Hanoi (4)
November 2014
Tam Coc Garden
Kecoh pagi-pagi jumpa pijat gemuk atas tilam.. Eeii..geli dan geram.. Habis merah-merah badan. Ok..siapa nak sewa hotel ni, pastikan bukan bilik 402 ya.. Hari ini kami akan ke Tam Coc Garden. Macam semalam, kami dijemput van Papaya Cruise bersama-sama penumpang lain. Kali ini diketuai pemandu pelancong bernama Trung. Dia ni kurang fasih berbahasa Inggeris dan semacam jer aku tengok.. Aku cuba bersangka baik..
Kami bersarapan maggi, roti dan nasi semalam. Kenyang. Alhamdulillah. Kali ini kami dibekalkan dengan pek makanan halal untuk lunch nanti. No worry.. Perjalanan ke Tam Coc pun memakan masa yang agak lama. Seperti biasa, van akan berhenti di Pusat Jualan Kraftangan Tempatan untuk berehat. Kami hanya pergi ke tandas dan menjamu mata sahaja..
Dalam van, Trung menceritakan sejarah Tam Coc. Tempat ini dikatakan Inland Ha Long. Maksudnya ada bukit-bukit batu kapur sama seperti di Ha Long. Dalam 2 jam kami pun sampai di kuil tu. Apa yang ada di sana? Jom layan fotos.
|
Pintu gerbang |
|
Jauh juga nak jalan |
|
Taman di hadapan kuil |
|
Pokok-pokok tua yang rendang |
|
Tugu apa.. |
|
Dah sampai kuil |
|
Memang usang sangat |
|
Ni la nama kuil tu.. |
|
Cantik jugak kerbau tu.. |
|
Ada dataran luas |
|
Kuil kedua..tak masuk pun..macam seram jek |
|
Agaknya tempat berhimpun rakyat jelata |
|
Gelak-gelak |
|
Lompat..eh.. |
|
1..2..3.. Lompat! |
Selepas lunch, kami ke Tam Coc Wharf. Di sini kami akan bersampan sejauh 7 km melihat warisan alam di sepanjang sungai yang dibarisi bukit-bukit batu kapur. Di sungai ini juga para penduduk tempatan menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam padi, menangkap ikan, menternak ayam itik dan sebagainya. Jom tengok..
|
Beratur menaiki sampan |
|
Padi baru dituai |
|
Jeti |
|
Mula berdayung.. |
|
Sebuah sampan..muat 2-3 orang |
|
Cuaca pun elok saja |
Mula-mula tu gayat juga nak naik sampan ni sebab tak disediakan jaket keselamatan. Orang lain semua naik bertiga termasuk pengemudi kecuali sampan aku..berempat. Sampan aku ada dua pengemudi..sorang uncle dan sorang lagi auntie.. Aku pun hairan..pasai pa.. Gamaknya deme ni tengok aku macam tak confident nak naik sampan kot.. he.he..
|
Bukit-bukit batu kapur |
|
Foto sikit |
|
Sampan kami bergerak laju |
|
Auntie Lan.. |
|
Orang ni sibuk nak ambil foto kami |
|
Payung disediakan |
Dayung..dayung lagi..Sampan meluncur laju. Memotong sampan-sampan lain. Apa kena pakcik makcik nih..mentang2 le kayuh berdua..Aku nak amek gambo pun tak sempat.. View memang sama dengan Ha Long. Kami melalui bukit-bukit batu kapur dan melihat aktiviti pertanian. Aku cuba bersembang dengan auntie Lan, katanya padi baru dituai.. owhh..patutlah tak nampak kehijauan...
|
Langit cerah.. |
|
Nampak sikit2 pokok padi |
|
Kalau musim padi menguning..mesti cantik |
|
Ada pagoda..kat tepi sungai |
|
Cantik.. |
|
Subhanallah.. |
|
Jernih sehingga terlihat bayangan bukit di air.. |
Kami meneruskan perjalanan. Melalui gua-gua yang gelap dan menakutkan. Melintasi bawah jambatan dan pohon-pohon rendang. Sambil-sambil tu cuba bersembang dengan Uncle Kem dan Auntie Lan. Rupanya dalam bahasa Hanoi, gunung tu 'nung'.. sungai tu..'sung'. Macam short cut bunyi suku kata bahasa kita.. menarik ya! Meh layan fotos lagi..
|
Kita masuk gua itu.. |
|
Seram tau |
|
Dan gelap.. |
|
Masuk gua..keluar gua.. |
Akhirnya kami sampai ke penghujung sungai. Kesian melihat uncle dan auntie yang termengah-mengah. Bagi depa rehat sat.. Auntie Lan menunjukkan aku tangannya yang pecah-pecah. Lorr..kesiannya. Dah tua-tua begini masih membuat kerja berat demi menyara kehidupan. Tips..tips.. kata Uncle Kem sambil menunjukkan sebuah sampan yang penuh dengan barang jualan. Buah-buahan dan air tin. Kesian punya pasal..aku belikan depa air sorang setin..dan buah-buah sikit untuk bekalan kami nanti....sedeqah.. Allah pun ada sifat Arrahman..pemurah..siapalah kita ni..hu.hu..
