Menjelajah bumi Korea telah menjadi idaman anak-anakku sejak dulu...Alhamdulillah..tahun ini Allah mengurniakan sedikit rezeqi kepadaku....Bagai dirasuk hantu..anak-anakku menjerit keseronokan tatkala aku mengumumkan 'Kita akan pergi ke Korea hujung tahun ini'... Gembira melihat mereka gembira...Biarlah mereka menikmati keseronokan ini..sementara aku masih ada di sisi mereka...
Segala persiapan sudah dibuat..Esok kami akan bertolak ke Banting, rumah kakakku dan tidur di sana. Flight kami pada 8.50 pagi. Bermakna jam 6.00 pagi kami kena berada di airport. Semoga semuanya selamat dan dimudahkan Allah..amin. Hati ini agak teruja. Ini kali pertama aku menguruskan percutian sendiri daripada A-Z. Tidak mengambil pakej pelancongan dan pemandu pelancong. Bagpackers..
Banyak juga yang aku pelajari. Menempah tiket flight on-line. Mencari tambang harga murah. Menempah hotel on-line. Mencari pakej pelancongan di luar negara. Menempah pengangkutan di luar negara. Melayari web lokasi pelancongan dan makanan halal. Mengenali juga rakan-rakan maya yang menetap di sana.Tidak kurang juga pelbagai tribulasi yang aku tempuhi...namun aku bersyukur..segalanya Allah datangkan supaya aku lebih mahir akan keadaan ini..Thank you Allah..
2 minggu sebelum bertolak memang masa yang sangat memeningkan. Mencari baju-baju winter untuk anak-anakku. Maklumlah sekarang di sana musim sejuk. -11 celcius. Mulanya kami pergi di kedai bundle. Belilah juga 3 pasang..tetapi macam ada saja yang tidak kena, sempitlah, gatallah, nipislah...Akhirnya kami semua beli baju winter yang baru..ha..puas hati.. Sarung tangan, setokin bulu kambing, long-john, mafla, topi bulu, ear-muff, sweater dan boots. Aduuhhh..macam nak tercabut kaki mencari barang-barang tu sekitar KL..
winter boots... |
stok makanan..feww.. |
sambal bilis dah siap... |
Selepas itu, sediakan pula stok makanan. Katanya susah nak dapatkan makanan halal di sana. Jadi aku pun bawalah segala rempah mak nenek, beras,maggi, biskut, roti, sardin dan serunding. Sempat juga menggoreng sambal bilis. Anak-anakku memang kuat makan walaupun badan sekeping. Termasuklah aku..tapi badan berkeping-keping..he.he.. Ditambah lagi cuaca yang sejuk..Grrrr...perut memang tak tahan..semoga kami tidak kebuluran di sana...Selain itu, ubat-ubatan, losyen dan kompas pun sudah disumbat dalam beg.
Hmm..itulah ceritanya..dan sebabnya aku tidak mengupdate blog ini selama dua minggu..
No comments:
Post a Comment