Wednesday, 26 December 2018

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu..


26 Disember 2018
SMK Seksyen 7 Shah Alam

Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah apalah tugasan yang diterima, saya redha sahaja. Sejak semalam hati berdebar-debar. Pelbagai perkara yang saya fikir. Tugasan, pentadbir, rakan-rakan sekerja, anak-anak murid, budaya kerja dan seribu satu hal yang bermain-main di kotak minda. Perasaan? Takut..kerana segala-galanya asing bagi saya. Gembira..kerana sekolah terlalu dekat dengan rumah. Sedih..kerana terkenangkan kawan-kawan di Melawati.. Biarlah apa pun perasaan yang datang.. saya harus menghadapinya dengan berani dan tenang..Semoga Allah memberkati saya..

Hanya 5 minit dari rumah, saya sudah sampai di perkarangan sekolah. Usai meletakkan kereta, saya berjalan menuju ke bangunan pentadbiran. Ofis di tingkat 1. Dalam perjalanan, ada seorang dua guru yang menegur dan bersalaman dengan saya. Seperti biasa, saya memberikan senyuman paling manis kepada mereka. Semoga sedeqah senyuman saya dibalas dengan kebaikan dan kemesraan. Setelah mengambil fail RPH, Buku Mesyuarat dan alatulis yang disediakan, saya menuju ke Bilik Bahasa, lokasi mesyuarat.

8.15 minit, mesyuarat bermula dipengerusikan oleh Puan Pengetua sendiri yang dipanggil Bonda. Mesra dan sopan panggilan itu. Bukan hanya 'chalk & talk'.. beliau menggunakan LCD. Perwatakannya tegas namun raut wajahnya sangat lembut. Tetiba saya tersuka tanpa sengaja.. Saya duduk di barisan meja kaunselor. Dengan ramah, Cikgu Santy menegur saya dan kami berbual mesra. Diikuti oleh guru-guru yang duduk di sekeliling saya. Saya melayani mereka dengan senyuman.

Tiba-tiba nama saya dipanggil ke depan untuk memperkenalkan diri. Terpanik seketika. Namun cuba saya bertenang. " Nama saya Pn Azwana Omar, sekolah lama SMK Taman Melawati, opsyen Bahasa Melayu dan berasal dari Muar, Johor.." ringkas sahaja bunyinya. Ada suara bertanya, sudah berapa lama mengajar? " Ohh saya mengajar sudah hampir 24 tahun.." Ehh..nampak muda la, terdengar suara lain. Saya tersenyum.. lantas menyambung.." Takpelah ya.. kalau nak berkenalan lebih nanti boleh berjumpa saya..sekian terima kasih." Haha..pm tepi...ada suara mengusik.. Saya cepat-cepat berjalan ke tempat duduk. Lega.

Melihat kepada tugasan yang diberi, saya menarik nafas perlahan-lahan. Guru kelas tingkatan 4 arRajhi. Kelas Perniagaan. Sudah lama tidak memegang tugasan ini, hampir 5 tahun. Ambil kehadiran murid dan merekodkannya akan menjadi rutin harian saya. Semoga dipermudahkan oleh Allah. Buku register, buku resit, surat amaran, kebersihan dan keceriaan kelas merupakan perkara yang sangat dekat dengan guru kelas. Bagaimanalah rupanya anak-anak murid saya itu ya...

Kokurikulum pula saya ditugaskan menjadi guru penasihat Persatuan Pandu Puteri dan Permainan Futsal. Hahh?!! Futsal?? Saya terus tergelak. Satu habuk pun tak tau tentang futsal. Ayoyo.. semoga ada bantuan..huhu. Di bidang HEM, saya menjadi penyelaras SPBT Tingkatan 5. Okay..sangat baru bagi saya. Tidak pernah pegang jawatan ini selama 24 tahun mengajar. Takpelah..sis cuba.. Dan akhir sekali, saya sangat gembira apabila nama saya termasuk di dalam AJK Pusat Sumber..syukur alhamdulillah..sekurang-kurangnya ada juga yang dekat di hati saya..

