Wednesday, 10 December 2014

Nepal (9)

Nepal (9)
Mac 2014

Masjid Jamik Nepali

Hari ini hari terakhir aku di bumi Nepal. Seronok nak balik kl dan rindu nak makan nasi lemak sambal tumis. Sebelum meninggalkan hotel, kami berfoto dulu. Kami juga telah diberi sijil yang tertera nama masing-masing sebagai bukti telah menyaksikan puncak Everest dengan Buddha Air. Ada beberapa tempat yang akan dilawati sebelum ke airport. Iaitu Masjid Jamik Nepali dan Thamil Shopping Area.

Sijil Everest
Me & Kak KJ
Sekitar halaman hotel
Hadapan dewan makan
Pintu masuk hotel
Kenangan bersama grup Seri Puteri
Kami singgah di Masjid Jamik Nepali di kota Katmandhu. Solat sunat di sana dan berjalan-jalan di sekitar tempat ini. Tak semena-mena terjumpa pula dengan artis Iwan. Mula-mula tak kenal sangat hinggalah dia memperkenalkan diri.. Rupanya dia mengembara mengikut jemaah Tabligh setelah berhijrah beberapa tahun dulu..alhamdulillah..

Masjid ini ada tiga tingkat
Nepali Jame Masjid Kathmandu
Artis Iwan
Di kawasan masjid ini juga terdapat Madrasah Islamiya. Kami sempat meninjau-ninjau sekolah itu. Lebih kurang sekolah agama kafa di tempat kita. Mereka sedang belajar dan semuanya muslim dan menutup aurat. Alhamdulillah..  Tapi kelasnya agak kecil dan gelap. 

Kanak-kanak sekolah
Kenangan..
Bilik gurunya kecil dan gelap
Hadapan kelas murid lelaki
Murid perempuan
Kak Zu & Me
Kami terus menuju ke Thamil, kawasan shopping yang terkenal di Kathmandu ini. Apa ada di sana ya? Kata Yam, di sana banyak kedai baju, kain, cenderamata, karpet, batu-batu permata dan barangan kulit. Aku tak berniat sangat nak shopping sebab barangan semua dah pack dalam beg besar untuk dibawa ke airport. Ye lah tu mokcik...bukan boleh percaya sangat niat2 ni..hi.hi.. 

Kami berjalan kaki ke Thamil..agak jauh
Jalan rayanya sentiasa jem..x suka..
Thamil shopping area
Beca pun ada
Inilah kedai-kedai di Thamil
Kumpulan kami terpecah kepada dua kerana masalah tiket flight. Aku termasuk dalam grup yang balik awal manakala yang lain akan naik flight malam. Selesai membeli, kami membelah.. Apa yang diperhatikan, di sini banyak peralatan hiking yang branded dan harganya agak murah. Contohnya, hiking stick, baju wind breaker, bag pack, topi, kasut, setokin, Tshirt dan sebagainya. Aku tak reti sangat benda2 ni..jadi tak delah membeli sangat.

Kami terus menuju ke airport kerana penerbangan petang itu. Kecoh juga sebab bas tersekat dalam jem yang teruk. Peluh jantan betina semua keluar kerana takut tertinggal flight. Akhirnya tiba juga di airport. Kelam-kabut pulak nak check-in sebab di sini tak sistematik. Ikut suka hati.. Yang tolong angkat beg sibuk jer nak minta tips. Aduii..lemas juga dibuatnya. Lebih kurang 2 jam barulah selesai semuanya..alhamdulillah.. Jadi..sesiapa yang mahu ke sini, lebih baik bertolak awal ke airport kerana jalan di Kathmandu sangat jem. 

Okaylah..selesai sudah trip Nepal ini. Mereka yang mengambil flight malam, sempat melawat ke Patan Durbar, antara lokasi tumpuan pelancong di sini. Peninggalan sejarah kerajaan tua dan istana.. Ada juga yang pergi ke Pusat tenunan karpet sutera. Harganya sangat mahal kerana sutera dan tenunannya..Di sini, aku kongsikan foto-foto dia orang..




Alhamdulillah.. diizinkan Allah menikmati keindahan alam ini. Biar negara Nepal ini penuh dengan kemiskinan dan kedhaifan..namun Tuhan mengurniakan mereka Gunung Everest yang kaya dengan keindahan dan Banjaran Himalaya yang gah dengan pemandangan serta sungai2 juga tasik2 yang mewah dengan ketenangan..Begitulah keadilan Allah..Subhanallah..

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...