Friday, 18 December 2015

Lombok 1

Dis 2015
Lombok

Ten of us.. ( including fotographer )
Mula-mula rancang berdua. Lepas tu..berempat.. kemudian berenam..Akhirnya bersepuluh..  Ke mana kita? Lombok pun boleyy...  Percutian kali ini disertai 10 orang ahli keluarga.. meriah sungguh! Disebabkan bawa ramai-ramai ni, kami fikir lebih baik mengambil ground package di sana. Setelah di survey..ada satu pakej yang agak bagus itineri dan harganya. RM470 satu kepala selama 4 hari, termasuk makan, transport dan hotel. Set. Dengan Bismillah..kami memulakan langkah...

Satu kampung nyambutnya...kau hado..?
Kami tiba di airport Lombok jam 6.15 petang. Wahhh...! terkejut beruk dibuatnya..ketika kaki melangkah keluar bangunan airport terdapat ramai giler orang seperti menyambut kami. Masing-masing berdiri, ada yang mendukung anak, ada yang melambai-lambai dan ada yang memanggil-manggil nama seseorang.. Mula-mula tu..feeling celebriti la jugak.. lepas tu rasa pelik... awat la depa ni ramai-ramai kat sini.. macam menyambut jemaah haji gayanya..

Monumen Lombok 'Pulau Seribu Masjid'
Setelah sampai di van, barulah Pak Wawan, tour guide kami menerangkan situasi. Rupanya, di Lombok, kalau orang kampung mereka pulang dari Malaysia, mereka akan datang satu kampung menyambutnya di airport. " Satu kampung pak?".."Ya..satu kampung.." Masyaallah...tingginya penghargaan ya.. Menurut Pak Wawan, itu kerana mereka orang susah, dan sesiapa yang bekerja di Malaysia biasanya akan bawa balik wang yang banyak untuk membina rumah cantik di kampung... Waduh..waduh...

Van yang agak sempit dan kurang selesa itu, bergerak menuju ke destinasi. Suasana yang tidak selesa sudah dikaburi dengan cerita-cerita kesusahan penduduk Lombok yang hidup susah mencari rejeki.. oleh Pak Wawan. Pandai juga Pak Wawan ni main psikologi.. Sebenarnya aku sudah mula rasa tak sedap hati.. Dan kebimbangan aku terbukti apabila Pak Wawan cuba menukar itineri.. Hmmm...terasa sakit hatinya di situ..




Kami dibawa makan malam di restoren yang berdekatan dengan hotel. Okay la.. sayur kangkung special katanya.. Hidangannya mesti ada pedas..maklumlah.."lombok = cili".. Usai makan, terus ke hotel. Central Inn Senggigi.. dua bintang. Pun..okay lar..Sekali lagi masalah berlaku, yang ditempah hanya empat bilik sedangkan sepatutnya lima bilik. Aku dah mula naik angin kangkung.. Lama jugaklah aku berwassap dengan bos pakej..Akhirnya kami dapat apa yang sepatutnya dijanjikan..

 


Alhamdulillah...selesai hari pertama. Sambil baring-baring, aku rasa aku perlu berhati-hati dengan Pak Wawan ni. Kurang jujur. Bagaimana hendak menempuh tiga hari lagi di sini... Satu persoalan yang bermain-main di fikiran.. Atau hanya aku yang sudah dijangkiti cerita-cerita negatif oleh rakan-rakan traveller?.. Entahlah.. Esok kami akan ke daerah Sembalun dan Sineru. Ada apa di sana... tunggu episod seterusnya..

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...