Friday 28 December 2012

Korea 2

Korea Day 2
22 Dec 2012

Hari ini hari kedua kami di bumi Korea. Rasanya aku tidur dengan lena..tetapi anak-anakku mengatakan mereka terjaga jam 2 pagi..dan susah nak lelapkan mata...biasalah orang kata ..berubah angin..Aku solat subuh dan menggoreng nasi menggunakan perencah adabi. Mudah. Cepat dan lazat..he.he.. sambil tu roti dan sardin tuna pun telan juga..laparnya semacam aje dalam cuaca sejuk ni..

Disebabkan kami sampai semalam dah gelap, tak dapatlah nak meninjau-ninjau persekitaran guesthouse ni..Jadi sebelum memulakan perjalanan, posing dulu..

Una posing depan pintu

Bina & Leka di hadapan pintu masuk.

Maira & Una..sejukkk...


Menyentuh salji di 'taman'...

Jalan menuju ke rumah kami


Kami berjalan selama 10 minit untuk tiba di jalan besar. Sepanjang jalan terdapat cafe dan restoran Korea dan Western. Juga banyak kedai runcit. Ada beberapa orang penduduk yang menegur kami..."anneoungsayo"...( hello )...So nice.. Boleh dikatakan orang di sana sangat menghormati tetamu...Mr. Cheung menemani kami hingga ke jalan besar. Dari sana kami bercadang untuk ke Changdeokgung Palace..

Pada mulanya agak kelam kabut juga memahami arah dan papan tanda. Tetapi jangan risau..semua papan tanda ditulis dengan huruf rumi..di samping bahasa korea..Cuma nak menyebutnya tu..alahai..tergeliat jugak lidah...he.he.he...Jalan punya jalan...akhirnya kami tiba di Changdeokgung Palace.. tak sampai 20 minit perjalanan. Inilah tempatnya..

Di pintu masuk Changdeokgung Palace

Bumi di litupi salji..

macam sungai tapi tak da air..

rumah-rumah ahli istana

terpaksa tutup hidung..tak tahan sejuk..

Hadapan dewan besar

Zulaikha asyik main salji..

Una pun sama...
cantikkan..?  subhanallah..

Budak2 ni seronok main salji..bukannya tengok bangunan istana sangat....

Umi pun sama...geram tengok salji yang memutih tu....
Dah puas berjalan-jalan di sekitar istana..kami minum kopi panas di cafe..Hmmm..nikmatnya minum kopi panas dalam cuaca sejuk...



Ada budak comel yang manja...
Kami sambung berjalan-jalan dalam istana..sambil mengambil fotoshoot yang menarik..cewah...Our photographer is Husna Humaira..

Miss Humaira..

bentuk apa la tu..keledek ke..ubi kayu..hi,hii...

daun pokok semua jadi warna coklat..

warmer..

ala-ala model..
posing..

zulaikha 
 Ada banyak lagi gambar..tapi tak kuasalah nak upload semua kan.. Kami teruskan perjalanan menuju ke Insadong..salah satu tempat membeli-belah yang terkenal dengan barangan kraf dan tradisional Korea.. Lebih kurang 20 minit berjalan kaki dari istana tadi kami dah jumpa...


Shopping mall yang besar

tapi..x ada apa2 yang menarik sangat..

atas bumbung 

ada tempat rekreasi ..gerbang yang dihias batch..

penjual gula-gula tarik yang peramah

kagum dengan kehalusan ukiran kayunya..
Setelah penat berjalan, kami singgah di restoren vegetarian..yang menghidangkan makanan secara buffet. 12,000 won satu kepala..oklah...Perut pun dah lapar giler..
Di hadapan restoren

semua sayur..tapi sedap

tak pandai pakai chopsticks..gunalah sudu..

Sabrina rasa macam nak mun....he.he...

Yang sedap sekali..kacang2 yang warna hitam tu..yummy..

pemilik restoren..katanya ada adik di Sabah
Kami juga menumpang solat di restoren ini..tetapi air paipnya tiada pemanas.. Sejuknya..-11 darjah celcius. Bayangkan seksanya kami nak mengambil wudhuk..sapu-sapu muka, tangan, rambut, telinga sekali je..lepas tu sapu kasut...( kaedah fiqah-menyapu khuf dan muza ). Patutlah Allah ciptakan ada neraka sejuk. Siapa sangka kedinginan satu seksaan...neraka bagi orang yang lalai dalam solat...Astagfirullah..jauhkan kami daripada azab seksa neraka ya Allah...

Selepas makan, kami berjalan-jalan seketika. Cuacapun sudah gelap walaupun jam menunjukkan pukul 5.20pm. Kami bercadang untuk balik ke rumah..kerana cuaca bertambah sejuk pada waktu malam. Sebelum itu, hari ini ialah hari jadi Sabrina..kami hanya memberikan ucapan sahaja memandangkan kek halal susah dicari...

