Friday, 7 November 2014

Acheh 2

Acheh
21 - 24 Oktober 2014

Hari Kedua

Masjid Baiturrahman
Seawal 7 pagi kami sudah bersarapan di hotel. Hari ini kami akan menghabiskan lawatan ke lokasi tumpuan pelancong. Kami memulakan jaulah dengan Masjid Baiturrahman, antara masjid yang terselamat daripada gelombang Tsunami. Masjid ini berseri-seri dilimpahi cahaya mentari pagi.. Lokasinya tidak jauh dari hotel kami. Suatu lagi kehebatan kuasa Allah..subhanallah..

Monumen di pintu gerbang Masjid Raya Baiturrahman


Next..kami ke Makam Sultan Iskandar Muda yang dikatakan sultan yang hebat sehingga Acheh pernah menjadi pusat perdagangan dunia dan menjadikan Acheh kerajaan Islam kelima terbesar di dunia. Wahh..dasyatnya..Dikatakan pernah membunuh puteranya sendiri kerana putera baginda itu membuat perkara yang memalukan. Begitulah keadilan baginda..Ada lagi ke insan begini zaman sekarang..wallahu alam..




Sultan Iskandar Muda juga pernah berkahwin dengan anak sultan Pahang. Disebabkan isterinya itu sering teringat2 akan negeri kelahirannya yang bergunung-ganang.. maka sultan telah mendirikan replika yang diberi nama Gunongan di taman istana..agar dapat mengubati kerinduan terhadap tanah airnya...Haa..romantik taw.. suami kau hado??

Gunongan
Taman Sari Gunongan
Berdekatan dengan makam itu, ada Rumoh Acheh.. Pertama kali melihat ejaan 'rumoh'.. nak tergelak pun ada. Macam telor Kelantan.. Reka bentuknya lebih kurang sama dengan rumah Cut Nyak Dhien yang kami lawati semalam.


Loceng yang dihadiahkan oleh Kerajaan Cina
Terus ke destinasi..Kapal Apung. Agak mengejutkan. Sebuah kapal janakuasa elektrik yang beratnya beratus tan, dihanyutkan gelombang Tsunami hingga tersadai di tengah perkampungan. Masya-Allah.. Menurut pemandu pelancong, terdapat banyak mayat yang terkubur di bawah kapal itu..tidak dapat dikeluarkan dek beratnya kapal tersebut. Kita boleh naik kapal itu hingga ke bahagian dek atas. Ada teropong tetapi kena bayar..RM 1. Gayat juga lah dibuatnya..tapi ada orang feeling2 Titanic pulak kat sana.. apa cer..he,he..




Singgah minum air kelapa muda di pinggir jalan menghilangkan dahaga. Segar lagi menyegarkan.. Tiga jenis menu, air kelapa biasa, air kelapa dengan sirap dan air kelapa dengan sirap dan jeruk. Semua enak. Sila cuba ya..

Lawatan diteruskan lagi.. ke Muzeum Tsunami. Seorang gadis bertugas menjadi pemandu pelancong kami di muzeum itu. Ketika kaki melangkah masuk ke Lorong Tsunami yang gelap dan berair.. kedengaran bacaan al Quran yang sayu menyayat hati..Kami dibawa ke suatu ruang gelap yang hanya diterangi lampu suram. Di ruang itu terdapat beribu-ribu nama mangsa yang terkorban dalam bencana Tsunami. Apabila mendongak ke atas.. nun jauh di dasar bumbung terdapat nama Allah.. begitu simbolik. Menyedarkan kepada kita bahawa segalanya hanya milik Allah.. daripada-Nya kita datang.. kepada-Nya jua kita akan dikembalikan..insaf.

Muzium Tsunami


Nama-nama korban 
Di bumbung ..
Kami menyeberangi sebuah jambatan di atas kolam yang dipenuhi ikan kaloi. Cantik.. Di atasnya pula bergantungan plag bendera nama-nama negara yang menghulurkan bantuan..termasuklah Malaysia..bangga sekejap. Sekurang-kurangnya negara aku ni keluarkan juga zakat daripada kekayaan yang dikurniakan..alhamdulillah..

