insyaallah.. Tetiba rasa macam tak sedap hati nak bersuka ria.. Rasa bersalah pun ada.. hu.hu.. What should I do.. What should I do..

Masjid Al Fattah
Banner sambutan maulidur rasul
Isteri Imam
Pak Munir meneruskan aktiviti. Dia membawa kami ke suatu lokasi tarikan pelancong yang terkenal katanya, GWK.. Apa tuu??.. Bagus tempatnya bu...kata Pak Munir. Kami ikut saja.. Inilah akibatnya tak study dulu.. Sampainya di sana, Pak Munir membayar tiket masuk dan menyuruh kami jalan-jalan sendiri. Nanti ambil foto di sini ya..cantik di sini.. katanya lagi sebelum meninggalkan kami.

Okay.. Kami pun menapaklah ikut anak panah yang disediakan. Mula-mula nampak pentas lapang. Ramai pelancong duduk menonton persembahan. Rupanya Tarian Barongan.. Ohh tidak..tarian ini lagi..?? Kami tak tunggu lama. Lepas berfoto, kami pergi ke lokasi kedua..

Selfie..x de keje lain..
Taman Pancuran
Tenang..
Konsep Bali
Eh..ada pulak cowboy sesat..
Kami menaiki tangga yang agak tinggi. Entah ada apa kat atas sana pun tak tahu. Ikut je orang naik, kita naik..Dalam 10 minit sampailah kami di puncak. Laa..rupanya ada patung yang sangat besar. Dewa Wishnu katanya.. Ramai orang berfoto berlatarbelakangkan patung ini. Pulau Seribu Kuil..inilah Bali. Aku dan hubby kurang selesa dengan tempat-tempat begini.. Jauh di lubuk hati..suara isteri pak imam tadi masih terngiang-ngiang ..rasa semakin bersalah..hu.hu..

Inilah dia.. seram jugak..
View dari atas puncak
Mangsa makcik fotografer..
Kami meneruskan langkah mengikut arah anak panah yang disediakan. Turun pula ke suatu padang yang lapang dan terdapat bukit yang bentuknya seperti dipotong-potong menegak. Cantik juga tempat ni. Unik dan indah.. meh layan fotos.

Bukit empat segi..
Atas tangga tu ada patung lagi..
Unik kan..
Mangsa lagi..
Bukit tu sengaja dibentukkan bersegi..
Lapang..
Gaya apa pun tak tau..
Aku dan bukit batu..
Mangsa fotografer lagi..
Selfie lagii..
Okaylah..sebenarnya ada banyak lagi pemandangan cantik kat sini. Disebabkan kami ni bukan jurufoto yang pro.. dan kamera pun taklah secanggih mana, keindahan itu hanya disimpan dalam lipatan memori..ceceh..ayat cover..he.he..Jadi..bagaimana tempat ini? Hmm..bolehlah dimasukkan ke dalam itinerari lawatan bagi sesiapa yang sukakan sejarah dan keunikan.. Lepas ni sambung cerita lagi ya..

Thursday, 15 January 2015

Bali (2)

Bali (2)
Januari 2014


Pulau Penyu Tanjung Benoa


Pagi ini kami akan pergi ke Tanjung Benoa Pulau Penyu. Pak Munir telah menempah sebuah bot untuk kami ke sana. Sampai di pantai agak awal pagi. Rupanya banyak aktiviti yang disediakan. Menaiki jetski, menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran, ski air dan ke Pulau Penyu menaiki banana boat yang lantainya berkaca. Oh..kami ambil pakej banana boat..

Laju jugak pemandu boat ni bawa kami berdua. Lantainya kaca, boleh melihat dasar lautan. Bot berhenti di suatu kawasan untuk membolehkan kami melihat hidupan laut dengan lebih jelas. Kami menabur cebisan roti dan dalam masa yang singkat, banyak ikan mengerumuni bot menggigit-gigit cebisan roti. Aku perhatikan, airnya tidak sejernih Tioman dan Redang..

Kami meneruskan perjalanan ke Pulau Penyu. Dalam masa 20 minit, kami pun sampai. Ada pusat pemeliharaan penyu di sini. Pelancong boleh memegang dan bergambar dengan penyu-penyu itu. Di pulau itu, kami ditemani oleh seorang gadis bernama Adi. Selain itu, terdapat juga burung helang dan ular yang dipamerkan. Jom layan fotos..

Bagi ikan makan..
Cowboy on the boat..
Makcik amoi dari semenanjung..
Anak penyu
Bapak penyu..
Famili penyu menangis..hi.hi..
Comel
Mesra pelancong
Boleh pegang2..
Cantik
Yang ni besar
Geli pun ada..
Ni..cicak kobeng
Macam2 gaya dengan Si Helang
Atas pale pulok..
Amoi dan helang..
Sebenarnya..takut kena patok tau..
Nak jugak atas pale
Depa kenakan makcik ni..jahat tau..
Eeeiiii...geliii...
Burung Enggang ni manja sangat..
Kenangan dengan Adi
Hadapan bot
Pantai Tanjung Benoa
Pokcik pun nak foto..
Lunch nasi padang..sodap.
Penat juga melayan haiwan-haiwan di Pulau Penyu. Ingatkan ada penyu saja..rupanya ular dan helang pun ado..he. he..Aku rasa okay juga aktiviti ke Pulau Penyu ni untuk orang2 veteren macam kami kann.. Tapi kalau anak-anak muda, boleh ambil pakej yang lebih  mencabar..cuma sediakan ongkosnya saja ya.. Satu benda la yang kena tolak markah kat sini.. airnya tak berapa nak jernih..macam PD..untuk mandi-manda..tidak digalakkan ya..



Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...