Saturday 15 November 2014

Nepal (4)



Nepal (4)
Mac 2014

DEVI'S FALL, POKHARA



Kami meneruskan perjalanan pagi itu ke Devi's Fall. Hanya 5 km dari pekan Pokhara. Kenapa diberi nama Devi's Fall. ?..kerana seorang Swiss  bernama Devis telah terkorban di sini.. Cantik sangat air terjun tu.. Bertingkat-tingkat..dan berbentuk bulat. Katanya disebabkan fenomena alam yang dipanggil "sink hole" di dasar sungai Pardi Khola.

Main entrance
Nampak ke..
Sepanjang jalan nak ke air terjun tu..ada replika Banjaran Himalaya.. dan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Cantik jugak bunga-bunga Pokhara ni.. Apa lagi...fotos...layan..

Cantik tau
Macam kat Cameron Highland
Rupa macam bunga raya..
Replika Banjaran Himalaya..
Okay.. dah semakin hampir dengan air terjun Davy. Kena mendaki bukit ya..jalannya pun tak berapa elok. Kena pakai kasut yang sesuai. Tapi disediakan tangga..yang berkerikil.. Hati-hati apabila berjalan di sini kerana takut tergelincir.. Akhirnya..haa..nampak tak tu.. Subhanallah..cantiknya..


Kena panjat bukit 
Nampak tak macam muka bumi tu terbelah..
Cantik sangat..
Kalau panjat sampai atas tu..boleh nampak air terjun sampai bawah..
sink hole..
Bentuk bulat
Zoom..
Tak digalakkan mandi..bahaya
Tapi..memang cantik
Macam ada 5 tingkat.
Terkenang air terjun hulu langat plak..
Berangan nak tulis novel cinta..
Kalau berdiri di tepi air terjun tu..akan terasa basah dipercik kabus air yang terjun menderas. Apa lagi fotoshoot la memasing dengan pelbagai gaya.. subhanallah.. Memang banyak pelancong datang di sini. So.. nak tunggu kawasan ni lega  sikit daripada orang..susah jugak Terpaksa amek gambar cepat2.. Sesiapa yang ada hati nak berkunjung ke Pokhara ni..mesti datang ke air terjun Davi's Fall ni.. memang cantik..


MAHADEV CAVE

Pintu masuk ke Mahadev Cave
Kami meneruskan lawatan ke Mahadev Cave yang terletak tidak jauh dari air terjun Davis tu. Katanya gua itu gua yang terbesar di Asia Selatan. Kenapa namanya Mahadev..aku pun tak tau.. sib baik tak Mahadhir..Layan je lah... 

Buddha was born in Nepal.. katanya
Di tepi-tepi jalan nak ke gua tu..banyak kedai cenderamata.. Layanlah sekejap kan..  Banyak jugak tasbih kat sini.. macam-macam kaler.. Terfikir jugak di kepala ni.. dia orang pun guna tasbih untuk berzikir gamaknya..maknanya penggunaan tasbih ni bukanlah budaya orang Islam semata2..


Comey kan gadis Nepal ni..
Barang perhiasan 
Ukiran perak dan tembaga..halus buatannya
Ada yang berkenan?
Nak masuk gua tu..kena mendaki tangga yang berpusing2 tau. Lepas tu barulah jumpa entrance. Masuk2 je dah ternampak berhala yang diletakkan di tepi pintu gua. Menyeramkan ..maklumlah rupanya agak menakutkan.. gua tu agak gelap, suram, basah.. dan licin. Baunya juga kurang menyenangkan ditambah lagi dengan bau asap pujaan dewa2 mereka yang diletakkan di depan berhala2 tu.. Eeiihh..sungguh tak selesa.. makin jauh perjalanan ..makin melemaskan. Pemandangan dalam gua..pada aku semua lebih kurang sama dengan Gua Tempurung di Perak.. tapi tempat ni lagi sempit dan melemaskan..Kata..gua terbesar di Asia Selatan.. nampak benar menipunya tu..

Gelap tau
Sempat posing..
Tun & Lily
Aku dan beberapa kawan lagi dah tak selesa benar. Nak termuntah pun ada. Bagi pelancong lain, terutama bangsa India dan China, mereka masuk ke dalam gua ini dan berdoa apabila berjumpa berhala2 tu.. Yang kita muslim  ni..kena jelaskan niat.. nak melihat kebijaksanaan Allah mencipta muka bumi yang berbagai-bagai bentuk dan rupa.. dan terbayang juga alam kubur yang gelap dan sempit..insaf.

Leganya..apabila dapat keluar dari gua tu.. Bernafas sepuas2nya.. beginilah kalau ikut ejen. Terpaksa juga mengikut itinery yang disediakan. Kalau sesiapa yang datang ke sini, aku cadangkan skip saja lawatan ke gua mahadev ni. Tak ada apa2 yang menarik pun..

Kami terus balik ke hotel untuk lunch dan solat. Petang ini kami akan memerah keringat untuk melakukan suatu aktiviti yang agak lasak.. tunggu ya.. next entry..!

Heh..heh..


No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...