Thursday, 8 January 2015

Bali (1)

Bali (1)
Januari 2014

Raikan cinta...


Ke mana kita cuti 4 hari ni?.. Jom Bali!  Eh..eh..takkan ke Wangsa Maju je.. 
Bukanlah..Bali di Indon tu.. Ooo...okay. Book tiket dan fly...

Begitulah dialog aku dan suami ketika lepak2 tengok TV. Rasa macam mudah sangat trip kali ini.. Alhamdulillah.. Semoga jaulah kami diberkati-Nya. Amin. Disebabkan masa agak suntuk nak study blog travel, aku terus menempah pakej halal melalui ejen secara online. Terasalah mahal sebab selalunya aku bagpacker saja..Apa-apa pun kami telah selamat mendarat di airport pada 10.30 malam. Punyalah ramainya pelancong.. Hampir satu jam juga barulah kami dapat keluar dari airport ni.. Pak Munir telah sedia menanti dan terus membawa kami ke hotel.

Penuh dewan ketibaan
Kami tiba di hotel sudah larut malam. Yang penting, tidur untuk menghilangkan keletihan perjalanan. Esok paginya barulah kami meninjau-ninjau persekitaran Wina Holiday Villa  Hotel. Hotel ini antara hotel yang menyediakan makanan halal. Landskapnya sangat cantik dirimbuni pohon hijau dan ukiran. Dewan makan di tepi kolam renang mendamaikan suasana. Jom layan fotos..

Queen Bed
Ruang santai depan bilik
Pintu bilik yang sarat dengan ukiran
Pandangan dari dewan makan
Cantik dan tenang..
Hotel tiga tingkat..tak de lif ya
Tak boleh lebih daripada tiga tingkat katanya..
Ada gazebo tempat berangan..he.he..
Landskap yang indah..
Sorry..terpaksa..hi.hi..
Bumbungnya macam ada unsur budaya cina..
Pokok-pokok dijaga rapi
Ruang santai
Seni landskap yang cantik dan sejuk
Redup mendamaikan..konsep bali
Kat mana-mana ada patung tu..ngeri jugak..
Memang cantik..
Wina Holiday Villa Hotel

Tarian Barongan

Okay..selesai meronda-ronda persekitaran hotel, kami  dijemput Pak Munir untuk menyaksikan Tarian Barongan. Sebenarnya tarian ni menceritakan hal dewa dewi dalam hikayat Ramayana. Nak cerita lebih-lebih pun..aku tak faham sangat. Dipentaskan di dewan terbuka macam opera cina kat tempat kita.. Penduduk Bali 90% beragama Hindu Kuno. Adat dan budayanya berunsurkan agama ini. Layan saja..

Barongan
The Barong & Kris Dance
Kami dok kat belakang sekali
Penari dah keluar
Lenggok sana..jeling sini..
Jeling sana..lenggok sini..eh..
Pertarungan kuasa baik dan jahat..
Biasalah..yang baik akan menang..kan
Dah boring la tu..
Ramai juga pelancong
Dah keluar heroinnya..
Ya rabbi..satu round dah..
Bukti tau..
Akhirnya yang jahat mati..kan dah kata..
Dalam 40 minit juga dok kat sini.. Disebabkan tak berapa nak faham ceritanya..keboringan mulalah datang.. Aku tengok hubby pun dah mula terlelap kat belakang. Dah bosan le tu..Rasanya siapa yang tak berapa nak minat aktiviti ni..boleh skip saja daripada itinerari. Kami pula dah terbeli pakej yang disediakan, jadi terpaksalah ikut saja..hu.hu..


Pasar Sukawati, Ubud

Kami meneruskan perjalanan. Singgah sebentar di sebuah pusat kesenian. Pelbagai hasil seni dipamerkan untuk demo dan jualan. Di sini, aku terkesima dengan kehalusan hasil tangan mereka. Lukisannya, ukirannya, kreativitinya..Wow!!  Bali memang kaya dengan seni. Landskap, pepohon, kayu-kayan, batu-batuan, kaca, seramik, besi, logam perak dan batik..sungguh menakjubkan. Kalau dekat KL, mau aku angkut semuanya..Harganya pun agak murah...nasib baik jauh tau..

