Friday 7 November 2014

Acheh 3

Aceh
21-24 Oktober 2014

Hari ketiga

Mulakan pagi dengan bersyukur dengan nikmat sarapan yang dihidangkan di hotel. Makan banyak okay.. Jangan komplen2. Semalam dah dapat pengajaran..Hari ini kami mengadakan lawatan penanda- arasan di dua buah sekolah bantuan kerajaan Turki. Bersama2 kami, ada rombongan dari Sekolah Al Amin, Malaysia. Sebenarnya..aku tak pasti sangat objektifnya program ni..maklumlah deme ni kumpulan pengurusan..aku cuma..pegawai yang menurut perintah..he.he.. Apa2 pun..rombongan kami disambut mesra oleh tenaga pengajar di sana. Setelah melawat makmal2 sains, kami diberi taklimat oleh kepala sekolah.. Hah.. kepala sekolah?? Maksudnya..pengetua ya.. hi.hi..

Sekolah Sains Bilingual
Sempat berposing dengan Jeri, Satria dan Ilham
Kepala sekolah
Menurut bapak kepala sekolah..err..aku lupa namanya.. semua perbelanjaan sekolah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Turki. Malah tenaga pengajarnya juga ada yang berbangsa Turki untuk mengajar bahasa dan budaya Turki yang merupakan matapelajaran wajib selain subjek Sains. Pelajar2nya disediakan asrama yang lengkap dan fasiliti yang cukup. Dan..banyaklah lagi info yang diterangkan dalam dewan yg gelap itu.. tapi aku lihat..ramai yang terkuap2..dan akhirnya tewas dek fasiliti aircondnya yang nyaman dan sejuk itu adanya..tambah2 lagi aku yang tak cukup tidur semalam...zzz..zzz...teruknya..

Pengarah Sekolah al Amin Malaysia
Tn Haji Muhammad Kamaruddin , pengetua BASIS
Tetiba..kami terpaksa undur diri kerana jadual lawatan ke pesantren tahfiz. Setelah menyampaikan ucapan dan cenderahati, kami bertolak ke sekolah yang dijadualkan. Yang ini masih ditaja oleh Turki tetapi silibus lebih kepada hafaz al Quran. Dari luar, pesantren ini kelihatan biasa2 saja..tetapi apabila masuk ke dalam...wow.. canggih jugak.. Kami bertemu dengan kepala sekolah, berbangsa Turki baru berumur 27 tahun. Mudanya... menurut beliau, Yayasan Sulaeimaniyah Turki telah banyak menubuhkan maahad tahfiz di seluruh dunia dan semuanya di bawah pembiayaan yayasan tersebut. Subhanallah..antara kelebihan insan yang menghafaz al quran.. diberi kepada mereka rezeqi yang tidak putus-putus..





Banyak mutiara indah yang dapat dikutip sepanjang lawatan. Antaranya, tips menghafaz al quran. Rutin santri di sini, setelah urusan diri di pagi hari, berzikir sucikan hati. Zikirnya, istigfar, selawat dan syahadah 100 kali selepas solat subuh. Selepas itu barulah mulakan kelas hafazan. Mereka hanya diberi makanan yang baik2, disediakan sendiri oleh hafiz. Contohnya, ayam, lembu dan kambing disembelih sendiri dan dimasak sendiri. Tiada handphone dan tv.. wifi jauh sekali..kenapa pak?? Supaya tidak dilekakan dengan hiburan dan dunia..boleh menggelapkan hati dan sukar mengingati ayat2 suci..  Tetiba aku rasa macam... macam..tak ada hidung..malu giler dengan dia orang..sucinya kehidupan mereka..Tapi kan..benda2 ni tak salah asalkan digunakan dengan cara yang betul..( bisik hati yang kotor..hu.hu..)



Kata seorang tenaga pengajarnya, Ustaz Ilham, kaedah hafazannya begini ya.. sebelum mula menghafaz seluruh al quran, santri wajib hafaz juzu ammah. Kemudian dimulakan dengan halaman 20 daripada juzu 1. Seterusnya halaman 20 daripada juzu 2. Begitulah seterusnya hingga juzu 30. Selepas habis semua halaman 20, beralih pula ke halaman 19 juzu 1...juzu 2..juzu 3 ..dan seterusnya hinggalah habis kesemuanya... Katanya lagi, pelajar2 di sini boleh menghabiskan 30 juzu al quran hanya lebih kurang 4-5 bulan sahaja dengan menggunakan kaedah itu..wow..menarik kan, Lepas ni..boleh cuba ya..insyaallah..




Alhamdulillah..selesai sudah.. Kami menjamu selera di sebuah restoren di belakang airport. Menu ayam tangkap. Best kat sini sbb ayamnya fresh dan besar. Puas hati..syukur. Itulah..kalau kita redha dan bersyukur, Allah akan tambah rezeki.. amin ya rabbal alamin.. 

Namanya..ayam tangkap
Tibalah aktiviti yang dinanti-nantikan..bershopping.. yeay.. Kami balik ke hotel dahulu untuk menyalin pakaian dan keluar semula ke pasar Acheh. Apa ada di sana...?Ada 5 tingkat..banyak menjual pakaian, beg dan kasut. Apa lagi..habiskan rupiah..Disebabkan masa yang diberikan hanya lebih kurang dua jam, aku tak dapat melayan sangat. Belilah jugak baju anak-anak seorang sepasang..Yang benarnya aku memang tak reti bershopping dalam keadaan terburu-buru.. tak enjoy orang kata. Percaya atau tidak.. aku hanya habiskan lebih kurang RM400 saja untuk shopping kali ini...




Malam itu, kami harus menyiapkan bagasi kerana akan bertolak jam 9 pagi ke airport pada esok hari. Yang pasti aku tidur dengan lena tanpa gangguan.. Tak kisahlah shopping dua jam tu.. pandailah aku nak habiskan rupiah nanti..Trip kali ini banyak memberi keinsafan kepada aku. Segala apa yang kita miliki sekarang dan yang akan datang..hanyalah kepunyaan Allah. Bila2 masa kita akan dikembalikan kepada-Nya dengan apa cara sekalipun. Mohon dikurniakan Allah kesudahan yang baik untuk kita semua..  Amiinn..




No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...