Friday, 5 February 2016

Lombok 7

Lombok 7
Disember 2015

Sunset di Puncak Malimbu




Dalam perjalanan pulang..kami singgah di puncak Malimbu, suatu spot yang cantik di tebing pantai Senggigi. Sebenarnya kami telahpun lalu di sini pagi tadi semasa menuju ke Air Terjun Sendeng Gile. Kami juga meminta Pak Wawan berhenti sebentar untuk merakam keindahannya, namun tidak dilayan..huhu..sedih. Telan air liur saja melihat kecantikan laut dan pulau-pulau nun di sana.. Ini yang menyebabkan hati ini semakin menyampah dengan trip ini..Okay..sabar..sabar...






Jadi..sudahnya..kami sampai di sini pada waktu petang. Dapatlah melihat suasana matahari terbenam di kaki langit.. Masya-Allah..Subhanallah..cantik you..Sebelum tu..shopping dulu..sebab ada ramai penjual mutiara, topi, cenderahati dan sebagainya di sini. Kak Ngah tak habis-habis memilih.. seronok katanya nak bawa ole-ole untuk famili.. Ok..layannn...








Sementara menunggu kak Ngah memborong, yang lain apa lagi.. selfie..welfie laa.. Macam-macam gaya ada.. Gaya post card ada, gaya natural, gaya santai, gaya cinta.. hmm..dah mula merapu-rapu memasing magrib-magrib ni..  Masa tu..hanya kami saja berada di sini. Jadi..sakan la bergambo nyer..







Perlahan-lahan sang mentari berlabuh di lautan sepi.. Di langit kelabu..hanya tinggal awan merah kekuningan.. ingin mengucapkan selamat tinggal kepada hari ini lantas menyambut kehadiran malam.. Bangkitlah romantika de Amor..  Masing-masing berposing feeling Kuch-kuch ho tahe.. hahaha... lawak pun ada..








Di puncak Malimbu ini..sebenarnya boleh nampak Gunung Agung di Bali. Kalau datang waktu siang, dan langit cerah..akan kelihatanlah ia.. Di sini juga, boleh nampak gugusan tiga gili yang terkenal di Lombok iaitu Gili Terawangan, Gili Menu dan Gili Air. Siapa yang nak ke sini..memang aku rekomen la. Datang waktu pagi lagi cantik rasanya..






Malam seakan-akan mahu menutup tirainya.. Laut lepas yang biru kini semakin ungu di bawah lembayung senja. Memang indah bumi Allah...Subhanallah.. Sesungguhnya pertukaran malam dan siang itu benar-benar menjadi tanda kebesaran al Khaliq bagi orang-orang yang berfikir..










Okaylah..dah puas rasanya kami menikmati suasana sunset di sini.. tibalah masanya kami mengundur diri. Perut dah melagukan keroncong untuk Ana.. Badan pun udah letih dan melekit-lekit. Pak Wawan pun memanggil kami masuk ke van untuk meneruskan perjalanan. Jom le kite..







Selamat tinggal puncak Malimbu.. Keindahan wajahmu akan menjadi kenangan manis.. Memori indah di sini akan kuabadikan dalam lena tidurku. Menjadi pujukan hati rawan yang pilu dibaluti luka silam.. Eh.. udah le tu.. tak larat nak layan jiwang karat nih...

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...