Saturday, 28 December 2013

Melbourne 2

Hatiku Tertinggal di Melbourne
Day 2


Pagi-pagi lagi deringan telefon bilik berbunyi riang.. " Hello.. " . " Assalamu alaikum cikguu... !". Alamak.. Aina Kamal dah sampai..! Allahu akbar.. janji melayu betul aku ni.. Astagfirullah... Cepat-cepat aku turun ke lobby hotel menjemput Aina naik ke apartment kami. Siapa gerangannya si Aina ni.. Haa... dialah ex-student aku. Pelajar terbaik SPM dan pernah menjadi pendebat terbaik dalam siri perdebatan sekolah2 menengah anjuran UIAM. Sekarang menuntut di Monarsh University di Melbourne dalam jurusan undang-undang.. Hari ini, dialah yang akan menjadi pemandu pelancong kami.



Setelah bersiap-siap, kami pun memulakan perjalanan pada pagi yang sejuk itu. Destinasi pertama ialah.. Queen Victoria Market. Wahh..rupa-rupanya pasar itu berada betul-betul di belakang hotel kami. Seronoknya.. bagi sesiapa yang ingin melancong ke Melbourne, bolehlah menempah Hotel Ibis ini. Sangat strategik. Dekat dengan QVM, syarikat2  kereta sewa, International Library, dan dalam area bandar. Pengangkutan awam juga mudah didapati.



Jom kita lihat apa yang best di QVM..

Pagi-pagi pergi pasar.. ada yang mengantuk..
Jumpa fridge magnet... baru segar mata...pilih-pilih...
With Aina Kamal.. tourist guide for today..
Banyak cenderahati dijual di sini..best..
Musim luruh..musim winter.. winter coat murah di sini
Akhirnya 
Ada orang dah sakit kaki
Posing dalam Queen Victoria Market...
With Aina Kamal..
Akhirnya berjaya dapat kasut sport..
Aina yg comel..
Cannot resist..
Abi borong buah ceri..
Buah tomatonya besar-besar..
Delima, pisang, oren...
Pelbagai jenis kacang..
Buah ceri yang paling manis...
Rambutan pun ada..
Queen Victoria Market ni ada banyak section.. A, B, C, D, E, F... memang sangat luas.. kalau tak biasa, bisa pening dibuatnya dong..! Pelbagai jenis barangan dijual di sini. Pakaian, cenderahati, beg, hasil seni, ikan, daging, roti, buah-buahan, kasut dan bermacam-macam lagi... Sedia dollar sajalah ya...

Setelah puas meronda, kami dibawa berjalan-jalan di kota Melbourne. Melalui National Library, University dan Kolej... kedai-kedai sepanjang jalan, umpama di KL juga.. Cuma cuaca dan pemandangannya yang berbeza.. Disebabkan kami datang pada musim luruh, sketsa alam dedaunan merah kuning berguguran mewarnai pemandangan sepanjang jalan.. indah sekali.. Subhanallah..

Berehat sebentar ..
Di hapadan National Library..
Isi simkad..
Sudut seni..ni orang tau..bukannya patung..
Tengok peta..
Naik city tram..
Di tebing sungai victoria..
Pemandangan sepanjang sungai..
Menuju ke DFO..
Abi tak tahan sejuk..
Ni nama jambatan tu..
ka
Dah sampai DFO... wau...banyaknya sale..
Nak cerita sikit fasal DFO ni. Rupanya ada banyak Direct Factory Outlet di kota Melbourne. Yang bestnya.. harganya yang murah, tiada cukai dan selalu buat jualan murah..SALE! 50%, 60%..hingga 70%. Barangan yang dijual pula berjenama. Just named it.. Allahuakbar..memang keimananku tidak seteguh tembok Cina.. walaupun nak beli sesuatu kat sana kena kali 3...tapi x sedar kediri..beli jugak..hu.hu... sampai tak sempat nak ambil foto bershopping..

Macam PWTC kat KL..
Kami singgah di Melbourne Convention Centre untuk solat zohor dan asar. Di sini ada surau yang lengkap. Terjumpa juga orang Malaysia yang bersolat di sana. Selepas itu, kami berposing di hadapan bangunan MCC kerana landskapnya yang cantik. Suasana musim luruh.. menantikan kedatangan musim dingin. Angin yang bertiup sungguh sejuk..bisa sampai ke tulang.. Langit juga mendung dan kadangkala memuntahkan hujan gerimis..

Pemandangan musim luruh..
Indah..
Dedaunan yang berguguran..
Hadapan Melbourne Convention Centre
Rumput..
Me and Aina..
Siapa ambil gambar..
Barisan pokok yang tiada daun..
Maira..
Gitu pulak
Macam nak study kat sini..
Setelah penat berjalan, kami singgah ke Estele Restaurant, antara restoren halal di kota Melbourne. Terletak di belakang bangunan library. Pemiliknya orang Indonesia. Juga..menunya citarasa jawa gitu.. Tak kisahlah..perut pun dah lapar. Janji halalan toyiba.. memang menyelerakan.. Tapi ingat, harganya kali tiga..he.he..

Ikan bakar
Nasi Goreng..
Nasi Goreng Sea food
Menunggu hidangan..
Lapar kut..
Inilah menu yang disediakan di Esteler Restaurant
Daging bakar..
Usai menjamu selera, kami ke shopping complex berdekatan untuk membeli barangan keperluan. Esok kami bercadang untuk ke Great Ocean Road. Tempatnya jauh dan sukar mendapatkan makanan halal. Dengan bantuan Aina, kami dapat membeli makanan segera seperti nasi kari ayam yang halal dan roti halal. Kami juga survey kereta sewa.. boleh tahan harganya..

Balik ke hotel dengan penuh keletihan. Dah tak kuasa nak berjalan-jalan lagi memalam ni. Masa untuk berehat dan berangan.. he.he.he.. Sambil baring-baring, teringat gelagat dan sikap 'gentleman' lelaki Melbourne.. Di mana-mana saja terlihat para suami menjaga dan melayan anak-anak dengan sabar, sambil membeli-belah.. di pasar, di pasaraya, di sepanjang jalan.. sering tersenyum, membuka pintu untuk wanita, memberikan jalan kepada wanita dan ringan tulang tanpa diminta...+ handsome.. Cair kut hati kita ni.. Tetiba teringat hadis ni, Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah sebaik-baik lelaki kepada isteriku..( Riwayat ibnu Majah )..  Benar sekali...

Malam itu..cer teka mimpi apa... ;)

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...