Saturday, 19 January 2013

Korea 6

Korea Day 6
26 Dec 2012

Tibalah masanya kami akan meninggalkan Bukchon Guesthouse ..rumah penginapan yang selesa ..Inilah harinya kami akan kembali ke tanah air..Memanglah rindu akan nasi lemak, roti canai, asam pedas dan gulai ikan..namun berat juga hati ini untuk melambaikan tangan kepada bumi Sonata yang sarat dengan kenangan.. Entah bila kami akan berpeluang datang ke sini lagi..



Setelah berkemas2..taxivan pun sampai..sempat juga kami bergambar dengan Mr Cheung, pemilik Bukchon Guesthouse yang baik dan hensem..he.he..

Perjalanan ke airport mengambil masa selama 40 minit. Sepanjang perjalanan kami hanya melayan khayalan masing2..Sampai di Incheon Airport..taxivan kami terus memarkir di papan tanda Air Asia..rupa2nya di sana telah disediakan tempat bagi penumpang flight yang akan kita naiki..sistematik la sebab airport ni sangat luas.. setelah memunggah barang2, kami check in bagasi..dan berjalan-jalan dalam airport yang sangat cantik ini..Ada pelbagai landskap tradisional, persembahan kebudayaan dan demonstrasi watak2 drama korea iaitu Jewel of the Palace... Kiranya kami agak bertuah kerana disajikan dengan acara menarik sementara menunggu waktu berlepas iaitu jam 5.15 petang..









Mencari makanan yang halal sangat menyiksakan..boleh dikatakan semua restoren di sini tiada menyajikan makanan halal. So..sesiapa yang berkunjung di sini untuk jangka masa yang lama, jangan lupa sediakan makanan sendiri..kalau tak..togok air je laa...









Akhirnya ...kami bertolak ke ruang menunggu..sepanjang perjalanan ke tempat itu..banyak pula kedai duty free..apa lagi..aku pun melepaskan geram dek hajat yang tidak kesampaian membeli brooch dan korean silk, perabih korean won pulak di sini..minyak wangi christian dior sebotol, jam tangan sorang satu, dan yang paling best..smart camera samsung yang canggih tu..baru RM 300.00 Anak2 pula sibuk membeli headphone, dan gajet2 yang murah harganya..hmm..puas hati...

Kami menaiki flight pada jam 5.15pm..bumi Korea Selatan beransur-ansur luput daripada pandangan.. Bye2 Korea...kalau diizinkan tuhan..kami akan datang lagi...Tq Allah..kerana meluaskan rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu kepada kami...Ghamsahamida...Semoga coretan travelog ini juga menjadi santaian dan senyuman kepada tetamu yang sudi melabuhkan tirai masa berharga membaca dan membelek foto..tq semua.. luv u all..



No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...