Monday, 17 November 2014

Nepal (5)

Nepal (5)
Mac 2014

BOATING AT PHEWA LAKE


Petang ini kami akan ber'boating' di Tasik Phewa. Bunyi macam seronok. Hakikatnya memang seronok. Tasik ini memang tidak jauh dari hotel kami. Jadi kami hanya berjalan kaki menuju ke sana. Di langit kelihatan awan mendung isyarat hujan akan turun. Namun kami teruskan objektif. Bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. alang-alang basah ketiak biar basah satu badan.. eh..pandai2 pulak.. he.he..

Cantik kan..
Ok..cerita sikit pasal Tasik Phewa ni. Katanya tasik yang kedua terbesar di Nepal Annapurna. Yang terbesar? .. err..aku lupa nak tanya.. Tasik ni cantik sangat dan berdekatan dengan bandar Pokhara dan Sarangkot. Banyak hotel berdekatan tasik ini dan kita akan dapat menyaksikan pemandangan tasik yang indah  kalau duduk di sana. Kalau ada sesiapa nak datang ke sini, eloklah cari hotel yang berdekatan dengan Tasik Phewa ni.. tak rugi..

Dah mula hujan rintik-rintik
Sementara menunggu urusan tiket menaiki boat, hujan pun turun seperti yang dijangka. Cepat-cepat kami memakai baju hujan. Kami diminta menaiki sampan seorang demi seorang sebab luasnya cinonet saja cukup-cukup muat punggung aku yang agak...( malu nak cakap ). Mula-mula rasa cuak juga sebab tak pernah lagi berdayung sampan di tengah-tengah hujan. Takut juga kalau demam ke apa.. tapi demi masa depan..kami gigihkan..cewah..

Tempat menunggu 
Selfie..
Tenang jer air tasik ni..
Perasaan aku masa naik sampan ni..sangat takut okay. Walaupun aku nampak cool dan tak de perasaan, dalam hati..hanya Allah yang tahu. Kami berdayung dalam hujan lebat. Sampan kecil ni cuma muat 4-5 orang Malaysia saja. Ada pengemudi untuk setiap sebuah sampan. Hati yang tak pandai bohong ini suka bayangkan macam-macam yang mungkin ada dalam tasik tu..nauzubillah..Tiba-tiba, bila sampai di tengah tasik, hujan dah berhenti.. alhamdulillah.. Layanlah pic Tasik Phewa yang indah ini..

Hujan baru berhenti..
Luas
Subhanallah..
Berlatarbelakang Banjaran Himalaya..
Dan kami mula menikmati keindahan dan ketenangan tasik Phewa.. memang indah.. dikelilingi bukit-bukau dan hutan yang menghijau.. Sampan kami pun berlumba-lumba antara satu sama lain. Sorak-sorai gile-gile grup kami menceriakan keadaan. Atas sampan pun sempat lagi snap pic.. Enjoy... Grup ni memang happening..!

Cip kami yang sempoi
Cip's wife yang sangat ceria..selfie sokmo
Makcik Nepal ni jadi pengemudi sampan tau.. fit giler..
Hijau airnya..
Menghampiri daratan seberang..
Akhirnya kami sampai ke seberang tasik. Dalam 20 minit juga berdayung.. alhamdulillah.. Hujan pun sudah berhenti namun cuaca masih mendung. Memang seronok aktiviti ini. Sesiapa yang datang ke sini patut masukkan acara ni dalam itinery.. Aku terlupa pula nak tanya berapa bayaran naik boat ni sebab semuanya dah masuk dalam pakej.

Depan tu dah nak sampai..
Cuaca dah agak cerah..
Hijau
Dah sampai..
Sampai ke daratan, kami melonggarkan sendi-sendi..kenapa..? Kononnya selepas ini, kami akan menaiki puncak World Peace Pagoda. Hiking. Berapa ketinggiannya? Lebih 1000 meter dari paras laut.. Krikk! Krikk! Krikk!.. Masa ni mental aku masih belum bersedia. Pada awalnya, aku difahamkan hanya jalan-jalan santai di perkampungan ..tetiba..panjat bukit pulakk dahh.. Astagfirullah.. Rasa macam nak pengsan bila tengok bukit yang tersergam di depan mata..

Control .. jap lagi nak panjat bukit..hu.hu..

HIKING - WORLD PEACE PAGODA TOP

World Peace Pagoda..1250 from sea level..
Ahli grup yang lain semua dah excited nak naik bukit..cuma..aku yang terkebil-kebil menghitung bintang yang tetiba wujud di kepala..Okay..siapa yang gatal nak ikut trip ni? Aku kan?..Dah, jangan banyak fikir..Naikk jer...hu.hu.hu... Aku boleh! Malaysia bolehh!..

Ni..starting point.
15 minit pertama..aku okay..Sempat snap view yang cantik dari tempat tinggi. 20 minit seterusnya aku dah mula rasa lenguh yang amat sangat. Sukar bernafas mungkin kerana kekurangan oksigen. Rasa nak patah balik. Tak larat. Tambah lagi tumitku yang retak sangat sakit berdenyut-denyut... Perkara-perkara buruk yang aku bimbangkan ..sedang berlaku..hu.hu..

