Disember 2015
Sembalun
Van Pariwisata sampai jam 9 pagi. Waktu itu sudah memuncak panasnya. Kami redha sajalah.. walaupun keadaan van yang kurang selesa dek aircond yang kurang berfungsi.. kami meneruskan perjalanan. Destinasi kami ialah Air Terjun Tiu Kelep - Sendeng Gile melalui daerah Sembalun. Lokasi ini agak jauh di pedalaman. Kami melalui jalan di tepi pantai dan berbukit. Oh.. view pantai dan lautnya sangat indah. Subhanallah.. Dari jauh kelihatan kehijauan sawah padi berteres dibarisi gunung-ganang yang gah.. memang cantik.
Kami menuju ke wilayah utara. Di sana jugalah terletaknya Rinjani Trecking bagi yang mahu mendaki gunung berapi yang masih aktif itu. Aku dapat lihat banyak aktiviti pertanian di sini. Daerah ini dipanggil agro wisata. Kalau musim buah, boleh petik strawberry yang ditanam di tepi jalan. Semakin jauh perjalanan, semakin hampir dengan keunikan alam ciptaan Tuhan..
Sana sini kelihatan sawah padi terbentang luas di kaki gunung. Ada yang baru ditanam dan juga yang sudah dituai. Kata Pak Wawan, penduduk di sini menanam padi lebih untuk kegunaan sendiri daripada dieksport. Aku perhatikan rata-rata petaninya kaum wanita. Mereka bekerja di bawah panas mentari.. kesiannya. Tetiba teringat cerita gadis Malaysia yang dilarikan ke Lombok untuk dijadikan isteri dan bekerja di ladang.. Entah-entah ada antara wanita itu..berasal daripada Malaysia.. huh! Seriau laa..
Dari jauh kelihatan banjaran Rinjani. Antara gunung berapi aktif di sini. Seminggu sebelum kedatangan kami, anak Rinjani ini meletus dan melepaskan asap kabut tebal sehingga lapangan terbang terpaksa ditutup. Nauzubillah.. janganlah kau meletus nakk... doa banyak-banyak dalam hati. Cuaca sangat panas menyengat di sini. Jam 11.00 pagi udah seperti jam 1.00 tengahari. Masing-masing dah letih dan lapar..
Aku cadangkan sesiapa yang mahu ke lokasi ini, perlu membawa bekalan seperti air dan makanan ringan secukupnya. Kerana masa perjalanannya yang lama dan keadaan jalan yang tidak berapa elok. Ada juga gerai-gerai kecil yang menjual buah-buahan. Boleh berhenti beli. Kami sempat membeli mangga manis yang sangat murah harganya. Rasanya tak ubah seperti pelam harumanis yang terkenal di Perlis.
Terserempak pula dengan kemalangan kecil di jalanan. Katanya, seorang wanita terselit kainnya di roda motorsikal yang dibawa lalu jatuh. Nampak tak budak-budak yang kerumun tu. Di sini uniform mereka kaler oren coklat. Macam uniform pengawas pusat sumber sekolah kita kan? Hi hi.. Mereka tak bercuti seperti kita..
Inilah van kami.. |
Fikiran masih terawang-awang teringatkan foto Daerah Sembalun yang diambil daripada blogger. Macam lain jer daripada yang aku lihat sekarang.. Ker..kami ni kena main lagi dengan Pak Wawan.. syak wasangka dah mula datang...Hati ini masih cuak dengan sikap Pak Wawan.. Hmmm... cuba positif lah ya... enjoy saja apa yang ada depan mata..
Ni foto yang diambil daripada blogger..hmm... |
No comments:
Post a Comment