Januari 2014
Uluwatu
Kami meneruskan perjalanan. Kalau mengikut itinerari yang disediakan, kami akan ke Uluwatu untuk menyaksikan persembahan tarian kecak di salah sebuah kuil hingga senja berlabuh. Sampai di sana, Pak Munir menyuruh kami memakai selendang kuning untuk diikat di pinggang sebagai tanda hormat tempat suci agama Hindu. Aku dan suami saling memandang... Entah kenapa, hati ini macam tak berapa nak setuju. Teragak-agak. Boleh ke?.. Akhirnya, suami bersuara, "Kami tak mahu ke kuil lagi, bawa saja kami ke pantai ya.." Lega..
Pak Munir ikut saja. Dia meninggalkan kami di atas tebing tinggi untuk menikmati keindahan laut dan pantai Uluwatu. Masyaallah..memang cantik. Kami memanjat tangga yang berteres. Terdapat cafe dan kedai-kedai minum di sepanjang teres. Angin sangat kuat memukul ombak yang membawa gulungan buih memutih di hamparan air laut yang membiru.. Subhanallah..indahnya alam ini..bagaimana pula indah Penciptanya..
Puas ambil angin laut di atas tebing tinggi, kami turun ke gigi pantai. Gigil juga pale lutut ketika menuruni tangga yang sangat curam. Di sudut-sudut tangga, terdapat pura/ puja bunga dan daun kelapa. Adat dan kepercayaan mereka sangat kuat di sini. Akhirnya kami dapat memijak pasir berdesir. Ya Allah..jernihnya air laut. Jelas kelihatan batu karang di sebalik air yang berkaca..
Banyak juga mat saleh mandi-manda di pantai ini. Tutup mata saja laa.. Kami tak mandi pun, sebab tak bawa baju. Hanya main-main air dan berfoto. Sesiapa yang nak masukkan tempat ini dalam acara lawatan, sangat digalakkan. Tempatnya cantik, pantainya bersih dan airnya jernih.. boleh mandi-manda dan ronda-ronda menikmati angin laut dan deburan ombak.. Tapi satu je.. tiada tempat makan halal ya.. sila bawa air sendiri..
Makan malam di Jimbaran
Malam itu, hubby meraikan birthday aku yang ke... Hi.hi.. Pak Munir menghantar kami ke pantai Jimbaran yang terkenal dengan sea foodnya. Kami ambil set yang ada lobster, ketam, ikan, udang dan sayur. Agak banyak untuk kami berdua.. jangan terperanjat, kami habiskan semuanya.. lapar punya pasal. Tempat ni, banyak orang dan kurang privasi. Makanannya juga agak mahal dan taklah sesedap mana.. biasa-biasa saja.. Pantainya pula tak berapa bersih dan ada anjing berkeliaran.. Nasihat aku, kalau ada sesiapa yang nak ke sini, pilih kedai makan yang betul-betul bersih dan halal ya..
Kami pulang ke hotel dalam keletihan.. Esok kami akan ke Tanah Lot dan pulang ke tanah air dengan flight malam. Masih banyak masa untuk bershopping ole-ole dan meronda Pantai Kuta.. insyaallah..Tidur dulu..
No comments:
Post a Comment