Nampak tak bendera Malaysia tuu...
Seterusnya ke bilik pameran. Melihat foto-foto ngeri yang dipaparkan..menambah penghayatan kami terhadap bala kemurkaan Allah.. Allahu akbar. Ada juga replika mini..semasa kejadian itu digambarkan. Menurut pegawai penerangan itu, tapak Masjid Baiturrahman itu sebenarnya sebuah masjid berbentuk piramid yang didirikan pada zaman Sultan Iskandar Muda. Kemudian pernah dibakar oleh penjajah Belanda dan dibina semula untuk menambat hati penduduk Acheh. Kini rumah Allah itu tetap berdiri teguh di bawah lindungan arRahman..




Kami juga berkesempatan menonton video Tsunami selama 10 minit. Aku dapat melihat kakakku mengesat2 air mata..begitu juga beberapa rakan2 yang lain. Sedih dan meruntun hati.. anak kehilangan ibu..Ayah kehilangan anak.. Mereka kehilangan insan-insan yang tersayang..malah segala harta benda milik mereka.. tiada apa yang tinggal..Yang tinggal hanya sebuah keimanan teguh..bahawa segala yang dimiliki hanyalah milik Allah azzawajalla... Mereka bangsa yang diuji Allah.. semoga mereka tabah..

Keluar dari muzium.. hiruk-pikuk kenderaan meneutralkan perasaan. Perut pun dah berkeroncong. Kami menuju ke Rumah Makan Trienggadeng. Aku tersenyum lebar bila tertera ' Gulai Kambing' di pintu masuk. Namun..hampa juga.. Nasi padang lagi...hu.hu... 



Usai makan, kami solat zohor di Masjid Baiturrahman. Indah, sejuk dan bersih. Pembinaan masjid ini banyak mendapat bantuan daripada Kerajaan Turki.




Kami meneruskan perjalanan ke lokasi kesan Tsunami iaitu Boat Di Atas Rumah. Seorang gadis petugas penerangan memberitahu, ketika air naik dan menghanyutkan bot nelayan lalu tersangkut di atas bumbung rumah itu, penghuni rumah tersebut juga menaiki bot tersebut dan berlindung di dalamnya sehingga air surut. Dalam keadaan lapar dan dahaga beberapa hari tanpa makanan, tiba-tiba mereka didatangi setandan kelapa yang dihanyutkan air. Dapatlah mereka mengisi perut. Begitulah rahmat Allah..


Seramai 49 orang yang terselamat dalam bot ini..
Seorang makcik kampung Lampulo..
Walaupun Aceh ni agak Islamik, tapi..rokok tak boleh tinggal okay..
Untuk makan malam, kami hanya makan mee di Rumah Makan Mee Razali. Ada beberapa jenis menu, Mee Udang, Mee Cumi, dan Mee Ketam. Kami order semua. Rasanya boleh tahan. Tapi pada aku ..tak boleh lawan Mee Bandung Udang Galah Muar..terbaik..! Eh..mana nak cari mee bandung kat sini kan....nama pun bandung..sini acheh dong buk..! Waduh..

Selepas itu kami menziarahi Makam Syiah Kuala yang terletak berhampiran dengan pantai tetapi tidak rosak oleh ombak Tsunami. Kenapa namanya syiah..ada ke deme ni bermazhab syiah? Oh tidak.. cuma panggilannya syiah yang lebih bermaksud sheikh..Itulah janji Allah terhadap orang-orang soleh penghafaz al Quran.. Allah pelihara jasad mereka..jangankan ombak Tsunami yang ganas malah ulat dan semut pun tidak akan merosakkan jasad mereka..mereka tetap terpelihara hinggalah ke hari qiamat..subhanallah..

Hari hujan..dalam kejauhan kami memanjatkan doa ..
Patutlah banyak pesantren tahfiz dibangunkan di sini setelah bencana itu. Masing-masing ingin menghantar anak2 mereka untuk menjadi hafiz dan hafizah. Tak sabar rasanya untuk menunggu hari esok kerana kami akan menziarahi dua buah sekolah dan salah satunya pesantren tahfiz... sabar ya.. Malam itu sukar untuk aku melelapkan mata..bukan kerana tak sabar menanti mentari pagi..tetapi sebab bunyi keroncong dalam perut..maklumlah..makan mee saja petang semalam.. Haa..amek kau.. padan muka aku..banyaklah sangat mee bandunglah, gulai kambinglah..hu.hu.hu...  Nak gemok..tak nak kuruss... ;) hu.hu...




No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...