Nepal
24 Mac 2014
SUNRISING AT SARANGKOT HIMALAYA
Seawal jam 4.00 kami sudah bangun. Subuh-subuh shapie orang kata dah siap solat. Kekecohan berlaku apabila kami terlupa menukarkan waktu di jam handphone. Alarm pun berbunyilah ikut waktu Malaysia.. ha.ha.. sudahnya kami solat subuh dua kali.. aduuii..tak pe..pagi2 dah banyak amal ibadah.. Aku dan Kak Nora bergegas turun mencari van. Rupanya deme dah kelat2 manis menunggu kemunculan kami.. takut tak dapat nak menyaksikan sunrising katanya.. Sebenarnya aku takde lah beriya sangat nak tengok sunrising tu.. ate..tiap2 hari kita menengoknya..Mungkin di sini.. cantiknya sang mentari berbeza.. atas bukit.. dalam kedinginan pagi.. dan secantik gadis-gadis nepal.. Aku dah mula berangan..
|
View dari puncak bukit Sarangkot Himalaya.. |
Van mendaki jalan yang berpusing-pusing menuju puncak bukit Sarangkot Himalaya. Sudah terasa kedinginannya..sejuk hingga ke tulang hitam.. Sampai di puncak, rupanya terdapat ramai pelancong sedang menunggu2 kehadiran sang mentari pagi. Ada yang bersila membuat yoga..ada yang berdoa..ada yang bersembang2 dan merakam keindahan alam.. Cuaca agak mendung.. Macam tidak merestui kunjungan kami..cewah.. Pada aku..budaya melihat sun rising ni..banyak diamalkan oleh penganut Hindu dan Buddha.. Kalau kita umat Islam..bangun awal pagi bersolat tahajud dan sujud syukur serta memuji kebesaran Allah.. Salah ke tengok sunrising ni?? Eh..tak salah.. ucaplah Subhanallah...Yang salahnya..bangun pagi2 semata2 nak tengok sun rising hingga meninggalkan solat subuh... Apa yang aku merepek ni pun tak tau..
|
Dah cerah sikit..tapi masih berkabus |
|
Foto sikit..belakang tu Kak Mas |
|
Mentari masih sembunyi di sebalik awan.. |
Okay..setengah jam menunggu..macam tak de apa pun. Aku dengan Kak Nora mula melilau mencari kedai kopi.. maleh lah menunggu si dia yang tak sudi menampakkkan wajah.. Kita minum dulu! Kami minum teh tarik di sebuah kedai kopi sambil menikmati keindahan pagi. Lembah kehijauan mula kelihatan. Perlahan-lahan selimut malam ditarik lembut menyerlahkan bumi pokhara nan hijau kekuningan..Hilanglah gelap..kini sudah terang.. eceh2.. Tapi..yang harunya..matahari tetap berselindung di sebalik awan yang tebal.. Keciwaaa...
|
Cantik..dan tenang.. |
|
Bandar Pokhara di lembah bukit.. |
|
Kita minum teh tarik dulu.. |
Matahari pun semakin mencanak namun kesejukan pagi masih terasa. Aku dan kak nora terus menikmati kopi panas. Kami menuruni puncak bukit dan di kaki bukit itu terdapat banyak gerai menjual cenderamata. Kami singgah sebentar menjamu mata. Kebanyakan barang yang dijual ialah seperti perhiasan wanita, gelang tangan, selimut tenunan, pakaian dan lain2. Suatu benda yang agak pelik ialah batu fosil. Katanya digunakan semasa upacara sembahyang agama Buddha / Hindu. Entah le..
|
Batu fossil.. eh..betul ke.. |
|
Selimut tenun, shawl, topi dan pakaian.. |
|
Siapa berminat..boleh beli.. |
Sebenarnya aktiviti melihat matahari terbit di Puncak Sarangkot Himalaya ini merupakan acara yang sangat popular dalam kalangan pelancong asing. Katanya kalau cuaca baik dan terang..tempat ini sangat cantik sehingga dapat melihat pergunungan Himalaya yang gah itu.. Jadi..kalau sesiapa yang berkunjung ke sini, bolehlah masukkan dalam itinery ya..
Selain itu, di sini juga terdapat aktiviti Paragliding, Bungy Jumping dan Ultra Light Flight. Aku..tak seberani itu nak mencuba okay.. Tapi ada kawan2 yang buat aktiviti tu. Di sini aku kongsikan foto2 awesome dia orang.. Memang best..
|
Ada instructor yang akan teman |
|
Cantik giler |
|
View dari puncak Sarangkot |
|
Ultra light flight |
|
Sesuai untuk anak remaja |
Sesiapa yang sukakan aktiviti lasak macam tu..memang sesuailah datang ke sini. Bukan nak promote..cuma..iklan saja. Pemandangannya memang cantik. Korang kena saksikan dan alami sendiri..Walaupun Nepal ni negara miskin, namun daya tarikan utama pelancong ialah Everest dan Banjaran Himalaya yang tersergam indah.. meh le datang sini..!
No comments:
Post a Comment