Batik lukis
Tenunan
Alat tenun
Catan kanvas
Sulaman
Lukisan
Cantiknya..
Pandainya..
Pelbagai motif..
Menempa logam perak
Tengoklah kehalusan ukirannya..
Kemahiran tinggi..
Pokok buah apa ni ..tak tau..
Jangan ada yang muntah ya..hi.hi..
Pintu masuk Pasar Sukawati, Ubud

Tegalalang


Teruskan perjalanan. Kami singgah di Tegalalang, kawasan penanaman padi berteres yang sangat cantik. Sempat pula minum jus kelapa di sana sambil menikmati pemandangan hijau sawah padi. Sungguh menyegarkan. Ada juga gerai-gerai menjual tenunan dan batik. Katanya hasil orang kampung di sana. Harganya..boleh tahan murah. Aku pun rembat satu cadar sulam tampal yang unik dengan harga RM 30 . Giler murah kot..

Sawah padi berteres
Luas kehijauan
Ada yang turun ke lereng bukit
Rumah-rumah penduduk kampung di bawah sana
Pandangan dari gerai minuman
Camana lah nak turun ni..fikirnya..
Terpaksa tau..Pak Munir suruh..
Memang cantik
Poskad
Pokok kelapak
Jus tembikai dan Air Kelapa..segar..
Hantu buah.. ;)
Buah asam
Camana lah nak bawak balik nih..katanya..

Kintamani


Okay..Dah puas berehat dan bershopping.. Pak Munir terus membawa kami menuju ke Kintamani. Apa ada di sana? Katanya, Kintamani ni tempat menikmati view yang indah. Iaitu Tasik Batur dan Gunung Berapi Batur. Kalau cuaca bagus, adalah rezeqi kami menyaksikan pemandangan yang cantik itu..Kami juga akan lunch dan solat zohor serta asar di sana.

Tu diaa...Gunung Batur
Tasik Batur
Lawa tau..
Subhanallah..
Awan kelabu menghampiri..
Poskad
Indahnya..
Masyaallah..
Tasik Batur dari jauh..
Kalau cuaca terang..memang cantik
Mendung..
Zoom..
Indahnya alam ini..
Lagi..
Lukisan alam
Tersergam indah
Luas mendamaikan
Gabungan indah
Puaskan hati..
Kebiruan
Pak Munir suruh lagi..
Last..
Hampir satu jam setengah, kami sampai ke tempat itu. Cuaca agak mendung namun masih cerah. Dapatlah kami merakamkan lukisan alam yang indah itu. Gunung Batur sungguh cantik tersergam dipayungi langit biru serta awan yang kelabu. Di bawahnya pula Tasik Batur yang sangat luas dan tenang mendamaikan. Alhamdulillah.. sampai juga kami di sini...

Usai berfoto, kami ke Restoren Puncak Sari. Menurut Pak Munir, restoren ini menghidangkan makanan halal dan surau untuk kami bersolat. Cantik juga tempat ini. Makanannya juga banyak dan dihidangkan secara buffet. Untuk menyedapkan hati, kami hanya makan seafood dan sayurannya saja. Oh..pecalnya sangat lazat. Tempe digoreng garing dan kuah kacangnya sedap sangat.Mesti cuba..

Hidangan buah pun berseni
Suasana dalam restoren
Buffet
Dekorasi menarik
Perhiasan bumbung
Ini semua kerja Pak Munir..
Dekor lantai
Tunjuk apa entah..
Ruang santai
Grand Puncak Sari 2
Foto satu..

Kebun Kopi Bali Purina

Pak Munir membawa kami ke destinasi seterusnya. Bali Purina, kebun kopi. Di sana, kami dihidangkan dengan pelbagai perisa kopi termasuklah kopi luwak yang terkenal di Bali. Kami melihat musang luwak yang dibela di dalam sangkar dan diberi biji kopi, selepas itu dikutip najisnya yang mengandungi biji kopi itu lalu dibersihkan dan dibakar serta ditumbuk halus untuk menghasilkan kopi luwak. Sedapp...katanya.. Err.. belum sampai peringkat darurat rasanya nak telan benda tu..No thank you..

Pintu masuk
Sangkar musang luwak
Najisnya yang ada biji kopi
Ni lah rupa musang luwak tu
Proses pengeringan biji kopi
Ada arabica, vanilla, oren, hazelnut..
Kayu manis, halia, lada hitam, cengkih..
Pokok kopi
Buah kopi
Ada lagi sawah berteres
Ok..sekarang rasa ya..
Boleh turun sampai bawah
Dihidang bersama keropok kentang..
Minum kopi sambil posing
View dari atas
Hubby kata sedap kopi luwak tu..gulp!
Cantik 
Restoren Purina
Kami sampai di hotel sudah agak malam kerana singgah di masjid dan restoren untuk makan malam. Rasa sangat puas hati dapat melawat wisata menarik di sini.  Esok kami akan ke Tanjung Benoa, Pulau Penyu. Katanya tempat itu juga cantik.. ok..mimpi dulu..Esok cerita lain..Gud night!

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...