Wednesday, 8 June 2016

Lombok 9

Lombok 9
Disember 2015

Hutan Pusuk dan Makan Malam Di Pantai Senggigi


Setelah bot menjejak pantai, kami menaiki van ke destinasi seterusnya. Mengikut itineri, kami akan ke Hutan Pusuk, utara Lombok.  Ada apa di sana? Katanya ada monyet-monyet liar yang berkeliaran di jalanan. Di samping menikmati view yang indah dari tanah tinggi, kita boleh bermesra dengan haiwan berbulu itu... hahh..tengok monyet je ker?..Layan je lah..


Ni foto-foto daripada internet ya..
Perjalanan yang agak jauh, menyebabkan kami semua tidur keletihan. Tambahan baru bermain air di gili Trawangan siang tadi..enak saja melelapkan mata dibuai mimpi. Van memanjat bukit yang tinggi melalui jalan yang berbengkang-bengkok bagai ular di palu..Apabila sampai di puncak, hujan pula turun membasahi bumi.. seakan-akan merestui terapi rehat kami..hihi..

Tiba-tiba Pak Wawan bersuara, " Ibu-ibu..bapak-bapak...kita sudah sampe.." Masing-masing terpisat-pisat menggenyeh mata. Aku memandang ke luar..Wahh memang cantik hutan simpan ni. Macam di Sepilok Sabah.. Mataku liar mencari sesuatu.. Ehh..tak nampak pun.. Mana cik monyet yang dikatakan berkeliaran di jalanan tu...? Hujan barangkali..deme tak keluar..





Dalam kerenyaian hujan..kami redah menuju ke gerai buah-buahan di tepi jalan. Macam-macam buah ada tetapi yang menariknya..buah durian. Jom pekena seulas dua..Jomm... Tengah cuaca sejuk ni, elok sangatlah nikmati isi durian yang lemak berkrim..manis pula.. Titis-titis hujan semakin kasar. Tak sempat nak bergambar juga. Langit pun mendung. Kami cepat-cepat berlari ke van. Akhirnya meninggalkan lokasi itu...



Van meluncur laju menuruni bukit. Pak Wawan kata, selepas ini kita akan makan malam di pantai Senggigi. Oh..baguslah..perut pun dah lapar. Tidak lama kemudian kami tiba di restoren Furama Ikan Bakar . Kami diberi meja panjang di tepi pantai. Laut terbentang luas di hadapan kami. Indah.. Matahari mula terbenam di ufuk barat. Cahaya jingganya melakarkan rona romantik di langit senja. Subhanallah..indahnya alam ini..





Apa lagi..selfie..welfie..tak kan nak lepaskan peluang cantik ini..Ha..tengoklah sendiri foto-foto yang kami ambil. Terpesona seketika.. Subhanallah. Di Lombok, banyak spot yang indah untuk melihat saat terbenamnya sang suria.. Pelbagai warna alam dapat disaksikan..sambil mensyukuri kebesaran Allah maha pencipta..








Di sini ramai betul pelancong malaysia.. rasanya separuh pelanggan restoren ialah orang kita. Hidangannya pun boleh tahan. Ikan bakar, kekupang, kerang, udang dan ketam. Pendek kata segala seafood ada la. Tak kurang juga penjaja mutiara dan kain tenun berlegaran di meja-meja. Boleh rekomen la tempat ni .. Makan malam ikan bakar yang sedap sambil menikmati suasana matahari terbenam di tepi pantai..memang memenuhi objektif percutian santai...







Usai segalanya...kami ke hotel untuk berehat. Hari yang sunģguh meletihkan..dari pantai ke pulau. Dari pulau ke bukit. Dari bukit ke pantai berdesir.. Akhirnya kami rebah ke katil nan empuk...Sambil terkebil-kebil melayan mata, aku mengimbas itineri esok. Kami akan ke pusat pembuatan pasu, kain tenun, pantai tebing dan perkampungan sasak. Fuhh...banyak tuu.. Hmm.. kena rehatkan badan secukupnya..bye..selamat malam..


No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...