Thursday, 6 November 2014

Acheh 1

Acheh
21-24 Oktober 2014

Hari Pertama

Dengan pesawat Air Asia, kami berangkat ke Acheh. Tujuan utama aku ke sana, tak lain tak bukan untuk menyaksikan kesan bencana Tsunami yang melanda negara itu pada 2004. Kali ini aku menumpang kumpulan pengurusan BASIS, sekolah kakakku. Perjalanan ke sana lebih kurang 2 jam. Touch down di airport Banda Acheh pada waktu tengahari. Langsung dijemput oleh pemandu pelancong yang sudah ditempah khas, Haji Ariffin. Urusan imigrasi dan bagasi semuanya lancar dan cepat. Kami tidak perlu beratur panjang di kaunter. Pendek kata..semuanya tuntas dan cekap. Lima bintang.

Lapangan Terbang Banda Acheh
Dari airport kami dibawa menziarahi perkuburan Masal Siron, salah satu tempat semua jenazah mangsa Tsunami disemadikan. Suasana muram dan suram menyelubungi seluruh tempat itu. Pohon-pohon kemboja putih berbunga lebat sedikit-sebanyak menceriakan keadaan. Kami menyedeqahkan fatihah kepada mereka yang telah terkorban.


Perjalanan diteruskan dengan mengisi perut yang agak berkeroncong. Masakan Padang menjadi hidangan pertama kami. Ada menu " Ayam Tangkap" tetapi...ayamnya ciput sangat, dipotong kecil-kecil dalam timbunan daun kari dan daun pandan yang digoreng garing. Mulalah nak komen kan.. Nasib baik jus timun selasihnya sangat sedap dan menyegarkan..



Usai makan tengahari, kami ke Rumah Kediaman Cut Nyak Dhien. Beliau dikatakan seorang bangsawan wanita pejuang kebangsaan negara Acheh pada zaman penjajahan Belanda. Semangat patroitiknya yang tinggi dikagumi oleh seluruh rakyat Acheh. Reka bentuk tradisional rumah bersejarah itu masih dikekalkan dan dijaga rapi. Begitu juga deko klasik dalamannya.. Kamar tidurnya mewah dengan kain tenunan berwarna-warni serta ukiran kayu jati..

Rumah Kediaman Cut Nyak Dhien

Salasilah Keturunan Cut Nyak Dhien

Lapang dan luas memanjang

Kamar beradu Cut Nyak Dhien

Ruang tamu dipenuhi perabot jati

Kamar dayang-dayang..

Kamar pembantu rumah

Pameran senjata 

Waktu Asar sudah masuk. Kami menuju ke sebuah masjid bernama Rahmatullah Lampuuk. Masjid ini juga menjadi korban bencana Tsunami sehingga merosakkan replika bulan bintang di puncak kubah. Masya-Allah.. tingginya ombak itu sehingga mencecah kubah masjid. Sejenak aku membayangkan air yang ganas menggila itu menelan segala benda... nauzubillahi min zalik..  Selesai solat jamak dan qasar kami berfoto di persekitaran rumah Allah ini sambil meninjau kesan bencana yang masih dikekalkan..

Masjid Rahmatullah

Makcik ni salah seorang saksi bencana Tsunami

Masjid ini dibangunkan semula dengan bantuan kerajaan Turki



Kerosakan masjid yang dikekalkan sebagai kenangan dan peringatan..

Kerosakan sebenar...

Ni foto yang dipamerkan di ruang galeri masjid..

Di sekitar masjid..tiada apa yang tinggal setelah Tsunami..




Misi menghayati kesan Tsunami diteruskan. Kami dibawa ke sebuah kubah masjid yang dihanyutkan sejauh 2km dari masjid asal. Sampainya kami di sana, hujan turun selebat-lebatnya seolah-olah memaksa aku menjiwai suasana kiri kanan yang dipenuhi air yang menggila. Lokasinya terletak di tengah sawah yang agak tidak jauh jaraknya dari laut. Segala rumah dan bangunan di sekelilingnya musnah total..namun kubah masjid itu seolah2 tidak terusik. Begitulah kuasa Allah..kalau difikir dari sudut logika, memang tidak masuk akal. Bukan kerana akal kita yang sempit tetapi ilmu kita yang sedikit.. Terasa diri ini begitu kerdil melihat besarnya kekuasaan Allah...


Badan sudah terasa penat, kepala sudah ingat tilam dan bantal. Van menuju ke hotel. Dalam perjalanan singgah sebentar di tepi laut menghadap ke Pulau Sabang. Indah sungguh pemandangan melihat laut lepas. Segala kepeningan hal2 urusan sekolah hanyut dibawa riak-riak gelombang yang lembut menyapa gigi pantai..eh..dah mula lah aku ni.. Jiwang tak pasal2.. Sempat juga singgah membeli jagung bakar yang disapu sos pedas.. wow.. serius sedap..


Pulau Sabang samar2 nun di kaki laut...

Ingatkan buah anggur..rupanya buah keranji..
Ok..akhirnya kami tiba di Hotel Sulthan, di pusat Banda Acheh. Alhamdulillah..biliknya besar kerana kami duduk bertiga. Nyaman buk! kata orang sana. Berehat dan bermandi-manda langsung bersiap2 untuk makan malam di Restoren Pante Pirak. Nasi Padang lagi.. telan saja. Jus Avocado coklat memang menyejukkan perasaan.. Jangan banyak songeh..bisik hati ini. Orang kat Africa tu..mati tak makan tau..! bersabarlah duhai hati.. Tatkala aku merenung wajah2 ahli grup pun macam mengumpat2 menu di atas meja ni... Nasib baik ada kedai roti dan kek kat sebelah, apa lagi..bawa bontrot la kata orang jawa...he,he...

Welcoming drinks..

Dekorasi jati
Sebelum kembali ke bilik hotel, terdengar ada ahli grup yang nak makan mee razali malam nanti. Entah macamana rupanya ..aku pun tak tahu. Haa..tu mesti tak puas hati dengan menu nasi padang. Kan dah betul firasat aku.. Tapi aku tak kuasa nak ikut memalam ni.. Rehat lebih baik. Ada juga yang ambil servis urut badan dan totok wajah especially ladies. Murah katanya.. dalam RM 20-30 saja..Pun aku tak larat dah,, esok saja sambung cerita..

Nasi Padang lagi...hu.hu...

Penawar hati..

Rumah Makan Bunda Pante Pirak..





No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...