Thursday 4 December 2014

Nepal (7)

Nepal (7)
Mac 2014


Madrasa Islamiya Faizul Uloom


Hampir 2 jam perjalanan, kami berhenti di suatu tempat rehat untuk membasahkan tekak yang kering. Green Park Highway Restaurant. Lenguh badan sungguh bila duduk lama2 dalam bas nih.. tengkuk pun sakit. Kena bawa bantal tengkuk kalau nak travel jauh dan lama .. baru selesa.. Tempat ni macam R&R kat highway kita.. tapi ada satu je restoren. Sesuai dengan namanya Green Park..memang banyak tumbuhan hijau di sekitarnya..

Bunga purple..
Hijau..
Ada gazebo kecil..tempat lepak
Pokok pine
Siapa entah makcik ni..
Tuu gazebo..tempat kami minum2..
Macam cekodok bawang
Roti canai
Kami meneruskan perjalanan. Menurut plan, kami akan singgah sebentar di sebuah perkampungan Islam untuk menunaikan solat di sana. Lebih kurang 2 jam, kami pun sampai di tempat yang dituju. Terkezutt...kerana terpaksa menyeberangi sungai melalui jambatan gantung... woo..ada beran?? Tapi..tak kisahlah..janji tak terperuk dalam bas.. jom!

Ya...tu dia..kak Tun sudah bersedia..
Panjang tau jambatan ni..
Ni sungai yang kami rentasi..
Kami berada di tengah jambatan..
Makcik terpaksa selfie..
Dah sampai seberang.. dapatlah melihat perkampungan di sana. Kami kena mendaki kerana masjid terletak di puncak bukit. Waduhh..makcik pulak pakai kain kembang.. sebab seluar semua dah basah kena hujan semalam.. hu.hu.. nasiblah.. Penduduk di kampung ni agak dhaif.. rumah mereka comel-comel. Mandi di sungai dan paip besar tengah2 kampung..

Wanita Nepal dan Bayi..
Oppss.. baru balik sungai kak..
Bekalan air bersih..
Dinding rumah daripada tanah dan batu
Milik siapakah ..gadis ini...
Adik-adik nak pergi sekolah..
Akhirnya kami tiba di masjid Faizul Uloom. Di sana juga ada madrasah tahfiz pelajar lelaki. Kami disambut oleh Pengetua madrasah dengan mesra. Beliau tahu sikit-sikit berbahasa Inggeris. Jadi senanglah juga kami mendapat info tentang tempat ini. Alhamdulillah.. lega rasanya apabila bertemu sesama muslim di negara bukan Islam.. Benarlah maksud hadis..Mukmin itu bersaudara..

Mendengar ucapan..
Terharu..menerima sumbangan..
Sesi taaruf
Solat berjemaah..
Selesai solat, kami meninjau-ninjau sekeliling madrasah sambil beramah-mesra dengan pelajar-pelajar tahfiz di sana. Di sini persekitarannya sangat bersih. Tiada anjing. Tiada bau hancing. Jiwa tenang melihat wajah-wajah muslim walaupun berlainan bangsa dan warna kulit, tetap bercahaya.. Subhanallah..
Kenangan bersama Abdur Rahman..
Boleh makcik jadi cikgu BM kat sini..?
Inilah bilik tidur mereka
Kubah masjid
Bangunan sekolah masih dalam pembinaan
View dari puncak
Sebelah kanan tu..ruang solat
Ni sungai yang kita lalu tadi..
Jom..teruskan perjalanan kita..
Rasa bersyukur yang amat sangat dipertemukan dengan Madrasa Islamiya Faizul Uloom walaupun tiada dalam itinerari. Hilang penat dan letih berjam2 di dalam bas. Rupanya ada hikmah yang tersembunyi.. Didoakan madrasah tersebut akan terus diberkati Allah dan menjadi medan perkembangan dakwah Islam di bumi Nepal..amin.

Destinasi masih jauh..

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...