Wednesday 3 December 2014

Nepal (6)

Nepal (6)
Mac 2014


Selamat Tinggal Pokhara...



Sudah tiba masanya kami meninggalkan bumi Pokhara. Dua malam kami di sini membawa seribu pengalaman yang penuh adventure. Mungkin cuaca tidak begitu mesra namun aku agak berpuas hati. Kalau dapat berjalan-jalan menjelajah pekan Pokhara ini dengan lebih lama agaknya lagi best. Dalam perjalanan, sempat singgah sebentar di perkampungan penduduk. Saja-saja nak foto puncak Annapurna..

Puncak Annapurna
Banjaran Himalaya putih diliputi salji
Ba ba black sheep..
Cuci baju dengan air sungai putih..
Nampak tak puncak Annapurna nun..
Sawah padi.. dan sungai yang airnya berwarna putih..
Me 
Kami meneruskan perjalanan yang sangat lama... Sambil-sambil berangan dan snap gambar dari dalam bas, meh aku kongsikan beberapa tips kalau sesiapa yang nak melancong ke sini. Pertama, kalau dari Kathmandhu mahu ke Pokhara, lebih baik naik flight tempatan daripada naik bas kerana pembaziran masa selama 7-8 jam ditambah jalan rayanya yang sempit, bahaya dan jem..sangat tidak berbaloi bagi seorang traveller yang vogue..kann..( tetiba handbag tergolek kat sebelah..he.he..). Kedua, kalau nak view cantik di Tasik Phewa dan Puncak Pagoda, lebih bagus kalau aktiviti tersebut dijalankan pada waktu pagi hingga tengahari. Sebab selalunya petang hujan. Boleh tengok forecast weather sebelum buat aktiviti.. Layan foto sat..

Bye-bye Pokhara..
Sungai dan sawah padi
Sawah nan kehijauan
Penanaman padi berteres
Padi baru ditanam
Sungai yang mengalir deras
Indah
Rumah petani..diletaknya batu atas bumbung..
Sawah lagi..
Pokok pisang pun ada..
Okay..ketiga, silalah bawa makanan seperti sambal bilis ke, maggi ke, roti sardin atau serunding ke mana-mana sebab makanan di sini kureng sikit kesedapannya.. kekadang sampai tahap tak lalu pun ada..dan susah nak cari makanan halal... Almaklumlah..aku dan makanan..berpisah tiada..he.he.. Masjid dan surau apatah lagi..jadi bawalah kompas dan sejadah untuk bersolat.. Sat..view cantik ni..

Cantik
Tanah baru dibajak..
Rumah kedai di sana..
Kalau musim padi masak..mesti lagi cantik..
Antara batas tu ditanam bunga purple dan pink
Subhanallah..
Kekadang..confius jugak..depa ni tanam bunga ke..padi ?
Lawa kan..?
Ni lagi..
Yang ni ..baru tanam..
Petak sawahnya bentuk suka hati..
Disirami cahaya mentari pagi..
Di sini banyak sawah padi. Kata Yam, beras baryani pertama ditanam di Nepal..dan selepas itu dikomersialkan di seluruh dunia. Owhh..patutlah asyik nampak sawah saja.. Tetapi yang aku confius, kenapa hidangan mereka banyak jenis roti. Jarang nampak nasi..Wallahu alam..  Oklah..sambung tips yang keempat. Ni bagi mokcik2 vogue.. Spa dan urut di Pokhara ni ..best tau. Rugi kalau tak cuba.. hu.hu.. Sekarang macam ngantuk dah..layan tido dulu ya..

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...