Saturday, 28 November 2015

Sabah (2)

Sabah (2)
Mac 2015


Tip of Borneo



Jam 12.28 tengah hari, azan zohor pun berkumandang. Ya.. di sini masuk waktu solatnya cepat ya.. Kami cepat-cepat mencari masjid untuk solat. Tiba di Kampung Sukawati dan sempat menunaikan kewajipan di sana. Ruhsah musafir kami raikan dengan menjamak kasarkan solat zohor dan asar. Perut pula berkeroncong, singgah di kedai makan untuk makan tengah hari. Sambil bersembang dengan pelayan kedai, dia mengatakan Tip Of Borneo sudah tidak jauh.. Alhamdulillah.. jalan lagi...

Dalam 20 minit, kami pun sampai di pantai Simpang Mengayau. Dari jauh sudah nampak kehijauan air laut di bawah langit yang sangat biru.. Mengintai di celah-celah barisan pokok ru berdaun halus, hati semakin berdebar tatkala viva menghampiri pantai...Terkesima...subhanallah...cantiknya... Disebabkan perasaan yang teruja melihat keindahan pantai itu, kami berhenti untuk merakam lukisan alam..







Pantai ini sungguh mulus.. Angin laut yang bertiup lembut melahirkan puing-puing ombak putih. Sangat mengkhayalkan.. Aku asyik melayan keindahan ciptaan Tuhan ini...hingga cuaca panas yang terik tidak menggugat momen anganan.. Wahh..serta-merta bahasa puitis berbunga-bunga menerjah benak fikiran.. Patutlah penulis tinta emas sering ke pantai untuk mendapat ilham...









Pada masa ini, tiada manusia yang kelihatan. Hanya aku dan pantai.. Hmm..sangat privasi. Mungkin masih ramai yang belum tahu akan keindahannya. Fasiliti juga tiada.. masih virgin. Tenang sungguh. Kalau nanti ada pembangunan, pasti tempat ini menjadi suatu spot pelancongan yang sangat hebat. Insyaallah.. Yang pasti aku sudah sampai di sini.. alhamdulillah..






Okay.. Naik atas sikit lagi, sampailah kami ke destinasi. Parking kereta dan terus menjelajah. Wahh... cantiknya...tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Ada pentas di tebing tinggi, boleh foto di situ. Macam berada di Anglesea Melbourne.




Di puncak bukit ini, view sangat cantik. Dari sudut mana pun..terserlah keindahannya. Ada juga gazebo tempat duduk-duduk menikmati pawarna menakjubkan. Kebiruan air laut benar-benar membuatkan aku jatuh cinta.. Subhanallah..indahnya alam ini.









Lihatlah nun jauh di sana. Ada sedikit unjuran berbatu. Itulah yang dikatakan Tip Of Borneo atau Tanduk Sabah. Bentuknya macam tanduk.. Kami masih berjalan-jalan di puncak tebing sambil menikmati bayu laut dalam keperitan mentari..  Enjoy the views..












Cuaca sangat panas. Sesekali angin laut bertiup sangat menyamankan hingga terlena dibuai mimpi... Aduii..kalau dah buruk mata tu..tang mana pun..lena..hihihi..sorry bang.. 
















Kami memanjat tebing ke arah laut.  Di sini dapat melihat Tanduk Sabah dengan lebih jelas. Ya Allah.. jernihnya air seperti kaca..  Rasa nak terjun bercanda dengan ikan-ikan yang berenang di gigi pantai..Dalam banyak-banyak tempat yang sudah aku lawati, belum pernah lagi jumpa air laut sejernih ini..Subhanallah..












Ha..di sana tu ramai pengunjung yang sudah turun ke batu tanduk. Aku dah tak sabar-sabar lagi. Ada tangga yang agak curam. Kena berhati-hati dan gunakan kasut yang sesuai. Angin yang bertiup juga sangat kuat. Kalau tak betul-betul stable.. mau tumbang juga kita dibuatnya.. Ahh..tak kisahlah..Jom kita turun jugak..





Ramai pengunjung yang turun menikmati panorama di batu tanduk. Mengikut kata penduduk di sana, kalau datang waktu pagi, akan dapat melihat satu aliran ombak putih yang merentangi lautan. Katanya. pertemuan antara dua lautan, Laut Sulu dan Laut Cina Selatan.. Dan yang paling cantik, pada waktu petang apabila matahari mula tenggelam.
















Bentuk batunya agak unik. Beralun-alun. Agaknya kesan hakisan ombak. Berwarna putih kecoklatan.. Ombaknya sangat kuat tau. Terhoyong-hayang dibuatnya. Apa lagi..cepat-cepatlah ambil gambar. Ngeri jugak nak dok lama-lama kat situ, takut air naik.. tak sempat la nak panjat tebing..






Kalau tak foto kat sini orang kata tak sah. Jadi bergambarlah kita di mercu tanda Tip Of Borneo. Lama tau nak tunggu tak de orang. Penuh je sentiasa. Apa-apa pun, rasa puas hati sangat sebab dah sampai kat sini. Siapa yang nak datang, eloklah tunggu sampai matahari terbenam.. cantik sangat katanya. Berdekatan juga ada chalet, Simpang Mengayau Chalet, boleh bermalam di sana dan menikmati suasana indah..




Selamat tinggal Tanduk Sabah..!!!

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...