Tuesday, 16 December 2014

Nepal (2)

Nepal (2)
Mac 2014


Indahnya Gunung Everest..


Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap. Hari ini kami akan menaiki mountain flight untuk melihat gunung yang tertinggi di dunia..dengan jarak dekat. Waahh..sungguh teruja. Selepas sarapan, kami dibawa ke lapangan terbang Budhha Air untuk urusan tiket. Bayarannya USD200. Agak mahal kan..tapi berbaloi. Budhha Air ni sebuah syarikat penerbangan tempatan yang beroperasi menawarkan pakej sebegini. Pesawatnya kecil saja tapi cukup untuk rombongan kami yang seramai 20 orang dan diberikan tempat duduk di tepi tingkap. Excited giler..

Seat No : 13 A
K.AJ,K.Zue, Lily,K.Maz,K.Amal,Dr Shida,K.Liza and Me..
Kak Nora my roomate
Sempat lagi...
Ni la rupa mountain flight kami... Buddha Air..
Selesa la jugak..
Pamplet pakej
13 puncak gunung sepanjang Banjaran Himalaya..
Dalam 1 jam menunggu, kami pun berlepas ke awan biru. Pilot membawa kami ke puncak Everest. Banjaran Himalaya mempunyai 13 puncak dan yang paling tinggi ialah Everest. Kami dapat melihat puncak Everest yang putih dilitupi salji.. MasyaAllah.. macam nak nangis..Tak sangka aku diberi kesempatan dan dimurahkan rezeqi oleh Allah melihat kebesaran-Nya. Cantik tak terkata.. Subhanallah..indahnya ciptaan Allah.. Tak henti-henti hati ini memuji dan memuja.. Kami juga dijemput seorang demi seorang pergi ke kokpit pilot untuk mendapat view yang lebih luas. Allah maha adil. Walaupun Nepal negara tiada lautan, Dia menganugerahkan gunung yang cantik kepada negara ini. Saksikanlah sendiri keindahannya...

Banjaran Himalaya
Puncak yang putih tu..ialah Everest
Tu dia... subhanallah..
Indah kan..?
Kami di atas awan..
Itulah puncak Everest.
Kami di puncak..
Zoom..
Putih kebiruan..
Permukaan bumi gunung Everest..
Permukaan gunung
Puncak Everest


To Pokhara..

Selepas aktiviti mountain flight, kami menuju ke bas yang akan bergerak ke Pokhara. Satu lagi tempat pelancongan di Nepal. Tempatnya agak jauh, mengambil masa 6 jam perjalanan. Jalannya.. Astagfirullah...mengerikan.. Sempit dan berliku-liku bagai ular dipalu.. Naik turun pergunungan.. Kadang-kadang menyesakkan nafas ketika memandang cerun yang jauh ke bawah.. Berapa kali aku baca selawat dan ayat kursi ..andai dijemput Ilahi..hu.hu.. Sangat lasak pengembaraan kali ini..

Menyegarkan pandangan..
Bunga merah menyerikan suasana..
Kawasan pertanian bertingkat-tingkat
Padi baru ditanam.. manual ya..
Bunga-bunga ungu membatasi sawah padi..
Sawah padi berteres
Sepanjang perjalanan, aku dapat melihat banyak sawah padi, bukit dan sungai. Mereka menanam padi secara berteres di lembah pergunungan. Masih membajak menggunakan cangkul dan kerbau. Jarang sekali nampak mesin traktor ke apa.. pendek kata semuanya masih tradisional. Barangkali itulah kerjaya mereka .. itulah ofis mereka..setiap hari. Turun dari pergunungan dan bekerja di sawah padi dan apabila senja..mereka mendaki gunung pulang ke rumah..

Sejuk mendamaikan..
Saujana mata memandang..
Indah..
Lembah dan gunung..
Damai..
Sungai yang cantik
Subhanallah..
Indahnya alam ini..
Setiap kesusahan dan kesukaran, adanya kemanisan. Begitulah perjalanan ini. Walaupun jauh berliku-liku, kami disajikan dengan pemandangan yang memukau. Indahnya kawasan pergunungan. Sungai-sungai yang mengalir jernih, gunung-gunung yang berdiri teguh, dihiasi rumput hijau dan bunga-bunga berwarna-warni di kaki gunung. Sungguh cantik.. udaranya juga sejuk dan segar.. 


Rumah penduduk
Macam apartment.
Kedai-kedai
Rumah di tepi jalan
Pelajar pulang dari sekolah
Ya Allah..subhanallah..
Kami berhenti untuk makan tengah hari dan bersolat di sebuah tempat perhentian. Di sini tiada highway dan RnR.. Mengikut Yam, di sinilah tempat bas-bas pelancong berhenti berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Pokhara. Ada tandas dan tempat makan. Tetapi tiada surau. Kami terpaksa bersolat di ruang makan sambil diperhatikan oleh pekerja-pekerja di situ. Makanannya dikatakan halal. Sayur, ikan , daging semua ada. Namun untuk meyakinkan hati, aku hanya makan ikan dan sayur. So..sesiapa yang datang ke sini, silalah bawa makanan sendiri kalau rasa2 tekak tak boleh terima makanan antarabangsa.. Aku sendiri bawa serunding daging. Kawan2 lain bawa sambal bilis dan roti.


Bersolat di ruang makan
Foto sikit
View dari depan restoren
Hadapan restoren
View dari anjung..
Kami meneruskan perjalanan..  Jalan-jalan di sini agak sempit dan curam. Kalau korang tengok Youtube, bolehlah klik The Most Dangerous Road In The World. Begitulah ngerinya apabila bas dan kenderaan lain seperti lori dsb berselisih di jalanan. Kalau kata jem ni..x payah nak cakap lah.. terpaksa buka satu lorong untuk kenderaan lalu dan tutup satu lorong yang lain. Siapa yang tak tahan sabar dengan jem dan kelewahan masa perjalanan, tidak digalakkan ambil bas. Boleh ambil flight dari Kathmandhu ke Pokhara. Lebih menjimatkan masa dan tenaga.. tapi..tak dapek la melihat keindahan di sepanjang perjalanan..

Okay..akhirnya kami sampai ke Pokhara dalam keremangan senja.. Bandarnya lebih moden dan cantik berbanding Kathmandhu. Pusat tumpuan pelancong katanya.. Hotel yang disediakan pun ok cuma agak sempit. Aku dan Kak Nora terpaksa menjadi interior designer sekejap menyusun atur perabot bilik demi mewujudkan ruang solat. Selesai loading beg dan dinner, member ajak ronda2.. tapi aku lebih suka memanjakan diri di spa.. Ya Allah bestnya.. Setelah penat seharian dalam bas.. bolehlah meluruskan pinggang sambil menikmati kesuaman batu panas dan urutan tradsional di hotel itu...harganya pun murah saja...

Inilah hotel kami
Bahagian pintu tepi
Pintu masuk
Bunga-bunga di kaki lima
Macam daun pudina
Macam bunga daisy
Bunga ni yang banyak tumbuh di kaki gunung
Cantik kan?
Anjung makan
Lakeside Pokhara Hotel
Esok kami dikehendaki bangun awal pagi untuk melihat terbit matahari di suatu tempat.. So..tido awal..bangun awal.. Bismikallahu ahya wa amut..

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...