Lombok 2
Disember 2015
Central Inn Senggigi
Pagi yang cerah..alhamdulillah. Bermakna kami boleh teruskan perjalanan ke Air Terjun Sendeng Gile melalui daerah Sembalun. Sebelum tu, bersarapan dulu di hotel. Nasi Goreng dan telur mata saja. Kalau nak roti bakar kena bayar lain. Sementara menunggu van datang, kami meninjau-ninjau landskap hotel sambil berfoto..
|
Ada kolam renang..bersih.. |
|
Tempat duduk-duduk.. |
Bilik yang disediakan oleh hotel ni basic sahaja. Sewanya pun dalam RM 85 semalam. Breakfast hanya ada satu atau dua menu. Air kopi, teh dan air panas disediakan. Wifi di ruang makan dan kaunter cukup kuat tapi di dalam bilik..signal lemah. Kalau setakat nak tidur dan rehatkan badan ok la.. Hotel ni sesuai untuk mereka yang banyak itineri di luar..macam kami..
|
Selfie depan bilik |
|
Senyum pagi.. |
|
Depan bilik masing-masing.. |
Berdekatan dengan hotel ini juga, banyak premis yang menjual pakej-pakej lawatan ke lokasi tarikan pelancong di Lombok. Teksi, kereta sewa, motor ( spedar ) dan kereta kuda juga mudah didapati. Sesiapa yang mahu ke Lombok, eloklah rasanya duduk area sini. Tak perlu ambil pakej bagai. Lagi seronok jalan-jalan sendiri sambil menikmati apa yang kita suka..
|
Mutiara, T-shirt, Songket, Pelikat...semua ada dijual di hapadan hotel.. |
Tapi sayangnya kami tak sempat nak ambil gambar. Entah..rasa macam awal lagi..esok-esok pun boleh..tetiba bila dah nak balik..baru perasan.. Tak ambil pun foto sekitar hotel. Tapi..tak mengapalah.. at least aku dah cerita serba sedikit kan.. Kalau rasanya nak datang lagi ke sini, aku cadangkan duduk saja area sini dua hari dan menikmati keindahan panorama..makan-makan dan shopping cenderahati.. semuanya ada di sini..
No comments:
Post a Comment