Stunning view..
Subhanallah..
Ahli grup yang lain sudah jauh meninggalkan aku. Tapi..Alhamdulillah..ramai yang sudi membantu..Bagi semangat dan motivasi..tolong angkatkan barang2 aku..dan sabar dengan gaya nenek-nenek si bongkok tiga yang aku pamerkan.. Hu.hu..malu sangat kat dia orang..rasa macam orang cacat pun ada.. Kekadang rasa bersalah ..kerana buat orang lain menunggu aku..hu.hu...nangis okayy..

Nak nangiss..
Adik Aiman..laju jer panjat bukit
Aku dah tak sabar-sabar nak sampai ke puncak. Bukan senang tau.. Dalam perjalanan yang sukar itu, hujan turun dengan lebatnya.. Kami terpaksa meneruskan pendakian.. Ya Allah..dugaan...memang mencabar.. Baju semua basah lencun. Aku simpan kamera dan hp dalam beg plastik. Takut basah. Tu la sebab tak dapat amek foto sangat. Sayup-sayup, aku nampak puncak Pagoda. Mereka yang lain dah selamat kut.. jelezzz...



Terus mendaki lagi.. lenguh tak terkira. Penat. Letih. Semua ada. Rasa nak telan semua pokok-pokok yang aku jumpa. Dalam beberapa meter nak sampai puncak..tetiba angin kuat bertiup. Aku kesejukan dan menggigil. Aku rasa macam ada orang baling benda kat atas kepala. Tapi tak lah sakit pun. Aku dongak dan melihat butiran putih turun dari awan.. Ya Allah..hujan ais rupanya.. hebatnya cabaran mendaki puncak pagoda ni... Subhanallah..first time in my life to have this experience.. Rupanya fenomena itu dipanggil..Hailstorm..


Yeayy...happy sangat..alhamdulillah..berjayaaa!!
Akhirnya ..nenek sibongkok tiga ni pun sampailah di puncak Pagoda.. Ya Allah..ultimate satisfaction. Syukur alhamdulillah.. bergambar sakan tak terkira.. seronok, lega, gembira, dan pelbagai perasaan yang aku rasa.. Oh..begini rasanya ..patutlah ramai yang suka panjat bukit dan gunung.. klimaksnya apabila sampai di puncak...kepuasan total..faham..faham...



Tun and Me... tq so much yea...
Sharing happiness with Kak Lini...tq kak..
View from the top
Puncak World Peace Pagoda
Awan agak tebal..
Apa ada di puncak Pagoda? Ada kuil Siddharta Garden, Himalaya View Point dan kalau turun sikit, ada restoren tempat melepak setelah penat mendaki. Namanya Elite Cafe & Bakery. Di situlah kami semua berkumpul. Sebaik sahaja aku sampai di restoren itu, mereka beramai2 tepuk tangan..ucap tahniah tau..Alahai..terharu la pulak..mereka dah lama sampai dan minum 2-3 gelas teh tarik..aku baruu sampai...wuhuu...malu kot..





Di cafe itu..kami cuma order teh panas. Tak berani nak makan sebab cuak juga melihat kebersihannya. Di mana-mana pun anjing banyak berkeliaran. Tapi..view sangat cantik. Udara sangat segar. Pada masa itu, langit masih mendung dan berkabus.  Jadi tak berapa nak nampak banjaran Himalaya. Kalau cuaca elok, mesti cantik giler. Jadi.. pastikan kalau nak ke sini, mesti cari hari yang panas dan terang ya.. 

Itulah tasik Phewa nun di bawah sana..
Lembah Pokhara
Cantik kan?
Masih berkabus..
Hotel kami nun di bawah sana..
Setelah berehat-rehat selama 1 jam , kami pun berangkat pulang. Tapi...aku dan beberapa kawan yang sewaktu dengannya menaiki teksi untuk turun bukit. He.he..ngelat kan? Rupanya ada teksi yang naik-turun bukit ni.. Kalau aku tahu dari awal tadi aku naik teksi pergi puncak..aduyaii.. Yang paling nervous, pemandu teksi cabuk tu bawak kami turun bukit dengan pemanduan Mc Larren.. Tak habis-habis kami berselawat dan berzikir..

Tak mengapalah..itu semua dinamakan pengalaman. Pengalaman ialah guru yang paling baik dalam kehidupan. Mana nak dapat ilmu memanjat kalau tak cuba sendiri ..Ahli grup yang muda belia dah lama bergerak turun melalui denai lerengan bukit..depa seronok.. bagusnya..

Kami sampai di hotel sudah agak senja. Selepas dinner, aku rasa sangat letih. Malam itu, aku dan geng makcik2..menempah spa urut tradisional yang disediakan di hotel. Bestnyer... sampai tertidur aku dibuatnya..Trip ini sangat letih dan mencabar kewanitaanku..namun sangat seronok..Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih mengizinkan aku menjelajah buminya yang penuh rahsia ini.. Alhamdulillah...Siapa sangka aku boleh memanjat bukit yang setinggi Genting Highland tu kan..??

Jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...