Disember 2015
Pondok Senaru
Akhirnya kami sampai ke destinasi. Alhamdulillah.. Masing-masing terpegun dengan pemandangan yang tersaji di depan mata. Dari Pondok Senaru kami menyaksikan lembah yang menghijau. Gunung-ganang yang puncaknya bersembunyi di sebalik kepulan awan putih di langit biru. Subhanallah..indahnya alam ini.. Terlupa segala kepenatan perjalanan tika melihat panorama indah itu...
Kami berfoto sepuas-puasnya. Release tension sebab dok lama atas van.. hahaha..Di sini ada restoren dan chalet. Landskapnya dijaga elok, dengan pokok-pokok bunga berwarna-warni. Pokok advocado pun ada.. Tandas juga bersih tapi pengunjung yang datang menggunakannya untuk mandi dan bertukar pakaian setelah turun ke air terjun. Musollanya kecil sahaja bercampur lelaki perempuan, tidak selesa.
Kami dikehendaki makan tengahari dahulu sebelum turun ke Air Terjun Sendeng Gile. Hidangannya biasa-biasa saja. Mesti ada tempe, tauhu dan sambal pedas. Rasa macam tak cukup lauk, kami pun order udang, sotong goreng tepung dan jus nenas. Ini kena bayar asing ya.. Ha ni nak bagi tau.. Makanan di sini agak mahal.. itu sahaja sudah 600 ribu rp.. ( RM 180 ) ya.. Kuantitinya juga sedikit. Jadi berhati-hati kalau order di sini..
Selesai makan, kami bersolat. Ada juga yang masih meneruskan aktiviti berfoto.. Kenangan katanya.. Ok lah..bagi can. Sementara itu langit sudah kelihatan mendung menandakan hujan akan turun. Risau juga dibuatnya.. takut kami tak dapat melihat air terjun di bawah sana.. Pak Wawan menyuruh kami segera bersiap sedia untuk turun..
Sambung merakam kehijauan hutan di sekitar tempat ini. Dari sini juga boleh nampak air terjun Sendeng Gile yang tinggi mencurah ke bumi. Hati dah tak sabar. Bagaimana agaknya view dari dekat pula.. mesti cantik.. Hati juga sedikit gusar tika menjeling awan yang semakin mendung..tanda hujan akan turun..
Langit tidak selalu cerah.. kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari... itulah namanya adat mengembara. Ada kalanya dihadiahkan dengan pelangi nan indah. Sebelum itu pasti menempuh ribut dan hujan.. Aku pasrah.. #moodfrusttakdapatpergiairterjun#..
No comments:
Post a Comment