Monday, 29 May 2017

Bicara Neraka Saqar..

Bicara Neraka Saqar..
4 Ramadhan  1438 Hijrah





Usai solat subuh, aku terus membuka al Quran. Baris demi baris ayat-ayat suci kualunkan ditemani keheningan pagi yang nian. Aku membaca pula tafsirannya. Bola mataku tertumpu kepada satu perenggan ayat suci yang bercerita tentang Neraka Saqar..

" Tahukah kamu apa (neraka) Saqar itu?"
"Ia tidak meninggalkan dan tidak membiarkan."
[Apa yang dilemparkan ke dalam neraka itu akan diazabnya sampai binasa kemudian dikembalikannya semula untuk diazab lagi]
"Yang menghapuskan kulit manusia."
(Muddassir : 27-29)

"Tidak. Demi bulan".
"Dan demi malam ketika telah berlalu".
"Dan demi subuh apabila mulai terang".
"Sesungguhnya Saqar itu ialah suatu bencana yang sangat besar".
"Sebagai peringatan bagi manusia"
" Bagi sesiapa antara kamu yang ingin berjaya atau mundur".
(Mudassir : 32-37)

"Setiap orang bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan".
"kecuali golongan kanan".
"berada di dalam syurga, mereka saling berbicara".
"tentang keadaan orang-orang yang berdosa".

"Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar?"
"Mereka menjawab, Dahulu kami termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak mengerjakan solat,"
"Dan kami juga tidak memberi makan orang miskin"
"Bahkan kami sering berbincang ( untuk tujuan yang bathil) bersama orang-orang yang membicarakannya,"
"Dan kami mendustakan hari pembalasan,"
"Sehinggalah ajal kami tiba".
(Mudassir : 38-47)

Sembang-sembang antara penghuni syurga dan neraka itu amat menarik sekali. Entah bagaimana situasi sebenarnya ..wallahu alam. Hanya Dia yang maha mengetahui keadaannya nanti. Apa yang pasti.. situasi sembang-sembang tersebut dalam ayat di atas adalah perkara yang benar-benar akan terjadi.

Berbalik kepada cerita Neraka Saqar dan penghuninya. Mengapa mereka dimasukkan ke dalam neraka itu? Apa dosa mereka? Apa salah mereka ketika di dunia? 
Mereka menjadi ahli Neraka Saqar kerana meninggalkan suruhan-suruhan Allah semasa di dunia. 

1. Tidak mengerjakan solat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.
2. Tidak memberi makan kepada orang miskin. ( Tidak berzakat atau bersedeqah)
3. Berbincang perkara yang bathil ( jahat, maksiat, lagha, sia-sia ) bersama-sama golongan fasiq.
4. Mendustakan Hari Pembalasan ( tidak percaya akan pembalasan Tuhan di akhirat )
5. Mereka meneruskan perkara-perkara di atas tanpa bertaubat sehinggalah tiba ajal mereka.


Nauzubillahi minzalikh.. Cerminan kepada diri ini, muhasabah kembali.. apakah selama ini aku sudah menunaikan solat dengan sempurna? Adakah aku mengabaikan golongan faqir miskin di sekelilingku?.. Adakah aku sering termasuk dalam golongan mereka yang melakukan bicara bathil dan lagha? Atau aku masih tidak yakin akan pembalasan Tuhan di akhirat nanti?Astagfirullahal azim...ampuni aku ya Rabb.. ya Ghaffur..Jauhkan aku daripada Neraka Saqar ya Allah..

Pimpinlah aku ke jalan-Mu yang lurus..pimpinlah hati dan fikiranku..pimpinlah emosi dan perbuatanku.. ke dalam rahmat dan kasih sayang-Mu ya Allah...amin ya Rabb..

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...