Saturday, 12 January 2013

Korea 4

Korea Day 4
24 Dec 2012

Sedar tak sedar sudah 4 hari kami di bumi Korea ini..cepatnya masa berlalu..Pagi ini makanan berat. Nasi putih, sup ikan, sawi goreng ,bilis goreng dan roti. Bercadang mahu ke Namsan Tower, Myeongdong dan Itaewon. Dari stesen kami berjalan kaki ke tempat menaiki lif untuk ke Namsan sambil meninjau-ninjau pemandangan kota yang penuh dengan bangunan tinggi..




Kami dah jumpa tempat menaiki lif ke Namsan Tower..melihat dari bawah..memang tinggi nak ke sana..dengan cuaca sejuk yang amat sangat..kami lebih rela menunggu lif daripada memanjat bukit...lebih2 lagi keadaan kakiku yang tidak berapa sihat..





Ingatkan dah sampai Namsan Towernya..rupanya baru di kaki bukit...he.he...kena naik cable pulak sampai ke puncak...Jadi, turun daripada lif kami membeli tiket cable. Pemandangan dari cable memang menakjubkan. Dapat melihat bandar Seoul pada pagi yang indah ini. Tanah-tanah bukit dilitupi salji putih...Sesekali cable bergoyang-goyang ditiup angin...aduss..ngerinya..







Akhirnya kami tiba di puncak bukit..terpegun seketika...subhanallah..subhanallah..cantiknya...indahnya.... walaupun cuaca sangat sejuk..kami tak mahu melepaskan peluang merakamkan lukisan alam itu.. Ada pintu gerbang, tangga-tangga kayu yang unik, pohon-pohon indah...dalam sinaran mentari yang menyinari kesucian rona salji...amat mendamaikan ..terketar-ketar juga jari-jemari memetik kamera..namun..berbaloi-baloi..







Apabila berada di puncak, rupa-rupanya ada lagi menara yang tinggi seperti KLCC. Tapi kami tidak menaikinya..cukuplah setakat menghabiskan masa di sekitar tahap ini sahaja....paling penting..minum kopi panas yang lazat...kerana cuacanya tersangatt lah sejuknya...Terdapat banyak cafe di atas bukit ini..dinding-dinding cafe dihias dengan blok marmar pasangan yang bercinta..ada juga pokok-pokok kunci cinta... Gamaknya..Namsan Tower ni memang lokasi kekasih memadu asmara dan berjanji setia..kot..
















Hampir satu jam kami menghabiskan masa di puncak Namsan...pengalaman yang sungguh indah..teringat lagu Ramlah Ram..." Kau kunci...cintaku..di dalaam hatimuuu..." He.he.he...layann...padahal..semua hati insan di bawah genggaman Allah...amin ya rabbi.. Satukan hati-hati kami di bawah kasih sayang-Mu...
Berangan punya berangan..dah sampai di stesen subway..Kami bercadang untuk terus ke Itaewon memandangkan kami belum bersolat zuhur lagi..





Agak sukar juga nak mencari masjid ni..naik bukit..dan agak tersorok..Bila sampai di sana, kami pun menunaikan solat zuhur dan asar. Masjidnya agak luas, dewan solat wanita di bahagian atas..naik tangga lagi...Terjumpa pula students Malaysia..Azza dan rakannya..kami bersembang2..katanya seronok tinggal di Korea kerana suasananya selamat berbanding negara kita..balik malam2 pun tiada orang kacau...alhamdulillah.. Keluar saja dari perkarangan masjid, cuaca kelihatan agak gelap. Cepat benar masa berlalu..perut pun dah berkeroncong..cuaca pun amat dingin...keluar air daripada hidung dan mata... Akhirnya kami sampai di Restoren Uthman.... order! order!

Beryani kambing yang sangat lazat...

memang terbaik!

Pemilik restoren..Mr Uthman dari Pakistan

Isteri Mr Uthman..ex-student UIAM
Selepas makan..kami terus ke stesen subway..wuuuhhhh...sejuk giler..mengikut laporan cuaca, malam ini paling sejuk..21darjah celcius..diramalkan turun salji...Kami berjalan sambil menggeletar kesejukan..sambil mengintai keadaan malam di bandar Itaewon..yang dikatakan tempat paling banyak restoren muslim dan makanan halal..


Jam 9 pm kami sampai di Anguk station. Maira mencadangkan aku membeli kek hari jadi untuk Sabrina senyap-senyap..memandangkan terdapat kedai kek Paris di sana. Semasa sembang2 dgn student Malaysia tadi, katanya kek yang putih diperbuat daripada krim boleh dimakan..So aku dan hubby membelinya untuk "surprise" Sabrina...



Hmmm...memang sedap..licin kami makan..Kami yang kekenyangan, perut penuh dengan nasi beryani kambing dan kek krim yang manis...semanis pengalaman kami pada hari ini..Belum sempat beri arahan kepada anak-anak, mereka sudahpun menarik selimut di atas tilam yang panas...walaupun di rumah ni ada wifi..aku tak sempat nak berfb sangat...bila malam..mata bagai ditarik2 untuk lena.. uwarggghh..sayonara..ghamsahamida...nanti sambung cerita lagi ya......

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...