Itulah tugasan saya sepanjang tahun 2019 di sekolah baharu ini. Igauan misteri sudah menjadi realiti. Apa yang penting saya harus sentiasa bersemangat menghadapi cabaran. Walau apa pun yang ditugaskan, saya harus menganggap ia sebagai ladang ibadah. Di sana ada peluang dan ruang untuk saya menabur budi dan beramal soleh untuk mendapat keberkatan Ilahi. Allah akan selalu ada untuk membantu.. insyaallah.

SMK Seksyen 7


Monday, 29 May 2017

Bicara Neraka Saqar..

Bicara Neraka Saqar..
4 Ramadhan  1438 Hijrah





Usai solat subuh, aku terus membuka al Quran. Baris demi baris ayat-ayat suci kualunkan ditemani keheningan pagi yang nian. Aku membaca pula tafsirannya. Bola mataku tertumpu kepada satu perenggan ayat suci yang bercerita tentang Neraka Saqar..

" Tahukah kamu apa (neraka) Saqar itu?"
"Ia tidak meninggalkan dan tidak membiarkan."
[Apa yang dilemparkan ke dalam neraka itu akan diazabnya sampai binasa kemudian dikembalikannya semula untuk diazab lagi]
"Yang menghapuskan kulit manusia."
(Muddassir : 27-29)

"Tidak. Demi bulan".
"Dan demi malam ketika telah berlalu".
"Dan demi subuh apabila mulai terang".
"Sesungguhnya Saqar itu ialah suatu bencana yang sangat besar".
"Sebagai peringatan bagi manusia"
" Bagi sesiapa antara kamu yang ingin berjaya atau mundur".
(Mudassir : 32-37)

"Setiap orang bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan".
"kecuali golongan kanan".
"berada di dalam syurga, mereka saling berbicara".
"tentang keadaan orang-orang yang berdosa".

"Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar?"
"Mereka menjawab, Dahulu kami termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak mengerjakan solat,"
"Dan kami juga tidak memberi makan orang miskin"
"Bahkan kami sering berbincang ( untuk tujuan yang bathil) bersama orang-orang yang membicarakannya,"
"Dan kami mendustakan hari pembalasan,"
"Sehinggalah ajal kami tiba".
(Mudassir : 38-47)

Sembang-sembang antara penghuni syurga dan neraka itu amat menarik sekali. Entah bagaimana situasi sebenarnya ..wallahu alam. Hanya Dia yang maha mengetahui keadaannya nanti. Apa yang pasti.. situasi sembang-sembang tersebut dalam ayat di atas adalah perkara yang benar-benar akan terjadi.

Berbalik kepada cerita Neraka Saqar dan penghuninya. Mengapa mereka dimasukkan ke dalam neraka itu? Apa dosa mereka? Apa salah mereka ketika di dunia? 
Mereka menjadi ahli Neraka Saqar kerana meninggalkan suruhan-suruhan Allah semasa di dunia. 

1. Tidak mengerjakan solat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.
2. Tidak memberi makan kepada orang miskin. ( Tidak berzakat atau bersedeqah)
3. Berbincang perkara yang bathil ( jahat, maksiat, lagha, sia-sia ) bersama-sama golongan fasiq.
4. Mendustakan Hari Pembalasan ( tidak percaya akan pembalasan Tuhan di akhirat )
5. Mereka meneruskan perkara-perkara di atas tanpa bertaubat sehinggalah tiba ajal mereka.


Nauzubillahi minzalikh.. Cerminan kepada diri ini, muhasabah kembali.. apakah selama ini aku sudah menunaikan solat dengan sempurna? Adakah aku mengabaikan golongan faqir miskin di sekelilingku?.. Adakah aku sering termasuk dalam golongan mereka yang melakukan bicara bathil dan lagha? Atau aku masih tidak yakin akan pembalasan Tuhan di akhirat nanti?Astagfirullahal azim...ampuni aku ya Rabb.. ya Ghaffur..Jauhkan aku daripada Neraka Saqar ya Allah..

Pimpinlah aku ke jalan-Mu yang lurus..pimpinlah hati dan fikiranku..pimpinlah emosi dan perbuatanku.. ke dalam rahmat dan kasih sayang-Mu ya Allah...amin ya Rabb..

