Wednesday, 26 December 2018

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu..


26 Disember 2018
SMK Seksyen 7 Shah Alam

Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah apalah tugasan yang diterima, saya redha sahaja. Sejak semalam hati berdebar-debar. Pelbagai perkara yang saya fikir. Tugasan, pentadbir, rakan-rakan sekerja, anak-anak murid, budaya kerja dan seribu satu hal yang bermain-main di kotak minda. Perasaan? Takut..kerana segala-galanya asing bagi saya. Gembira..kerana sekolah terlalu dekat dengan rumah. Sedih..kerana terkenangkan kawan-kawan di Melawati.. Biarlah apa pun perasaan yang datang.. saya harus menghadapinya dengan berani dan tenang..Semoga Allah memberkati saya..

Hanya 5 minit dari rumah, saya sudah sampai di perkarangan sekolah. Usai meletakkan kereta, saya berjalan menuju ke bangunan pentadbiran. Ofis di tingkat 1. Dalam perjalanan, ada seorang dua guru yang menegur dan bersalaman dengan saya. Seperti biasa, saya memberikan senyuman paling manis kepada mereka. Semoga sedeqah senyuman saya dibalas dengan kebaikan dan kemesraan. Setelah mengambil fail RPH, Buku Mesyuarat dan alatulis yang disediakan, saya menuju ke Bilik Bahasa, lokasi mesyuarat.

8.15 minit, mesyuarat bermula dipengerusikan oleh Puan Pengetua sendiri yang dipanggil Bonda. Mesra dan sopan panggilan itu. Bukan hanya 'chalk & talk'.. beliau menggunakan LCD. Perwatakannya tegas namun raut wajahnya sangat lembut. Tetiba saya tersuka tanpa sengaja.. Saya duduk di barisan meja kaunselor. Dengan ramah, Cikgu Santy menegur saya dan kami berbual mesra. Diikuti oleh guru-guru yang duduk di sekeliling saya. Saya melayani mereka dengan senyuman.

Tiba-tiba nama saya dipanggil ke depan untuk memperkenalkan diri. Terpanik seketika. Namun cuba saya bertenang. " Nama saya Pn Azwana Omar, sekolah lama SMK Taman Melawati, opsyen Bahasa Melayu dan berasal dari Muar, Johor.." ringkas sahaja bunyinya. Ada suara bertanya, sudah berapa lama mengajar? " Ohh saya mengajar sudah hampir 24 tahun.." Ehh..nampak muda la, terdengar suara lain. Saya tersenyum.. lantas menyambung.." Takpelah ya.. kalau nak berkenalan lebih nanti boleh berjumpa saya..sekian terima kasih." Haha..pm tepi...ada suara mengusik.. Saya cepat-cepat berjalan ke tempat duduk. Lega.

Melihat kepada tugasan yang diberi, saya menarik nafas perlahan-lahan. Guru kelas tingkatan 4 arRajhi. Kelas Perniagaan. Sudah lama tidak memegang tugasan ini, hampir 5 tahun. Ambil kehadiran murid dan merekodkannya akan menjadi rutin harian saya. Semoga dipermudahkan oleh Allah. Buku register, buku resit, surat amaran, kebersihan dan keceriaan kelas merupakan perkara yang sangat dekat dengan guru kelas. Bagaimanalah rupanya anak-anak murid saya itu ya...

Kokurikulum pula saya ditugaskan menjadi guru penasihat Persatuan Pandu Puteri dan Permainan Futsal. Hahh?!! Futsal?? Saya terus tergelak. Satu habuk pun tak tau tentang futsal. Ayoyo.. semoga ada bantuan..huhu. Di bidang HEM, saya menjadi penyelaras SPBT Tingkatan 5. Okay..sangat baru bagi saya. Tidak pernah pegang jawatan ini selama 24 tahun mengajar. Takpelah..sis cuba.. Dan akhir sekali, saya sangat gembira apabila nama saya termasuk di dalam AJK Pusat Sumber..syukur alhamdulillah..sekurang-kurangnya ada juga yang dekat di hati saya..

Itulah tugasan saya sepanjang tahun 2019 di sekolah baharu ini. Igauan misteri sudah menjadi realiti. Apa yang penting saya harus sentiasa bersemangat menghadapi cabaran. Walau apa pun yang ditugaskan, saya harus menganggap ia sebagai ladang ibadah. Di sana ada peluang dan ruang untuk saya menabur budi dan beramal soleh untuk mendapat keberkatan Ilahi. Allah akan selalu ada untuk membantu.. insyaallah.

SMK Seksyen 7


Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...