Friday, 5 December 2014

Nepal (8)

Nepal (8)
Mac 2014

A Long Journey To Katmandhu...


Perjalanan ke Katmandhu sangat meletihkan. Mendaki lereng-lereng bukit yang curam dan jalan yang sempit sungguh mengerikan. Disebabkan jalan yang sempit, kadangkala bas terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan yang bertentangan untuk meneruskan perjalanan. Katmandhu mempunyai kedudukan muka bumi yang lebih tinggi daripada Pokhara.. Jadi bas dan lori dengan kondisi yang agak uzur macam siput memanjat bukit...Allahu akbar...menguji kesabaran..

Jalannya bagai ular dipalu..
Nampak tak jalan di bawah nun..
Ni pandangan dari bukit sebelah..
Kenderaan macam siput sedut..
Zoom..
Begitulah adanya... Aku pun dah tak tau apa nak buat dok dalam bas ni lama-lama. Sembang pun dah tak kuasa. Maka..aktiviti yang boleh dilakukan adalah menjadi jurukamera profesional...hi.hi.. Jom ler kita melayan foto-foto sepanjang perjalanan.. diiringi lagu Zaiton Sameon...

                                                   'Sepanjang perjalanan ini.. 
                                                    lembah dan lurah kulewati.
                                                    ketenangan yang kucari..
                                                    belum kutemui...'

Subhanallah..
Macam sungai yang surut
Ker..kolam..?
Tapi..tengahnya macam ada tanaman padi..
Cantik kan..
Zoom sikit..ooh..sawah padi tengahnya..
Jalan lagi..Bas terkedek-kedek mendaki bukit. Nampak banyak sungai. Ada yang airnya putih macam air kapur. Ada yang airnya kuning macam teh tarik.. Ada airnya hijau kebiruan.. Begitulah hebatnya Allah maha pencipta.. Aku rasa trip kali ini.. benar-benar memenuhi objektif iaitu melihat dan menghayati keindahan alam.. terasa kerdilnya hamba ini di sisi-Mu..

Lihatlah air sungai yang kehijauan..
Tenang..tidak terusik
Merentasi lembah dan bukit..
Airnya sudah berwarna 'teh tarik mamak'..
Berehat setelah penat mendaki..
Berlatarbelakang gunung-ganang..
Sambil melayan lagu Zaiton Sameon.. dan menikmati keindahan alam..tetiba kami dikejutkan dengan sesuatu.. Apakah??.. Kenapa bas lori ni berhenti terlalu lama. Apa yang kecoh-kecoh di depan sana?.. Aku lihat beberapa orang mengerumuni tebing jalan. Mereka melihat-lihat sungai nun di bawah cerun bukit. Hati dah berdebar-debar. Rupanya ada kemalangan..Ya Allah..jauhkan kami daripada segala mara bahaya..

Di celah-celah pohon yang menghijau..
Dan pohon-pohon yang kekeringan..
Sungai 'cream' masih tetap mengalir..
Bukit yang berteres-teres..
Tiba-tiba nampak bas tersadai di tebing sungai..
Ya Allah..takutnya..
Tragedi bas tergelincir di gaung..mengerikan..
Teruskan perjalanan dengan doa dan harapan..
Semoga selamat hingga akhirnya..
Peristiwa kemalangan ngeri itu sangat mengecutkan hati.. Menurut Yam, memang banyak tragedi seperti itu berlaku terutamanya hari hujan kerana jalan basah dan licin. Bas terjunam tadi merupakan kemalangan semalam dan diberitakan melibatkan kematian. Tak pastilah jumlahnya.. Nauzubillahi min zalik.. Ya Allah..selamatkanlah perjalanan kami ini..

Air sungai sudah surut..
Lihat penempatan penduduk di teres bukit..
Subhanallah..
Tenang..
Unik..
Tiga orang ya..selamba je..
Pikul barang..
Meh nak citer sikit fasal gunung-ganang ni. Sebenarnya kalau kita zoom, akan nampak rumah-rumah penduduk tau. Mereka ni memang tinggal di pergunungan. Menurut Yam, mereka berjalan berbatu-batu untuk ke sekolah dan mencari nafkah. Yang sedihnya..pabila waktu petang, mereka akan pulang ke rumah, memanjat bukit-bukit dan membawa barang-barang. Ada yang memikul beras di belakang badan. Ada yang mengikat tali di kepala yang disambungkan terus dengan muatan di belakang mereka.. Ya rabbi..siksanya.. Yang lelaki tak pa lagi. wanita dan kanak-kanak..yang tak sampai hati melihat tu.. Banding dengan kita ni..bawa lelemak naik tangga pun dah mengah..hu.hu..

Banjaran pergunungan
Bukit-bukau
Liku-liku sungai
Nampak tak rumah-rumah tu..
Dari jauh..
Bukit berteres..
Lembah kehijauan..
Meredupkan..
Subhanallah..
Bukit lagi..
Indah..
Sungai pun dah surut
Entah mana penghujungnya..
Indahnya alam ini..
Langit senja mula kelihatan. Lamanya kami duduk dalam bas..sejak pagi hinggalah hampir senja..masih berada di pergunungan.. Bangun..tidur..bangun ..tidur.. Tak juga sampai-sampai. Nasib baiklah disajikan dengan pemandangan yang indah.. Pengalaman sebegini hanya untuk insan-insan yang sabar ya.. Tabahlah duhai hati..

Senja di pergunungan..
Lihatlah jalan itu masih penuh dengan kenderaan
Beautiful sunset

Akhirnya kami sampai ke hotel dengan selamatnya.. Alhamdulillah. Malam itu kami dinner di sebuah restoren pilihan Yam. Agak eksklusif namun..badan dah tak tertahan letihnya. Makanannya pun tak berapa nak masuk tekak den. Benda yang paling best dok berlegar-legar di kepala ialah tilam dan bantal.. hu.hu..nak tido...zzz..zzz...zzz..

No comments:

Post a Comment

Sekolah Baharu..

Sekolah baharu.. 26 Disember 2018 SMK Seksyen 7 Shah Alam Seawal pagi saya sudah bersiap. Almaklumlah..ke sekolah baharu. Entah a...