Friday 28 November 2014

Hanoi 2

Hanoi (2)
November 2014

Jalan-jalan di Tasik Hoan Kiem

Kami sampai di hotel Hanoi Royal Palace lebih kurang jam 1.00 tengahari. Stafnya juga agak baik kerana membenarkan kami cek-in awal. Aku menempah sebuah bilik Superior dan sebuah bilik Family melalui Booking.com. Untuk hotel tiga bintang, aku rasa harganya sangat berpatutan. Belum tahu servisnya lagi. Bilik famili sangat luas dan selesa berbanding bilik aku. Cadar putih ditaburi rose merah..cantik..

Bilik anak-anak
Bilik aku
Kelopak mawar merah..
Usai solat dan mandi-manda, kami bercadang bersiar-siar di Tasik Hoan Kiem yang lokasinya 1 km dari hotel ini. Berpandukan peta yang diberi oleh staf hotel, kami mula mencari lokasi. Jalan punya jalan..sampailah tasik.. Luas juga tasik ni. Cantik dan tenang. Ramai orang bereakrasi. Pelancong dan penduduk tempatan memenuhi bangku-bangku di tepi tasik.. Mereka berehat-rehat dan bersantai..

Tenang..
Pokok-pokok besar di tepi tasik..
Airnya hijau..
Posing..
Di tengah-tengah tasik terdapat jambatan merah yang menuju ke sebuah kuil. Namanya Huc Bridge. Ramai orang berfoto atas jambatan tu. Pasangan pengantin pun ada. Kami pun sibuk nak naik. Cuma nak gambar saja.. Orang kata kalau ke Hanoi, wajib gambar kat sini. Layan je la..

Nampak tak jambatan merah tu..
Abi dan Bina
Pintu masuk ke jambatan
Huc Bridge
Kami tidak pergi ke Ngoc Sun Temple yang terletak di seberang jambatan sebab suami kata tak ada keperluan.. Aku pun setuju. Masa kami habiskan dengan berehat-rehat dan melihat keindahan petang di taman bunga. Bunga-bungaan yang berwarna-warni dan kehijauan pohon-pohon bertambah indah dengan cahaya mentari petang yang dibias riak-riak tenang Tasik Hoan Kiem..Subhanallah.. Aku dapati tasik ini dijaga rapi dan sangat bersih.. Jom layan fotos..

Pokok buluh
Pokok renek berdaun merah
Ngoc Sun Temple.. dan gadis hanoi
Cantik..
Bunga-bungaan
Tugu 
Jalan-jalan lagi..
Pohon melambai..
Okaylah. Penat jugak keliling tasik ni. Perut pun dah lapar. Cadangnya nak cari restoren Nisa, antara restoren yang menghidangkan makanan halal di kota Hanoi. Agak jauh berjalan berpandukan peta tapi tak jumpa. Tanya polis tempatan, dia tak faham bahasa Inggeris pulak. Ayoyo.. Akhirnya kami disapa oleh dua orang Pak Arab. Mereka pun menunjukkan kami ke sebuah restoren India, halal food. Tandoor Indian Cuisine di Jalan Hang Be. Alhamdulillah... selesai bab makan.

Fish Masalla , Shrimp Curry, Mixes Vegies
Kalau naik teksi.. tunjuk saja foto ni.. dia orang faham
Nak cerita sikit restoren ni. Kalau order nasi, jangan seorang sepinggan macam kat Malaysia. Sebab nasi di sini seperiuk kecil tu boleh makan 2-3 orang. Sama lah dengan lauknya.. Jangan jadi macam kami, order lima nasi,,lima periuk datang. Hah! amek kau.. jenuh bawak balik..hu.hu...Harganya memang mahal banding dengan Malaysia. Tiga kali ganda beb.. kopakk..Apa-apa pun, makanannya sedap. Alhamdulillah..

Balik hotel, sekali lagi kami makan buah langsat sampai kenyang. Jam 5 petang dah gelap macam kul 8 malam. Disebabkan hari tu Ahad, ada night market di sepanjang jalan ke hotel kami. Di lorong-lorong kecil, penuh sesak dengan warga Hanoi yang menjamu selera. Beer dan babi panggang menjadi hidangan. Kami dah nak meloya dengan bau-bauan yang mengembangkan tekak. Tak lalu nak bershopping. Akhirnya sampai juga di hotel.. tidur awal, esok nak ke Halong Bay..

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...