Monday 8 February 2016

Lombok 8

Lombok 8
Disember 2015

Gili Trawangan

Ni foto internet
Pagi ini kami akan ke Gili Trawangan, pulau yang terkenal dengan kejernihan air lautnya serta batu karangnya yang berwarna-warni. Selesai bersarapan di hotel, van membawa kami ke jeti pelabuhan Bangsal. Rupanya dekat saja dengan hotel kami. Di sinilah penumpang akan menaiki bot untuk ke Gili Trawangan, Gili Air, Gili Menu dan Pulau Bali. Pakej kami sudah merangkumi bot laju ke Gili Trawangan. Jadi..jom ke pulau..







Masing-masing sudah bersedia dengan topi besar, sun glassess, selipar, air mineral, jajan dan baju mandi. Cuaca sangatlah panas. Kami menuju ke bot dengan penuh gaya..cewah.. Tak sabar rasanya mahu menyaksikan keindahan gili trawangan yang sibuk diceritakan oleh blogger. 

 







Bot pun bergerak membelah ombak. Mula-mula okay lagi.. Tetiba berdesup laju ..makk aiii.. terkojot makcik-makcik vogue..hahaha.. pegang lutut, pegang beg, pegang topi bagai...menjerit-jerit takut dibuatnya.. Driver bot tu memang saje jer bawak bot macam tu.. seronok mengusik kami..hahaha..



Akhirnya setelah 20 minit, kami pun sampai ke jeti Gili Trawangan. Alhamdulillah.. Lega rasanya.. Dari jauh sudah kelihatan air lautnya yang jernih kehijauan. Subhanallah..cantiknya.. memang cantik. Jeti ini sangat sibuk. Banyak bot yang berlabuh di gigi pantai. Pelancong pun boleh tahan. Kami berjalan menuju tempat rehat yang telah disediakan oleh pakej.









Kami sampai di Restoren Juku. Tempat ini agak terlindung daripada view pantai. Disediakan pondok rehat dan meletak barang. Di sekitarnya terdapat kedai-kedai yang menjual cenderahati. Hmm..oklah juga. Cuma kalau nak ke pantai, kena jalan jauh sikit. Kami melepak-lepak seketika melihat suasana Gili. Memang ramai pelancong. Crowded. Music kuat. Ok..macam kurang selesanya di situ..




Hmm..nak buat apa di sini??.. Ok, first, kita naik kereta kuda  pusing-pusing pulau ya.. Jadi, aku dan kakak bertiga ambil satu trip. Pengangkutan berkuda dipanggil cidomo. Kesian jugaklah tengok kuda tu bawa kami yang sihat-sihat belaka ni..Sedih je rupa dia..Yang drivernya pun sama..Macam dah tak kuasa nak bersembang..Nasib lah mu kuda..huhu..








Pulau ini penuh dengan pembangunan. Sana sini terlihat hotel dan chalet yang sedang dalam pembinaan. Nak nampak pantai pun susah.. Kalau ada pun, telah diprivasikan oleh pemilik hotel dan chalet yang rata-ratanya terdiri daripada pelabur asing. Banyak hotel dan chalet yang aku lihat ada pura sembahannya. Minuman keras juga bebas. Rasanya.. akan jadi seperti di Bali. Lombok tidak dapat mengekalkan gili trawangan seperti asal.. Wallahualam..Tetiba naik cidomo ni rasa macam reporter pulak..







Kalau sesiapa yang tak mahu naik cidomo, boleh sewa basikal ya. Ada solo dan berdua.. Bayarannya murah saja..tapi maaf aku tak ingat.  Naik basikal keliling pulau ni..baik-baik tau sebab ada banyak cidomo . Kalau tak pandai..boleh accident dengan kuda-kuda tu. Maklum la..deme kan kuda, mana ada lesen memandu..kui,kui,kui...





Ni lah foto-foto yang dapat diambil sepanjang naik cidomo. Jumpa satu pantai yang agak sunyi. Minta driver berhenti sebentar nak ambil foto, tapi tidak mau dia..huhu.. Katanya nanti akan mengganggu trip yang seterusnya. Ooo..sombong ya pakcik ni.. Tak nak kawan..huh! Bukan nak kata la.. sepanjang aku di Lombok ni, orang-orang lelakinya kurang mesra alam. Berbanding dengan di Bali, lelakinya sangat sopan dan lembut bicaranya. Patutlah lelaki Lombok ni suka bawak lari anak dara orang..tak de budi bicara ..langgar habis adat dan sopan-santun.. Ha..Maroh! Maroh!








