Friday, 28 December 2012

Korea 1

Korea Day 1

21 Dec 2012

Subuh lagi kami dah bangun dan bersiap. Mulanya aku memakai termal, t-shirt dan kot nipis. Tiba-tiba rasa sesak nafas pulak. Jadi aku membuka termal. Anak-anak juga kelihatan gembira dan 'excited'. Kami solat subuh di stesen Petronas berdekatan LCCT. Terkejut juga melihat bilik solatnya yang kecil itu berkongsi pula  lelaki dan perempuan..mana perginya keuntungan berjuta-juta..kemudahan sebegini pentingpun tidak dihirau...tak patut..tak patut...

Setelah check-in barang, kami mengalas perut di Marry Brown..servisnya cukup menguji kesabaran..tak mengapalah..kami redha saja..Aku sempat membeli roti-roti untuk dibawa ke Korea. Sambil menunggu-nunggu...apa lagi..'test camera'lah...he.he...



Tepat jam 9.50 pagi, flight kami memulakan perjalanan di angkasa... Masa perjalanan yang agak lama menyebabkan kami mengantuk  dan agak bosan...


Main handphone...main tab...dan makan. Dalam pesawat Air Asia ni ada dua kali makan..tapi kena beli la.. Makanan juga terhad. Kalau nak makanan kegemaran seperti Nasi Lemak Pak Nassier...kena order online...kalau tak..hmmm..cium baunya saja....hu.hu...

Lebih kurang 6 jam perjalanan kami pun sampai di Incheon airport. Dari tingkap pesawat tadi, kami dah nampak salji yang memutih meliputi bandar Seoul. Bagi insan yang baru pertama kali melihat salji depan mata ni..memanglah agak teruja..tidak sabar rasanya nak memegang salji yang bagai aiskrim tu...

Dalam keterujaan itu..rupanya ada satu kejadian yang sungguh tidak disangka..Apa tu...? Ha..Sebaik saja turun daripada pesawat, suamiku cepat-cepat masuk ke bilik air. Aku dan anak-anak juga pun sama. Kami memakai termal dan winter coat kerana cuaca di luar sungguh sejuk. Setelah itu, aku dan anak-anak menunggu suami di luar tandas. Hampir 30 minit kami menunggu tetapi tiada. Hatiku sudah mula cemas. Passport dan boarding pass serta duit semua dipegang olehnya, bagaimana kami nak melepasi kastam dan imigresen. Sudahlah tempat itu amat asing bagi kami...

Akhirnya, kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan. Mengikut tanda arah dan kumpulan yang baru sampai, kami menaiki bas ke terminal. Tiba di bahagian imigresen, aku meminta bantuan dua orang pihak kastam di sana membuat pengumuman..Mereka sangat baik. Akhirnya kami melihat kelibat orang yang dicari-cari....terhegeh-hegeh dengan muka yang agak pucat. Geram. Sempatlah dengar syarahan sekejap...Rupanya dia sangka kami telah meninggalkan dia..Hmmm...masing-masing salah sangka...inilah akibatnya terlalu seronok sehingga lupakan Allah...pengajaran pertama.

Kami mengambil beg-beg dan terus menuju ke pusat terminal. Pihak taxivan yang aku tempah telah sedia menanti dengan papan tanda namaku. Kami membeli T-money dan terus keluar daripada terminal..Cuaca sudah gelap walaupun jam baru menunjukkan 5.40pm. Pertama kali menghirup udara dingin menyebabkan kami menggigil kesejukan..Sabrina sudah tidak sabar-sabar nak memegang salji...seronok..


Kami dibawa ke bandaraya Seoul. Lebih kurang 40 minit, kami pun sampai di Bukchon Guesthouse, sangat berdekatan dengan Anguk Station. Wah..suhunya sungguh sejuk..-7 celcius. Pemilik guesthouse sangat baik, Mr Cheung..melayan kami dengan mesra. Setelah membuat pembayaran, kami pun merehatkan diri... Alhamdulillah..sampai juga kami di bumi Korea ini...

Inilah ruang tamu. Ada TV dan Computer. Wifi juga. 

Ini bilik tidur aku. Walaupun tilam saja tapi lantainya panas, ada heater.

Ini dapur yang disediakan. Sangat selesa.
Aku bersyukur sangat..rumah penginapan kami sungguh selesa. Malam ini kami cuma makan maggi saja untuk mengalas perut kerana badan sudah terlalu letih untuk menapak ke mana-mana...

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...