Thursday, 27 November 2014

Hanoi 1

Hanoi (1)
November 2014
Cerita Air Mata..


Godaan promosi tambang murah Air Asia memang tidak boleh ditolak begitu saja. Aku pun belum pernah ke Hanoi. Apa lagi..jom le kite..Pagi itu kami bersiap-siap menuju ke Klia 2. Penerbangan ke Hanoi akan berlepas jam 9 pagi. Jam 7 kami dah sampai. Seperti biasa..selesai urusan cek-in dan bagasi, kami ke kaunter imigresen. Di sinilah cerita bermula...

Kami semua lepas kaunter imigresen automatik kecuali suami. Eh..dah kenapa?.. Lama kami menunggu di sudut kaunter. Aku dapat melihat, seorang pegawai bercakap sesuatu dengan suami dan mengarahkan dia ke kaunter pusat. Jam sudah menunjukkan 7.45 am. Disebabkan takut terlewat, aku menyuruh anak-anak ke gate Q17 dahulu kerana perjalanan ke sana agak jauh..dalam 1km. "Nanti tunggu umi kat sana ya". "Okay umi " jawab anak2. 

Dari jauh aku lihat suami bertekak2 dengan pegawai imigresen. Aduii..masalah apa lah pulaknya tuu.. Kalau ye pun nak tunjuk skill lawyer, janganlah time2 macam ni..He.he.. Tiba2 dia memanggil aku.. "Yang!..mai sat." "Awat ni?".." I tak dapat pergi dengan u all.. imigresen tak lepas sebab ada sekatan daripada lhdn.." dengan wajah sedih suami memandang aku. " Tak pe lah..korang pegilah.. nah usd dan dong.." Dia menghulurkan segumpal duit. Aku macam nak pengsan kat situ..hu.hu..

Aku tak terkata apa-apa..Aku masih tak dapat terima kenyataan. Pertama kali aku diduga sebegini. Ya Allah..ampunkan dosa kami.. Aku cuba nampak setenang yang boleh. Jam hampir 8.15 am. Aku macam nak tarik diri tetapi beg semua dah cek-in. Terpaksa buat keputusan. "Okaylah.. I pergi dengan anak2. Tapi abang cubalah usahakan. Jangan give-up." Kami bersalaman dan kiss good bye. Dengan berat ..aku melangkah menuju ke gate Q17.. Tanpa sedar..kelabu jer pemandangan aku..sob.sob..

Sampai di pintu Q17, aku duduk dan mula menelefon sana sini. 8.40 am. Tetiba suami call, katanya dah lepas imigresen. Alhamdulillah..syukur ya Allah.. Suami menyuruh aku beritahu staff airasia supaya menunggunya. Gate tutup 8.50 am.  Macam filem hindi..aku merayu staff2 kat situ supaya jangan tutup gate dulu sampai suamiku datang. Hu.hu..Seorang staff meminta aku masuk ke perut pesawat..Aku ikut. Sampai di tangga pesawat, aku melihat kelibat suami sedang marathon...fuhh..leganya..syukur alhamdulillah...

Itulah pengenalan trip kali ini..penuh dengan adegan suspens dan drama air mata. So..moral of the story, sila settle cukai dan zakat sebelum berangkat. Cek status sekatan sebelum membeli tiket ya.. (Laman web : Semakan status perjalanan kawalan imigresen). Tak mo jadi macam suami den.. hu.hu..

Terbang juga akhirnya..
Selamat mendarat..
Noi Bai Airport

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...