Monday 11 January 2016

Lombok 6

Lombok 6
Disember 2015

Masjid Bayan


Kalau Bali dikenali dengan pulau seribu kuil, Lombok pula dikenali dengan nama pulau seribu masjid. Sepanjang perjalanan yang kami lalui, memang banyak terdapat masjid. Cantik-cantik pula binaannya. Destinasi seterusnya ialah Masjid Bayan iaitu masjid tertua di pulau ini. Masjid ini merupakan kesan peninggalan pemerintahan Islam Kerajaan Damak yang meluaskan empayarnya ke pulau Lombok dan hampir menguasai Bali. Namun..pengaruh Hindu yang sangat kuat sehingga penganutnya sedia bunuh diri andai Islam bertapak di Bali, menyebabkan kerajaan Damak tidak meneruskan pengaruh Islamnya.. Sebab itulah Bali kekal memiliki hampir 90% penduduknya beragama Hindu.. begitulah cerita Pak Wawan... Ooooo...masing-masing melopong..





Tempatnya dikelilingi sawah padi. Katanya padi yang ditanam di sekitar masjid itu ialah jenis padi merah. Seorang penduduk menemani kami sambil bercerita tentang masjid tua ini. Sempat juga berfoto di hadapan sawah..




Menaiki tangga menuju ke masjid. Katanya masjid ini sudah terlalu usang dan tidak boleh digunakan lagi. Struktur dan seni binanya yang diperbuat daripada daun-daun dan kayu sangat unik dan menarik. Masjid ini dipelihara untuk kajian dan pelancongan sahaja kerana nilai sejarahnya. Itupun hasil inisiatif oleh penduduk sekitar. Tiada dana khusus daripada kerajaan.. Huh..macam sama je kes kat Malaysia,,huhu..








Masjid tua ini dikunci.Tidak dibenarkan sesiapa masuk kerana keadaannya sangat uzur. Takut roboh kot.. Jadi..kami hanya boleh mengintai-intai dari celah-celah lubang. Aku sempat juga tengok dalamnya, ada gong dan dewan solat. Lantai tanah dan kisi-kisi bumbungnya macam ada ukiran penyu.





Semasa berjalan-jalan sekitar masjid, kami didatangi kanak-kanak dan beberapa wanita yang mendukung anak. Bersembang-sembang dengan mereka sambil menghulurkan sedikit sedeqah. Budak-budak tu macam suka je..sambil malu-malu kucing. Kami meninjau-ninjau kawasan sekeliling. Ada dua tiga lagi binaan seperti itu. Entah apa pula fungsinya..aku pun tak tau. 






Rupanya di belakang masjid ni ada tanah perkuburan. Kami meneruskan lawatan sambil berfoto. Memang kawasan ini dijaga dengan baik, bersih dan landskap pun indah. Sesiapa yang ingin ke sini sangat digalakkan. Tandas juga disediakan..






Ok..dah puas meronda. Alhamdulillah..dapat juga hajat nak ziarah Masjid Kuno Bayan Beleq ni. Kami meneruskan itineri.  Sepatutnya kami singgah ke Agro Wisata. Di sana kalau musim strawberri pengunjung boleh memetiknya sambil menikmati keindahan ladang sayur dan buah-buahan di kaki gunung. Tetapi..ini bukan musimnya... hanya ada daun bawang saja..huhu..

Perjalanan diteruskan.. sebelum ke kota kami minta Pak Wawan berhenti di puncak Malimbu berdekatan dengan pantai Senggigi.. Apa ada di sana ya.. next entry..jom!

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...