25 Dec 2012
Hari ini kami bercadang mahu bershopping di Namdemun market. Tempat shopping yang sangat terkenal dengan baju-baju dan brooch. Kegelisahan bermain di lubuk hati apabila mendapat berita banyak kedai yang tutup sempena perayaan Christmas. Apa2 pun ..perjalanan mesti diteruskan. Pagi ini..cuaca tak yah cakaplah...sejuknya sampai ke tulang hitam..Demi teringatkan brooch dan korean silk yang dipesan oleh kawan2...aku kuatkan semangat..
Kami berjalan di Anguk station. Tiba2 abang kata dia terlupa bawa purse.. jadi dia pun patah balik ke rumah. Sambil menunggu abang..kami posing kat sana.
lama sungguh tunggu abi... |
gadis korea ni lentuk tunggu train |
Ada rupa korean tak...he.he.. |
Dari Anguk station kami ke Chungmungro dan terus ke Namdemun market. Senang je ..keluar subway..terus masuk ke jalan yang penuh dengan peniaga. Ibarat pasar malam kat tempat kita..ada juga bangunan kedai..Kebanyakan barang yang dijual ialah baju2 musim sejuk, kasut dan cenderahati..Harganya pun agak mahal..kebanyakan 10000won ke atas..bermakna lebih kurang RM 30..Aku memang tak berhajat nak membeli baju2..cuma yang dicari ialah brooch dan sutera korea.
Frust giler...kedai2 brooch semuanya tutup..penat kami berjalan..semuanya tutup..hmm..tak ada rezeqilah nak beli brooch korea..hu.hu,,sedihnya..Aku dah tak ada mood sangat nak shopping.. cuma layan anak2 beli cenderahati untuk kawan2 mereka..Kami keluar ke jalan2 hanya sebentar kerana cuaca terlalu sejuk. Banyak masa kami luangkan dalam kedai saja. Minum kopi panas..Jalan lagi..Tak sedar bila cuaca hampir gelap.. Kami cepat2 masuk stesen subway.. Disebabkan kami belum solat zuhur lagi, kami bercadang untuk solat di tepi tangga subway saja.. Berguna sungguh kompas dan sejadah..
Disebabkan cuaca kurang elok, kami terus ke Ietawon untuk makan malam. Anak2 ingin merasa menu korea yang halal. Ok..aku layan saja. Kami makan di restoren Murree. Pada mulanya aku kurang setuju kerana terdapat banyak komplen dalam blog tentang servisnya yang lembab. Tapi..dah didesak anak2..aku turutkan saja.. Terjumpa pula orang Malaysia di sana..
Malam itu memang cuaca buruk..suhu jatuh sehingga 21 darjah celcius. Kami macam tak boleh nak buat apa2 kecuali balik rumah dan tidur dalam selimut yang panas.. Tak sangka..kami akan pulang ke Malaysia esok...terasa hari begitu cepat berlalu.. Bumi Sonata ini memang meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis yang sukar dilupakan.. ..
No comments:
Post a Comment