|
Peniaga bersampan |
|
Lalu gua lagi.. |
|
Cantik.. |
|
Subhanallah.. |
|
Air agak cetek.. |
|
Cahaya petang.. |
Lama juga rasanya aktiviti ini. Dah boring2..aku cuba ajak auntie Lan dan uncle Kem bersembang lagi.. Kelakar jugak dia orang ni. Kami macam cakap itik dengan ayam. Tapi..lama2..macam faham apa yang mereka cuba sampaikan. Bahasa isyarat pun boleh lah..
|
Me and Auntie Lan |
|
Kelakar dia orang sebut 'Terima kasih'..ha.ha.. |
|
Cuba teka..batu tu rupa apa.. |
|
Macam keranda kan..ee..scarry.. |
|
Tam Coc yang indah.. |
|
Tenang.. |
|
Jom pulang.. |
|
Jernih kan. |
|
Anak itik tok wi.. |
|
Dah sampai jeti.. |
|
Selamat tinggal Tam Coc... |
Kami bergerak pulang ke hotel. Perjalanan sangat menyiksakan. Van tak berapa nak selesa, tayar dan absober keraih. Memantul2 kami yang duduk di belakang. Jalannya pun dahsyat..berkerikil dan berbatu. Aduii..sakit segala badan dok 2-3 jam dalam van. Akhirnya kami tiba di hotel dengan selamatnya. Mandi dan solat, keluar semula untuk dinner di Tandoor Indian Cuisine...
|
Bangunan depan tasik |
|
Naik beca |
|
Gambar kenangan.. |
|
Bye-bye..Hanoi.. |
|
Suasana malam.. |
|
Bye.. |
Disebabkan malam ini malam terakhir kami di Hanoi, kami pun ronda-ronda kota raya Hanoi dengan beca menikmati suasana malam. Sebuah beca tu upahnya 50 ribu dong = RM 7.50. Okay lah..kesian jugak..kami dahlah macam king kong semuanya..aduii..nasiblah. Aku lihat kotaraya Hanoi ni memang hidup pada waktu malam. Sana sini penuh dengan manusia. Local dan pelancong. Melalui bangunan2 sejarah, hotel2 mewah dan sekitar tasik. Akhirnya ke hotel kami...
Esok kami akan pulang ke tanah air yang dicintai.. Pada aku..trip kali ini sangat memenatkan tetapi puas hati kerana dapat pengalaman hidup sebentar di negara yang hampir 98 peratus masyarakatnya bukan muslim. Terasa sangat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia dan berbangsa Melayu. Tetiba bangga sangat dengan negara kita wehh.. keranamu Malaysia...
Beberapa tips yang boleh dikongsi bersama. Kalau nak ke Halong Bay atau Tam Coc, ambil pakej di sini jauh lebih murah daripada online. Jangan bimbang, merata-rata terdapat booth/kedai pelancongan yang menjual pakej tu. Fasal makanan halal pula, boleh beli siap-siap kat restoren halal di sini. Boleh order siap2 dan dia hantar ke hotel. Bawa makanan tu pergi Ha Long sebab di sana, makanan yang dimasak dalam bot memang bercampur dengan masakan yang ada 'pork'. Memang tak lalu.
Bawa kelengkapan solat, sejadah plastik dan kompas sebab kat sana susah nak cari masjid. Kalau ikut pakej lagi susah sebab kena ikut itinery depa. Nasib baik kami sempat curi2 solat di atas bot dan restoren hari tu. Aku lihat, orang2 Hanoi ni tak berapa nak 'mesra muslim'. Depa pandang semacam jer kat orang tutup aurat.
Pasal shopping pula, aku dapati kebanyakan barang lebih mahal daripada Ho Chi Minh. Benda yang sama tetapi harga lebih tiga kali ganda. Penggunaan matawang USD sangat meluas kat sini terutama kawasan pelancongan. So..semua kena kali tiga la.. Kesimpulan yang aku dapat, Hanoi bukan destinasi yang bagus untuk shopping. Baik ke Ho Chi Minh kalau nak shopping..
Okaylah..kalau ditanya..sama ada aku nak pergi lagi ke sini..Hmm..aku rasa 'tak kut'... melainkan aku pergi untuk buka restoren halal ke..berdakwah ker..jual nasi lemak ker..atau ..buat bisness pakej halal...he.he...angan-angan mak jenin tau.. Apa-apa pun..Hanoi..checked! Next destination please...
No comments:
Post a Comment