Januari 2014
Tanah Lot
Pagi ini kami akan ke Tanah Lot, antara lokasi terkenal di Bali. Kuil Hindu yang terletak di tebing pantai. Tapi..sebelum itu, kami singgah di pantai Kuta yang berdekatan dengan hotel Wina. Persisiran pantainya luas memanjang namun kurang bersih. Airnya juga tidak begitu jernih. Ombak pada pagi itu sangat kuat..Kami berfoto sebentar dan meneruskan perjalanan.
Kami sampai di Tanah Lot jam 10 pagi. Ramai pelancong berbondong-bondong dengan bas masing-masing. Mendaki tebing tinggi dan melihat kuil di Tanah Lot yang terasing dari pantai. Mengikut Pak Munir, kadangkala ada upacara yang dijalankan di sana. Beginilah itinerari yang disediakan oleh ejen. Hampir semua lokasi merupakan lawatan ke kuil untuk memahami kepercayaan dan tradisi rakyat Bali. Namun bagi aku, keindahan laut dan pantai di sini lebih menggamit pandangan..indahnya ciptaan Allah..
Ramai juga pelancong yang turun sampai ke kuil di Tanah Lot tu. Nampak macam dataran yang terpisah, tapi sebenarnya ada jalan berbatu untuk sampai ke sana. Aku dan suami hanya ambil foto dari jauh sahaja. Ombak di sini memang kuat memukul pantai. Walaupun duduk jauh, masih kedengaran deburannya. Gabungan unik batu-batu kapur di persisiran pantai, air laut biru kehijauan, pokok-pokok rendang dan langit yang membiru menjadikan lukisan alam ini sangat indah..
Maaf kalau banyak gambar kami untuk entri kali ini. Abaikan saja.. Yang penting saksikan pemandangan cantik di belakang.. Bak kata mat salleh..Stunning view ! Memang terpegunlah sejenak.. Penduduk Bali sangat bijak bermesra dengan alam, amat menjaga kelestariannya dan menghargai keharmonian warisan bangsa.Tidak hairanlah mereka mendapat anugerah ini daripada Tuhan Yang Maha Esa..
Usai berfoto, kami meneruskan lawatan. Menyusuri lorong dalam taman yang disediakan, kami sampai di suatu tempat pameran haiwan dan gerai-gerai jualan. Ada keluang, ular, burung hantu dan buaya dalam sangkar. Sempat juga membeli sedikit ole-ole untuk famili. Yang cantiknya di sini, seni landskapnya. Mendamaikan..
Okaylah..Pak Munir sudah sedia menunggu kami di pintu keluar. Kami dibawa makan tengahari dan bershopping di Kuta sebelum menuju ke lapangan terbang Denpasar. Kami menghabiskan rupiah di Supermarket Matahari. Barangnya agak murah dan berkualiti. Malam itu, kami bertolak ke KL. Perjalanan malam itu sungguh menakutkan kerana kapal terbang kami menempuh banyak 'air pocket'.. Ya Allah..macam nak tercabut jantung. Akhirnya selamat mendarat tepat jam 11 malam... alhamdulillah..
Jadi..itulah pengalaman meraikan cinta di Bali. Bukan cinta apa..hanya cinta kepada Allah.. Kata Pak Munir, kalau mahu ke sana lagi, pergilah ke pantai Lovina. Ada aktiviti mengejar dolfin dan penduduk muslimnya lebih ramai berbanding di Kuta.. Insyaallah...
No comments:
Post a Comment