Saturday, 28 November 2015

Sabah (4)

Sabah (4)
Mac 2015


Desa Cattle Diary Farm Kundasang


Kami meneruskan perjalanan ke Desa Cattle Diary Farm Kundasang. Cuaca juga bagus. Langit biru awan memutih. Bumi diliputi hamparan hijau di kaki pergunungan. Pemandangan memang cantik. Mendaki tanah tinggi di jalan raya yang curam, sungguh menakutkan. Tambah lagi, encik suami yang bawak viva macam bawak skyline. Cilok sana sini. Asyik mengucap aku dibuatnya..
















Tiba-tiba.. haaa.. sampai satu selekoh tempat orang ramai berhenti amek gambar, kete viva kami tak boleh start..Masa ni la pulak nak buat hal wahai vivaku sayang.. Puas jugak lah encik suami menggobel enjin. Sudahnya kami terpaksa menelefon ejen suruh ganti kereta yang lain. Dia kata, lewat petang baru boleh sampai. Aduii..camana ni.. Sambil menunggu tu, dalam setengah jam, en suami dapat hidupkan kereta.. alhamdulillah..Leganya.. Kalau tidak menunggulah kami macam mokcik jual kopok tepi jalan..huhu..






Akhirnya kami sampai di Desa Cattle Diary Farm. Wahh..sangat cantik tempatnya. Ladang lembu yang luas saujana mata memandang berlatarbelakangkan banjaran gunung Kinabalu.. Udara segar.. tapi ..of course ada sikit-sikit bau tahi lembu ya.. Bayaran masuk RM4.00 sahaja. Apa ada di sana? Jom tengok..









Ada bangsal lembu. Boleh bagi susu kepada anak lembu. Kita juga boleh melihat proses penghasilan susu lembu segar. Bagaimana susu diperah dan dipakej. Dalam bangunan pula ada cafe dan kedai cenderahati. Susu segar juga ada dijual. Selebihnya..aktiviti berfoto..




















Cuaca semakin gelap. Kami bersolat di sebuah masjid di sana dan makan petang di sebuah restoren. Satulah yang nak tolak markah kat sini, makanannya kurang menarik. Biasa-biasa saja. Kalau nasi goreng tu..kosong saja..rasa pun kureng..Padahal ramai pengunjung yang datang. Upgrade la sikit..kan? Ini merupakan kali kedua aku ke Kundasang sejak tahun 2005. Rasanya macam takde apa-apa perubahan dari aspek 'food kualiti'.. Heh..komen je tau.

Tak berapa lama kemudian, ejen kereta sewa datang untuk tukar kereta viva. Kali ini diberinya waja. Syukurlah. Risau juga nak turun bukit kalau kereta bermasalah kan.. Alhamdulillah..kami sampai dengan selamatnya di Tamparuli jam 7.00 malam. Terus ke Mango Restaurant untuk dinner. Ok la jugak. Balik ke hotel dan berehat secukupnya.

Esok kami akan pulang ke KL dengan flight malam. Kawan suami membawa kami berjalan-jalan sekitar KK dan terus menghantar kami ke terminal airport. Sebelum tu kami shopping di Mall yang berdekatan dengan hotel. Hotel Promenade ni memang strategik. Semua ada. Bagus. Siapa yang nak ke sini, boleh tempah hotel ini. Promote sikit ya.. 

Thats all for now.. cerita cuti-cuti Malaysia kali ini. Sebenarnya banyak tempat menarik di negara kita ni. Eloklah kita jelajahi sebelum kena bencana. Dua bulan selepas trip Sabah ni, berlaku gegaran dan banjir lumpur yang teruk di Gunung Kinabalu. Banyak kerosakan berlaku. Gunung Kinabalu yang utuh selama ini juga sudah berubah wajah katanya... Masyaallah.. Syukurlah aku telah diberi kesempatan oleh Allah menikmati sebahagian keindahan bumi Sabah...

Sabah (3)

Sabah (3)
Mac 2015

Rumah Terbalik di Tamparuli


Pagi yang cerah, cuaca yang indah. Selepas bersarapan di hotel, kami menuju ke destinasi seterusnya. Rumah Terbalik di Tamparuli. Kami masih menyewa viva yang sama. Tak de lah jauh sangat dari bandar KK. Jam 10.30 pagi, kami dah sampai. Ohh..panjangnya que..ramai sudah pengunjung yang beratur. Sambil menunggu giliran, kami welfie..









Tiket masuk RM10.00 untuk dewasa, RM5.00 untuk kanak-kanak. Ok la kan.. Rumah ni, tak boleh masuk ramai-ramai sekali gus. Nanti sesak la.. tak pasal-pasal boleh runtuh. Dan kamera pun tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam. Kenapa? Rasanya owner takut orang lain ciplak ideanya kot.. Tapi..kita boleh berfoto di sekitar kawasan rumah. Layann..











Sebelah Rumah Terbalik ni ada Mango Garden Restaurant. Mengikut catatan blogger, makanannya sedap dan harga berpatutan. Kami pun masuk untuk mencuba. Malangnya mereka belum menyediakan apa-apa hidangan kerana masih jam 11.00 pagi. Kami cuma order air jus saja. Dekorasi dalamannya boleh tahan..








Selesai sudah..kami teruskan perjalanan menuju ke Kundasang. Singgah sebentar di Jambatan Tamparuli.. Masih ingat Marsha Londoh menyanyikan lagu Jambatan Tamparuli sambil menari terjengket-jengket. Rupanya..memang kena jengket-jengket bila dok atas jambatan tu..Hmm..nak tau kenapa?.. Meh tengok ni..






Ngeri okayy.. siapa yang takutkan ketinggian, janganlah naik jambatan gantung ni. Di bawah tu sungai. Tinggi jugak jambatan ni. Aku sempat pergi sampai suku jambatan saja.. Kena pulak angin kuat. Bergoyang-goyang, terbuai-buai.. ehh..boleh gelabah mak nenek juga dibuatnya.. Pastu lantainya pula hanya barisan papan-papan buruk yang tidak berpaku.. Bila pijak kot ni.. dia jungkit kot nuh.. OOhh..sekian terima kasih saja lah.. Aku pun blahh..




Tengoklah belakang tu.. ada lantai yang dah reput..berlubang. Tapi kan..ada makcik yang lalu kat situ macam releks jer..sambil dukung anak lagi. Pakai kain batik lagi.. Aku berdoa supaya tiada orang yang lalu kat bawah jambatan tu..huhu..

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...