Friday, 12 August 2016

Lombok 11

Lombok 11
Disember 2015

Pusat Tenunan di Desa Sukarara



Destinasi seterusnya ialah Pusat Tenunan Asli di Desa Sukarara, tidak jauh dari Kota Mataram. Ini juga salah satu Iks yang dijalankan oleh penduduk tempatan buat kunjungan para pelancong. Kain tenunnya berupa songket pelbagai corak dan warna. Rambang mata juga lah dibuatnya.. Rata-rata tukang tenunnya wanita keturunan Sasak..kata Pak Wawan.





Kami disambut mesra oleh pekerja di sana. Sambil menceritakan asal-usul tenunan, dia mengajak kami memakai baju tradisonal kaum Sasak. Apa lagi..kak ngah lah yang jadi mangsa..Hahaha.. sesuai bener..menggayakan baju pengantin. 




Kain tenun di sini cantik-cantik coraknya..unik dan colorful. Tapi..bila aku belek-belek, kualiti materialnya kurang lembut, agak kasar dan tak mesra kulit.. Harga pun boleh tahan mahal. Kalau banding dengan songket terengganu memang jauh beza la.. material kain lebih bagus. Cewah.. macam pro jer.. Jadi..kami mengambil keputusan tidak membelinya.. Alasan..huhu.. Ah lapar la pulok.. Jom lunch!





Pak Wawan membawa kami di restoran The Grand Royal Bil Hotel. Wahh..best makan di sini. Ini termasuk dalam pakej kami. Tak sempat nak ambil foto makanan ..dah licin baru teringat nak ambil gambar..haha.. Anyway..boleh rekomen la tempat ni. Selesa dan sedap.. Jom jalan lagi..jom, jom!



Lombok 10

Lombok 10
Disember 2015

Pusat Pembuatan Pasu Tanah Liat di Bengkel Kerajinan Cakranegara



Hari ini hari terakhir kami di bumi Lombok. Terasa masa berlalu begitu pantas, Masih panjang senarai lokasi yang harus dilawati. Disebabkan flight kami berlepas malam, jadi siangnya kami ke Mataram, ibu kota Lombok. Usai bersarapan, kami dibawa ke bengkel kerajinan pusat pembuatan pasu tanah liat. Istilah bengkel kerajinan ni, umpama iks la di negara kita. Pelbagai jenis kraftangan daripada tanah liat yang dihasilkan di sini. Cantik dan halus buatannya. Hargapun..boleh tahan murahnya.. Apa lagi..shopping sikit buat kenangan..






Terpegun juga dengan corak dan seni buatan pasu di sini. Corak marmar pecah, bunga, awal larat, dan corak batik pun ada. Diadun dengan berbagai-bagai warna dalam bentuk-bentuk yang berbeza. Geram la jugak.. kalau dekat, mau juga diangkut pasu-pasu yang cantik ni. Nasib baik la jauh..huhu..selamat..





Mula-mula tu..rasa macam leceh nak beli..tapi terpengaruh juga bila tengok kakak-kakak memborong.. Tak boleh jadi ni..kita pun nak jugak..Huhu..lemahnya imanku terhadap donia. Sejam juga kami menghabiskan masa di sini. Sambil menjamu mata, kami mendengar sedikit sebanyak penerangan daripada pekerja. Katanya, mereka memang mengharapkan hasil jualan pasu ini daripada para pelancong yang datang berkunjung. Beli la buk..kata mereka dengan nada sayu.. Alamak..ni yang aku lemah.. Okay larr..






Yang besar-besar tu..tak dapat bawa balik, gambar pun jadilah.. hehehe.. Kami juga dibawa ke bengkel pembuatan. Di sana, kami dapat melihat bagaimana cara menghasilkan sesebuah pasu tanah liat. Pengunjung juga boleh menempah bentuk dan corak yang diinginkan di situ. Seronok juga, ada ilmiahnya..








Makcik yang berkain batik biru itu sedang menghasilkan pasu untuk mama long. Tanah liat dibancuh dengan air. Diletakkan di atas dulang pemusing dan tangan akan membentuk tanah itu mengikut kreativiti. Nampak macam senang kan?.. Weyy..susah jugak tau. Kami disuruh mencuba.. Hasilnya???.. ada yang rupa keledek, kentang dan ubi rebus..hahaha.. lawak.. keras tangan jadinya..




