Monday, 21 December 2015

Lombok 5

Lombok 5
Disember 2015

Air Terjun Tiu Kelep - Sendeng Gile


Awan semakin mendung.. Mereka yang lain sudah bersiap sedia menuruni lembah Sineru untuk menyaksikan air terjun. Tiba-tiba perut buat hal.. ni la akibatnya banyak minum jus nenas tadi. Aduhh.. stress betul. Dipendekkan cerita..aku tak dapat ikut mereka ke sana..huhu.. sedih tau.. Kak Long dan Abang G juga tak turun sebab sakit lutut. Jadi..kami menunggu mereka di pondok cafe dengan penuh sabar.. Bye korang..! 






Untuk ke air terjun itu, dikenakan bayaran masuk 10 ribu rp dan 150 ribu rp untuk seorang pemandu jalan. Laluannya agak bagus, walaupun curam tetapi ada disediakan tangga berbatu dan tempat pemegang. Wakaf-wakaf kecil juga terdapat di sepanjang jalan untuk sesiapa yang ingin melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan. 







Hujan pula turun dengan lebatnya. Mereka berhenti di wakaf sambil menunggu cik langit berhenti menangis.. Sebenarnya perjalanan ke sana tidaklah begitu jauh, hanya 20-30  minit sahaja. Deruan air terjun sudah kedengaran.. menarik-narik tangkai hati untuk segera menyentuh kedinginan dan kesegaran air awet muda itu.. 






Sambil berposing-posing..hujan pun berhenti. Masih gerimis namun ditapis oleh rimbunan pepohon hijau yang hidup subur. Mereka meneruskan perjalanan.. misi mesti diteruskan meskipun banyak halangan. Cewahh..Go! Go!.. 





Akhirnya....kini pasti..matlamat tercapai.. Sampai juga akhirnya.. Tu dia..!! Cantiknya air terjun ni. Tak terkata dibuatnya. Masing-masing apa lagi..serbu..mandi..basahkan badan..main-main air dan..of coz..berfoto...berselfie..dan berwelfie...






Setakat gambar ni..tak dapat nak 'feel' seronoknya.. Kena datang dan merasai pengalaman berada di sini tau. Baru best.. Boleh merasa kelembutan kabus air membasahi pipi.. Menikmati kedinginannya.. Menyaksikan panorama mengagumkan entah berapa ribu isipadu air yang terjun ke sungai lalu menghasilkan deburan buih memutih tanpa henti...Subhanallah..













Sesungguhnya aku jeles..memang tak ada rezeki aku kali ini. Namun..hati terubat juga dengan foto-foto yang mereka ambil di situ. Memang cantik..tidak sia-sia tribulasi yang dihadapi. Penat lelah yang diharungi. Sakit lutut yang dialami.. Segalanya hilang ghaib ditelan deburan air terjun Sendeng Gile itu.. Memang cantik giler weii...








Setengah jam juga mereka bercanda di sana. Dalam perjalanan naik ke pondok kafe, hujan semakin lebat. Sebaik-baik sahaja mereka tiba di atas, hujan turun mencurah-curah. Siap angin kuat bertiup dengan kilat memancar-mancar. Ngeri la jugak. Lama juga kami menunggu hujan reda. Mereka pun sudah siap mandi dan bersalin pakaian. Alhamdulillah...bila cuaca elok, perjalanan pun diteruskan.. Next location..the oldest mosque in Lombok! Jom korang!

Sunday, 20 December 2015

Lombok 4

Lombok 4
Disember 2015

Pondok Senaru 


Akhirnya kami sampai ke destinasi. Alhamdulillah.. Masing-masing terpegun dengan pemandangan yang tersaji di depan mata. Dari Pondok Senaru kami menyaksikan lembah yang menghijau. Gunung-ganang yang puncaknya bersembunyi di sebalik kepulan awan putih di langit biru. Subhanallah..indahnya alam ini.. Terlupa segala kepenatan perjalanan tika melihat panorama indah itu...






Kami berfoto sepuas-puasnya. Release tension sebab dok lama atas van.. hahaha..Di sini ada restoren dan chalet. Landskapnya dijaga elok, dengan pokok-pokok bunga berwarna-warni. Pokok advocado pun ada.. Tandas juga bersih tapi pengunjung yang datang menggunakannya untuk mandi dan bertukar pakaian setelah turun ke air terjun. Musollanya kecil sahaja bercampur lelaki perempuan, tidak selesa. 






Kami dikehendaki makan tengahari dahulu sebelum turun ke Air Terjun Sendeng Gile. Hidangannya biasa-biasa saja. Mesti ada tempe, tauhu dan sambal pedas. Rasa macam tak cukup lauk, kami pun order udang, sotong goreng tepung dan jus nenas. Ini kena bayar asing ya.. Ha ni nak bagi tau.. Makanan di sini agak mahal.. itu sahaja sudah 600 ribu rp.. ( RM 180 ) ya.. Kuantitinya juga sedikit. Jadi berhati-hati kalau order di sini..





Selesai makan, kami bersolat. Ada juga yang masih meneruskan aktiviti berfoto.. Kenangan katanya.. Ok lah..bagi can. Sementara itu langit sudah kelihatan mendung menandakan hujan akan turun. Risau juga dibuatnya.. takut kami tak dapat melihat air terjun di bawah sana.. Pak Wawan menyuruh kami segera bersiap sedia untuk turun..









Sambung merakam kehijauan hutan di sekitar tempat ini. Dari sini juga boleh nampak air terjun Sendeng Gile yang tinggi mencurah ke bumi. Hati dah tak sabar. Bagaimana agaknya view dari dekat pula.. mesti cantik.. Hati juga sedikit gusar tika menjeling awan yang semakin mendung..tanda hujan akan turun.. 









Langit tidak selalu cerah.. kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari... itulah namanya adat mengembara. Ada kalanya dihadiahkan dengan pelangi nan indah. Sebelum itu pasti menempuh ribut dan hujan.. Aku pasrah.. #moodfrusttakdapatpergiairterjun#..

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...