Monday 27 May 2013

Gua Tempurung, Perak

Gua Tempurung.. Perak

Cuti Perayaan Tahun Baru Cina masih panjang.. kami meneruskan perjalanan menuju ke utara mengikut jalan lama dari Kuala Selangor ke Ipoh. Destinasi seterusnya ialah Gua Tempurung. Catatan blogger yang pernah merakam suasana di dalam gua batu kapur itu sangat mengujakan. Seumur hidup, aku hanya pernah masuk ke Gua Telinga di Taman Negara Pahang. Memang seronok dan mencabar..

Terasa panjang juga perjalanan kami kerana jarang melalui jalan lama.. banyak simpang dan mengelirukan. Mujur ada teman2 orang peghak..dapat le memberi panduan perjalanan. Ate....awak ni bodo... he.he..ayat glamor sahabat peghak...( awak tu..refer kpd saya..).. Perak merupakan negeri yang kedua terbesar selepas Pahang di Semenanjung.. Hutan di sini  masih bugar kelestariannya.. kalau rajin menjelajah pasti menemui lokasi menarik untuk dikunjungi..

Sepanjang perjalanan kami banyak diam..melayan perasaan..layan lagu..layan game..layan tido... Tiba-tiba, hubby memecah kesunyian.. " Siapa nak tengok kilang kapal ?"... Hah..kilang kapal?..masing-masing pelik. Mana? tanya kami serentak... Kami mula membayangkan kawasan yang luas, terdapat deretan kapal-kapal besar dan pekerja mahir dan separuh mahir..di tepi pelabuhan dan sebagainya... Waahh..mesti best.. Kapal pun jarang tengok..inikan pula pembuatannya... hati dah tak sabar..

Lima minit kemudian.. kami pun sampai...

Inilah dia kilang membuat kapal..he.he..
Macam tu rupanya rangka kapal dibuat..
Besar tak..

Ni lah pelabuhan tu..he.he..




Ha..tu lah dia..kilang pembuatan kapal...  puas hati?. tempat ni letaknya di Slim River.. tepi jalan besar je.. Semasa kami singgah di sana, kilang tu ditutup kerana perayaan CNY. Cuma ada seorang pekerja dan seekor anjing tua.. Setelah meminta izin daripada pengawalnya..barulah kami dibenarkan masuk..  Rupanya kapal / tongkang ini diperbuat daripada kayu.. yang disusun mengikut rangkanya.. hmm.... Nak interview pekerja bangla tu.. lain lak gaya bahasanya..nanti tak sampai maksud..he.he.. Jadi..kami ronda-ronda sendiri je lah...

Perjalanan diteruskan... Kalau ikut peta, Gua Tempurung terletak di dalam daerah Gopeng. Kira-kira 2 jam lagi sampailah kot..Setelah berhenti makan ikan bakar di sebuah gerai tepi jalan, kami meneruskan musafir ini. Sepanjang jalan, cuaca sangat baik dan cerah. Banyak pula orang menjual buah-buahan tempatan di bahu jalan menghala ke Kampar. Nak rasa..berhenti beli. Selain buah jambu dan manggis, ada juga buah sentul. Rupanya.. sentul ni nama sejenis buah..Kat Sentul KL..ada ke buah sentul ? ..hmmm...

Dari jauh dah nampak 
Kami tiba di Sungai Kampar. Sempat juga amek gambar...macam tak pernah tengok sungai..he.he.. Dari Sungai Kampar ini ke Gua Tempurung..lebih kurang 15 minit perjalanan. Nampak pintu gerbang..

Atas jambatan Sungai Kampar

Sungai Kampar
Selamat Datang Ke Gua Tempurung
Akhirnya kami pun sampai di Pusat Rekreasi Gua Tempurung..masa tu sudah jam 3.30 petang. Rupanya banyak aktiviti yang disediakan di sini. Contohnya.. Boating, Archering, Hiking dan bersantai di tepi tasik hadapan gua..
Dah sampai... parking kereta..
Ada empat pakej lawatan..
Pintu masuk gua
Semua macam saspens je..
Suasana dalam gua
Menakjubkan..
Stalagmit

Stalagtit

Subhanallah..

Ada tangga..

Macam dua alam..
Suasana dalam gua memang menakjubkan.. agak gelap dan sejuk..tetapi diterangi lampu2 yang dipasang di sudut-sudut tertentu... cahaya yang samar-samar menambah keunikan dan kecantikan muka bumi di dalam gua ini.. Ada tangga kayu yang bertingkat-tingkat.. sangatlaaahh...panjangnya.. kalau ada sakit jantung atau lelah.. atau sakit lutut..dinasihatkan jangan masuk terlalu dalam..kerana tangganya yang curam, tinggi dan bertingkat2.. serta licin.. udara juga agak terkempam..dan sesiapa yang tidak tahan akan rasa lemas dan sesak nafas... Jom jelajah lagi..
Amazing..
Indah..
Dinding batu kapur yang unik..
Stalagmit pelbagai bentuk
Gua ini dikatakan pernah menjadi tempat persembunyian komunis
Antara gua batu kapur yang terbesar di Malaysia
Indahnya ciptaan Allah
Perasan tak ada lubang angin berbentuk 'love'..
Macam air terjun berjurai lantas membeku
Mampukah manusia mencipta sebegini unik..
Di tempat ini ada laluan angin yang sangat sejuk 
Tinggal Sabrina saja yang meneruskan ekspidisi..
Dan umi.. abi dan yang lain dah pening2..
Pukul 4.30 petang.. masa lawatan terakhir..
Disebabkan kami mengambil pakej yang paling singkat, jam 4.30 petang kami sudah keluar. Di sebelah kanan pintu masuk tu..ada restoran dan cafe..menjual pelbagai makanan. Di sebelah kiri pula disediakan surau dan tandas..Kami bersolat jamak dan qasar di sana.. agak selesa.. tetapi tandasnya..kurengg...huh.. Diharap pihak pelancongan negeri Perak meningkatkan kualiti kebersihan di sini.. Bagi aku..tempat ini berpotensi menjadi daya tarikan dunia...  Sesiapa yang belum sampai ke sini lagi, meh le datang.. sebelum ianya musnah ditelan pembangunan.... 

Apa-apa pun perjalanan mesti diteruskan...ada satu lagi destinasi selepas ini... Kuala Gula Bird Sanctuary Resort.. apa ada di sana? Hmm..nantikan entri selepas ini..salam dari kejauhan..  :)


No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...