Sampai di rumah, kaki dan badan semua lenguh. Masing-masing terbaring di lantai yang panas. Kami lena dengan nyenyak sekali..

Korea 1

Korea Day 1

21 Dec 2012

Subuh lagi kami dah bangun dan bersiap. Mulanya aku memakai termal, t-shirt dan kot nipis. Tiba-tiba rasa sesak nafas pulak. Jadi aku membuka termal. Anak-anak juga kelihatan gembira dan 'excited'. Kami solat subuh di stesen Petronas berdekatan LCCT. Terkejut juga melihat bilik solatnya yang kecil itu berkongsi pula  lelaki dan perempuan..mana perginya keuntungan berjuta-juta..kemudahan sebegini pentingpun tidak dihirau...tak patut..tak patut...

Setelah check-in barang, kami mengalas perut di Marry Brown..servisnya cukup menguji kesabaran..tak mengapalah..kami redha saja..Aku sempat membeli roti-roti untuk dibawa ke Korea. Sambil menunggu-nunggu...apa lagi..'test camera'lah...he.he...



Tepat jam 9.50 pagi, flight kami memulakan perjalanan di angkasa... Masa perjalanan yang agak lama menyebabkan kami mengantuk  dan agak bosan...


Main handphone...main tab...dan makan. Dalam pesawat Air Asia ni ada dua kali makan..tapi kena beli la.. Makanan juga terhad. Kalau nak makanan kegemaran seperti Nasi Lemak Pak Nassier...kena order online...kalau tak..hmmm..cium baunya saja....hu.hu...

Lebih kurang 6 jam perjalanan kami pun sampai di Incheon airport. Dari tingkap pesawat tadi, kami dah nampak salji yang memutih meliputi bandar Seoul. Bagi insan yang baru pertama kali melihat salji depan mata ni..memanglah agak teruja..tidak sabar rasanya nak memegang salji yang bagai aiskrim tu...

Dalam keterujaan itu..rupanya ada satu kejadian yang sungguh tidak disangka..Apa tu...? Ha..Sebaik saja turun daripada pesawat, suamiku cepat-cepat masuk ke bilik air. Aku dan anak-anak juga pun sama. Kami memakai termal dan winter coat kerana cuaca di luar sungguh sejuk. Setelah itu, aku dan anak-anak menunggu suami di luar tandas. Hampir 30 minit kami menunggu tetapi tiada. Hatiku sudah mula cemas. Passport dan boarding pass serta duit semua dipegang olehnya, bagaimana kami nak melepasi kastam dan imigresen. Sudahlah tempat itu amat asing bagi kami...

Akhirnya, kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan. Mengikut tanda arah dan kumpulan yang baru sampai, kami menaiki bas ke terminal. Tiba di bahagian imigresen, aku meminta bantuan dua orang pihak kastam di sana membuat pengumuman..Mereka sangat baik. Akhirnya kami melihat kelibat orang yang dicari-cari....terhegeh-hegeh dengan muka yang agak pucat. Geram. Sempatlah dengar syarahan sekejap...Rupanya dia sangka kami telah meninggalkan dia..Hmmm...masing-masing salah sangka...inilah akibatnya terlalu seronok sehingga lupakan Allah...pengajaran pertama.

Kami mengambil beg-beg dan terus menuju ke pusat terminal. Pihak taxivan yang aku tempah telah sedia menanti dengan papan tanda namaku. Kami membeli T-money dan terus keluar daripada terminal..Cuaca sudah gelap walaupun jam baru menunjukkan 5.40pm. Pertama kali menghirup udara dingin menyebabkan kami menggigil kesejukan..Sabrina sudah tidak sabar-sabar nak memegang salji...seronok..


Kami dibawa ke bandaraya Seoul. Lebih kurang 40 minit, kami pun sampai di Bukchon Guesthouse, sangat berdekatan dengan Anguk Station. Wah..suhunya sungguh sejuk..-7 celcius. Pemilik guesthouse sangat baik, Mr Cheung..melayan kami dengan mesra. Setelah membuat pembayaran, kami pun merehatkan diri... Alhamdulillah..sampai juga kami di bumi Korea ini...

Inilah ruang tamu. Ada TV dan Computer. Wifi juga. 

Ini bilik tidur aku. Walaupun tilam saja tapi lantainya panas, ada heater.

Ini dapur yang disediakan. Sangat selesa.
Aku bersyukur sangat..rumah penginapan kami sungguh selesa. Malam ini kami cuma makan maggi saja untuk mengalas perut kerana badan sudah terlalu letih untuk menapak ke mana-mana...

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...