Friday 11 January 2013

Korea 3

Korea Day 3
23 Dec 2012

"Anneongsayo.." Pagi yang sangat sejuk. Sarapan nasi goreng cina dan cucur bilis adabi. Sungguh menyelerakan. Setelah bersiap-siap kami bergerak ke stesen Anguk. Kami bercadang mahu ke Pulau Nami hari ini. Mengikut catatan blog yang aku baca, kalau dari stesen Anguk, kami kena pergi ke Heogi dan dari sana kami kena mengambil keretapi ke Sangbuk. Gelabah mak nenek juga..sebab kali pertama mencuba subway yang sangat canggih di dunia ni..

Dengan hati yang berdebar-debar, kami cuba membaca peta-peta subway yang disediakan di sana. Pening kot..he.he..Suamiku dah tak sabar-sabar nak menggunakan T-Money yang dibeli. Akhirnya terjumpa orang yang bertudung ala Malaysia..rupanya Indon. Mendapat maklumat serba sedikit, kami pun meredah belantara konkrit dan besi yang berselirat..hu.hu..simbolik sikit..maknanya subway ler..Ibarat rusa masuk kampung..tercongok-congok..sampai sakit urat leher...

First time naik subway...abi jahat..x baik tau..

Maira duduk sebelah mat korea..control ayu..he.he..

Bina memang mudah mesra dengan orang...
Sampai di stesen Hoegi, kami sepatutnya turun dan naik subway lain ke Sangbuk tetapi...tak disangka-sangka..buah cempedak menjadi nangka..Kami terus ke Sangbung..kerana menyangka ia tempat yang sama. Jauh juga perjalanan ke Sangbung. Train pun tak banyak orang. Sempat juga melihat pemandangan di luar sana. Sungai yang membeku. Kawasan pertanian, perkampungan dan hutan. Lebih kurang 30 minit, kami pun sampailah di stesen Sangbung..

Aku bertanya seorang wanita, bagaimana nak pergi ke stesen Gapyeung dan seterusnya ke Pulau Nami. Dengan susah payah dia menerangkan kepada kami..tetapi malangnya kami tidak faham. Akhirnya dia membawa kami ke kaunter information dan pertanyaan. Seorang pegawai memberi kami peta perjalanan subway dan menunjukkan bahawa kami telah sesat. Kami harus berpatah ke stesen Hoegi dan mengambil train yang menuju ke stesen Sangbuk.  Ooooo....aloh...patah balik pulak dah...

Cuaca yang amat sejuk memanggil kami untuk minum kopi panas di sebuah kedai Dunkin Donuts. Memang sedap. Alang-alang menyeluk pekasam..biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang sesat..kami buat keputusan berjalan-jalan di sekitar bandar Sangbung. Idea yang sungguh bijak..Pagi-pagi di sini macam tak ada orang..lengang saja tempat ini..Apa lagi...foto time!

Kota Sangbung

Abi dah mula nak borong ikan bilis..

Dalam supermarket

Sayurannya sangat segar

Aik..cencaluk pun ada?...

Buah-buahannya sungguh segar dan manis

Ni macam rumpai laut..

nak cari kayu...nak cari kayu...

Setelah membeli ikan, oysters, strawberry, pisang dan bilis..kami pun meneruskan perjalanan...Hmm ..ada hikmahnya juga tersesat jalan ni...dapat beli barang segar untuk dimasak malam nanti..Kami mengambil train ke stesen sebenar setelah sampai ke Hoegi..iaitu ke Sangbuk...sampai di sana kami ke Gapyeung . Cuaca sangat sejuk...kami menggigil luar dan dalam. grrr..grrr....Tiba di Gapyeung, terus menuju ke bilik air...masing2 melepaskan hajat...terutamanya Abi..he.he...rasanya di setiap perhentian..dia akan ke 'sana'..paip bocor ke bang...he.he..jangan mare..



Kami keluar mencari teksi. Disebabkan kami berenam, terpaksa menaiki dua teksi untuk ke jeti..tambangnya pun murah saja iaitu 3,000 won. Tak sampai 3 minit, kami sampai ke jeti. Beratur pula membeli tiket feri untuk ke Pulau Nami. Rupanya ada dua cara nak ke sana. Menaiki feri atau gondola/ cable. Seriau juga melihat ketinggian cable tu...bawahnya memang air semata-mata..dahlah sejuk gedik..kalau jatuh...isshhhyy...nauzubillahi min zalik...jadi kami pun naiklah feri...

naik feri ke Pulau Nami

kat sana banyak couple yang.....

cantik tak...kan..

dah mula feeling winter sonata la tu...

Sampai di sana jam 4.15pm..kami mencari surau untuk solat zuhur & asar. Akhirnya jumpa juga..dalam Japanese Bistro tingkat 1. Sambil2 tu kami makan bekalan nasi goreng lauk rendang dan buah strawberry yang sangaaaaatlah manisnya...terkenang2 kemanisannya hingga sekarang...Suraunya ok..ada carpet, sejadah, tempat wudhu..pendek kata..selesa..

ni lah buah strawberry yang sangat manis tu..

memang cantik pemandangannya..

hadapan Japanese Bistro

kan dah kata...

pokok-pokoknya...subhanallah...

nak tunjuk bahawa..pokok lebih besar ye..he.he..

kat mana-mana..ada unggun api untuk memanaskan badan...

salji dah nak turun..


memang cantik ciptaan Allah..
Setelah puas berposing..hari pun dah gelap. Kami bergerak ke jeti. Dalam perjalanan, minum kopi panas lagi...nikmatnya...Di jeti Pulau Nami ni..banyak bendera ..termasuklah Jalur Gemilang. Sampai di seberang, kami membeli jagung dan keledek rebus..manisnya...menunggu teksi ke stesen Gapyeung dan terus balik ke rumah mengikut jalan yang sama..

Aduh...penatnya kaki..tapi puas hati sangat..dapat juga sampai ke tempat yang dihajati..sambil mendapat pengalaman yang sangat bermakna..Malam itu aku memasak ikan yang dibeli di pasaraya Sangbung tadi. Agak lembut macam ikan keli. Jadi aku buat goreng berempah, oyster masak sambal dan sayur teratai. Ikan bilis pula goreng dengan bawang besar...pehh...bayangkan sendiri...

Aku tidur nyenyak..bermimpikan bumi sonata yang putih dilitupi salji halus...pohon-pohon yang indah dan cahaya mentari lembut menyinari landskap yang mengasyikkan...khayal...Andai di bumi ini punya tempat secantik itu..bagaimana pula keindahan di syurga nanti...Masyaallah... Ya Allah...masukkan aku bersama-sama hamba-Mu yang soleh ke dalam jannah-Mu...ampunkan dosaku...

Malam itu..cuaca terlalu sejuk...-17 darjah. Tiba-tiba sesuatu berlaku...apa dia?...Kaki kiriku tiba-tiba rasa berdenyut-denyut...menjalar kebas sampai ke punggung...rasa sakit yang amat sangat...sakit sudah tidak tertanggung lagi. Aku menangis..sambil mengejutkan suami. Dia mengurut dan memicit2 kakiku tetapi tidak berkesan...akhirnya dia menyuruh aku memakan ubat tahan sakit..barulah sakitnya beransur2 hilang..Hmm..moral of the story..jangan lupa bawa ubat tahan sakit apabila melancong ke mana-mana...penting tu..sangat berguna..

Oklah..sampai di sini dulu entry travelog korea ni..esok lusa sambung lagi ya..semoga cerita-ceriti di sini sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati dan memberi manfaat kepada para pembaca...salam..

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...