Ok lah..lama juga kami di sini. Sudah masanya kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu pusat kain tenun. Pusat pembuatan pasu tanah liat ni memang bagus dimasukkan dalam itineri lawatan. Penuh informasi dan hasil seni yang boleh dijadikan cenderahati.. Jom kite..

Wednesday, 8 June 2016

Lombok 9

Lombok 9
Disember 2015

Hutan Pusuk dan Makan Malam Di Pantai Senggigi


Setelah bot menjejak pantai, kami menaiki van ke destinasi seterusnya. Mengikut itineri, kami akan ke Hutan Pusuk, utara Lombok.  Ada apa di sana? Katanya ada monyet-monyet liar yang berkeliaran di jalanan. Di samping menikmati view yang indah dari tanah tinggi, kita boleh bermesra dengan haiwan berbulu itu... hahh..tengok monyet je ker?..Layan je lah..


Ni foto-foto daripada internet ya..
Perjalanan yang agak jauh, menyebabkan kami semua tidur keletihan. Tambahan baru bermain air di gili Trawangan siang tadi..enak saja melelapkan mata dibuai mimpi. Van memanjat bukit yang tinggi melalui jalan yang berbengkang-bengkok bagai ular di palu..Apabila sampai di puncak, hujan pula turun membasahi bumi.. seakan-akan merestui terapi rehat kami..hihi..

Tiba-tiba Pak Wawan bersuara, " Ibu-ibu..bapak-bapak...kita sudah sampe.." Masing-masing terpisat-pisat menggenyeh mata. Aku memandang ke luar..Wahh memang cantik hutan simpan ni. Macam di Sepilok Sabah.. Mataku liar mencari sesuatu.. Ehh..tak nampak pun.. Mana cik monyet yang dikatakan berkeliaran di jalanan tu...? Hujan barangkali..deme tak keluar..





Dalam kerenyaian hujan..kami redah menuju ke gerai buah-buahan di tepi jalan. Macam-macam buah ada tetapi yang menariknya..buah durian. Jom pekena seulas dua..Jomm... Tengah cuaca sejuk ni, elok sangatlah nikmati isi durian yang lemak berkrim..manis pula.. Titis-titis hujan semakin kasar. Tak sempat nak bergambar juga. Langit pun mendung. Kami cepat-cepat berlari ke van. Akhirnya meninggalkan lokasi itu...



Van meluncur laju menuruni bukit. Pak Wawan kata, selepas ini kita akan makan malam di pantai Senggigi. Oh..baguslah..perut pun dah lapar. Tidak lama kemudian kami tiba di restoren Furama Ikan Bakar . Kami diberi meja panjang di tepi pantai. Laut terbentang luas di hadapan kami. Indah.. Matahari mula terbenam di ufuk barat. Cahaya jingganya melakarkan rona romantik di langit senja. Subhanallah..indahnya alam ini..





Apa lagi..selfie..welfie..tak kan nak lepaskan peluang cantik ini..Ha..tengoklah sendiri foto-foto yang kami ambil. Terpesona seketika.. Subhanallah. Di Lombok, banyak spot yang indah untuk melihat saat terbenamnya sang suria.. Pelbagai warna alam dapat disaksikan..sambil mensyukuri kebesaran Allah maha pencipta..








Di sini ramai betul pelancong malaysia.. rasanya separuh pelanggan restoren ialah orang kita. Hidangannya pun boleh tahan. Ikan bakar, kekupang, kerang, udang dan ketam. Pendek kata segala seafood ada la. Tak kurang juga penjaja mutiara dan kain tenun berlegaran di meja-meja. Boleh rekomen la tempat ni .. Makan malam ikan bakar yang sedap sambil menikmati suasana matahari terbenam di tepi pantai..memang memenuhi objektif percutian santai...







Usai segalanya...kami ke hotel untuk berehat. Hari yang sunģguh meletihkan..dari pantai ke pulau. Dari pulau ke bukit. Dari bukit ke pantai berdesir.. Akhirnya kami rebah ke katil nan empuk...Sambil terkebil-kebil melayan mata, aku mengimbas itineri esok. Kami akan ke pusat pembuatan pasu, kain tenun, pantai tebing dan perkampungan sasak. Fuhh...banyak tuu.. Hmm.. kena rehatkan badan secukupnya..bye..selamat malam..


Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...