Saturday 22 February 2014

Melbourne 4

Hatiku tertinggal di Melbourne
Day 4

Ballarat..
Cuaca yang indah.. Hari ini kami akan ke Sovereign Hill, Ballarat. Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap. Pakaian dan bekalan telah tersedia. Berpandukan GPS, kami memandu Passat ke sana. Menikmati suasana pagi yang dingin  di sepanjang pelabuhan di pinggir kota Victoria, bagai menjanjikan hari yang ceria untuk kami.. insyaallah..







Hampir 40 minit perjalanan, kami sampai ke Ballarat. Cantik sungguh tempat ini. Rumah-rumah banglonya tersusun kemas, pokok-pokok berdaun merah oren kekuningan menghiasi laman rumah dan berjajar di tepi-tepi jalan. Menurut sejarah, Ballarat antara tempat pertama penempatan British di negara Kangaroo ini. Apa ada di sana ya...





Akhirnya kami tiba di tempat yang dituju, Sovereign Hill. Disebabkan jam sudah menunjukkan pukul 12.30 pm, kami solat zuhur dan asar dahulu di Information Centre yang ada di sana. Setelah membeli tiket masuk, kami mulakan eksplorasi. Di sini rupanya bekas lombong emas yang dipulihara oleh kerajaan. Struktur bangunannya dan suasana pekan koboi dijaga dan dihidupkan dengan watak-watak penduduk zaman kolonial.  Kalau di Malaysia, bolehlah dikatakan macam di Bukit Tinggi Country Resort..

























































































Seharian menghabiskan masa di sana. Letih juga.. nasib baik kami bawa roti dan bekalan, sambil menjamu mata, kami menjamu selera..2 in 1.. Perkara terakhir, kami merakam kenangan dengan bergambar ala kolonial British di studio.. Boleh tahan jugak.. he.he.he... macam orang asli pun ada..






Kami bertolak dari Ballarat sudah hampir senja. Makan malam di sebuah restoren Arab di Dessendon. Memang berbaloi dan murah lagi lazat. Memandu memasuki kota Victoria menuju ke Hotel Ibis, walaupun keletihan namun kami semua sangat gembira dan sangat berpuas hati.. Bersyukur kepada Allah yang sangat Arrahman Arrahim melimpahkan rezeqi dan kurniaan-Nya kepada para hamba-Nya..

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...