Baiklah, dah habis ronda-ronda . Aktiviti seterusnya, snorkling dan melawat ke Gili Air dan Gili Menu. Setelah membuat pembayaran untuk pakej itu, kami menaiki bot yang dibawa oleh jurupandu. Tempat pertama, di kawasan yang tidak berapa kuat ombaknya. Ini untuk membiasakan anak-anak yang kurang mahir dengan cara bersnorkling. Setelah puas, berpindah pula ke tempat lain yang dikatakan batu karangnya lebih cantik.







Siapa yang tak turun ke laut, dapat tengok batu karang daripada lantai bot yang berkaca. Nampak apa tu...?? Cantik ker? Hmm..nantilah aku cerita. Layanlah dulu foto-foto ni. Sambil tu, aku lihat Abang Long asyik muntah-muntah. Mabuk laut katanya.. Kesian dia. Setiap kali bot berhenti, dia akan bagi ikan makan dengan nutrisi muntahnya.. hehehe..kenyanglah kau ikan...









Ni lah part yang paling aku sedih. Sepatutnya kita singgah di gili menu. Tu ..seperti dalam foto di bawah. Tetapi..jurupandu tu kata, tak boleh berlabuh ke sana sebab banyak batu, takut lantai kaca bot pecah. Aku memang hangin la dengan pakej ni. Sedangkan kita dah bayar untuk gili menu dan gili air sebelum naik tadi. Kan aku dah kata.. kebanyakan orang di sini memang tidak boleh dipercayai. Kuat menipu. Patutlah ramai blogger highlight tentang perkara ini.







Bot kami pun berlalu meninggalkan kawasan itu. Tempat yang dibawa pun tidak mempunyai batu karang yang cantik, Banyak dah mati dan tidak berwarna-warni seperti di pantai negara kita. Kalau nak banding, Pulau Redang dan Tioman beribu-ribu kali ganda cantiknya daripada Lombok ni. Kalau di Sipadan dan Tanduk Sabah..lagilah sejuta kali ganda cantiknya daripada di Lombok. So..siapa yang nak berkunjung ke sini untuk pantai dan batu karang...lupakan saja, Nanti frust..






Puas jugaklah mereka snorkling, menyelami dasar laut dan hidupan akuatik gili trawangan. Nampaknya mereka seronok. Syukurlah.. Cuma hati aku saja yang geram tak habis-habis dengan mamat-mamat Lombok yang kuat menipu ni.  Sabar..sabar.. Sambil menikmati kebiruan laut lepas, aku berdoa agar benda ni tak berulang lagi.. 







Hari pun sudah semakin panas. Kulit pula dah semakin gelap. Berjemur seharian di tengah laut memang letih. Nampaknya..lepas ni kena pakai Qu Puteh..hehehe.. Perlahan-lahan bot bergerak ke gili trawangan. Walaupun frust, namun hati masih bersyukur.. sekurang-kurangnya aku dah pernah sampai di sini. Pahit manis musafir..itu sesuatu yang lumrah dalam perjalanan kehidupan.. 














Untuk menghabiskan petang yang masih berbaki, kami santai di tepi pantai. Nikmati bayu laut dalam keterikan mentari. Anak-anakpun hanya bermain di gigi air yang jernih. Mengorek-ngorek pasir dan mengumpul cengkerang laut. Aku dan kakak-kakak mengambil kesempatan bergosip di bawah teduhan pokok ru sambil memerhati laut lepas. Sesekali gelak-tawa kami kedengaran.. Kaum bapak sudah lama diulit mimpi..












Hidangan tengahari yang disediakan sangat mengenyangkan. Alhamdulillah..tambahan lagi masing-masing sudah lapar dan letih. Habis semua dibahamnya. Abang Long siap ambil pakej urut kerana mabuk laut tadi. Sudah solat dan bersihkan badan, kami menunggu bot datang untuk membawa kami pulang. Mujurlah aku tidak mengambil pakej bermalam di sini..macam tak de apa yang menarik je..




 

Okaylah..selamat tinggal Gili Trawangan.. semoga pengalaman aku di sini menjadi panduan kepada traveller lain. Berhati-hati memilih pakej. Sejujurnya, kalau aku, tak perlu ke gili trawangan untuk menikmati keindahan laut dan pantainya. Mungkin gili menu dan gili air lebih menarik. Pantai Senggigi juga sudah cukup cantik untuk percutian yang berkualiti.. Daa..

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...